Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                

Gong Badak ialah sebuah bandar baru yang terletak di bahagian utara Sungai Terengganu di daerah Kuala Nerus yang dahulunya sebahagian daripada daerah Kuala Terengganu yang dikenali sebagai Kuala Terengganu Utara. Gong Badak membangun pesat dengan perkembangan kawasan perindustrian Gong Badak dan institusi pendidikan seperti Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Sultan Zainal Abidin dan Maktab Perguruan Dato Razali Batu Rakit. Pasaraya besar seperti Hock Kee Seng, Sabasun 2, Giant, Mydin dan restoran rangkaian seperti KFC, McDonald's, Burger King, Pizza Hut's telah pun membuka cawangan ke Gong Badak.

Sejarah

sunting

Gong Badak berasal dari kampung-kampung yang terletak di sepanjang jalan utama iaitu Jalan Tengku Ampuan Intan Zaharah dari Bulatan Batu Enam ke Simpang Tiga Universiti Malaysia Terengganu. Bagi menampung pertambahan penduduk, muncul beberapa taman perumahan di kawasan sekitar Gong Badak. Menurut bancian penduduk pada tahun 2010, penduduk tetap adalah lebih kurang 10 000.

Taman / Kampung

sunting
  1. Taman Desa Wakaf Baru
  2. Kampung Tun Jaafar
  3. Taman Desa Pusu Tiga
  4. Taman Samudera
  5. Kampung Jati
  6. Kampung Chonang Jaya
  7. Kampung Gong Chonang
  8. Kampung Banggul Air Lilih
  9. Kampung Banggul Tiang Kulat
  10. Kampung Wakaf Tembesu
  11. Kampung Gong Badak
  12. Kampung Tok Jembal
  13. Kampung Telaga Batin
  14. Kampung Pak Tijah
  15. Taman Desa Tanjung Damai
  16. Kampung Pusu Tiga
  17. Taman Permint Makmur
  18. Taman Batu 10
  19. Taman Salwa
  20. Taman Sri Jaya (1 & 2)
  21. Taman Desa Darul Iman
  22. Taman Mega
  23. Taman Sejati
  24. Taman Sukaria
  25. Taman Desa Seri
  26. Taman Abadi
  27. Taman Seri Nerus
  28. Taman Gamelan

Politik

sunting

Walaupun Gong Badak terletak di dalam daerah Kuala Nerus, pentadbiran Gong Badak adalah di bawah Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Gong Badak terletak di bawah Parlimen Kuala Nerus (P35) dan Dewan Undangan Negeri (DUN) No.

Keputusan Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU-13) Tahun 2013

P35 Kuala Nerus

Jumlah Pengundi : 76,238

BN (UMNO) Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri - 33,251 undi

PR (PAS) Mohd Khairuddin B. Aman Razali - 33,861 undi (Menang)

Majoriti : 610 undi

Ekonomi

sunting

Gong Badak kini mempunyai tempat membeli-belah dengan kemasukan pasaraya besar seperti Hock Kee Seng, Sabasun 2, Giant dan Mydin. Terdapat juga dua kedai buku yang dibuka iaitu Pustaka Seri Intan dan Syarikat Muda Osman (SMO) untuk menjual bahan bacaan dan alat tulis untuk pelajar institusi pendidikan di sekitarnya. Ekonomi di Gong Badak banyak bergantung kepada pelajar-pelajar dari institusi pendidikan di sekitarnya dan juga kawasan perindustrianya.

Institusi Pendidikan

sunting
  1. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  2. Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu (ILPKT)
  3. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  4. SK Gong Badak
  5. SK Kompleks Gong Badak
  6. SMK Kompleks Gong Badak
  7. Sekolah Kebangsaan Tok Jiring
  8. SMK Agama Dato' Haji Abbas
  9. Sekolah Kebangsaan Tok Jembal
  10. Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang
  11. SMS Sultan Mahmud
  12. SMT Kuala Terengganu
  13. Kolej Vokasional Wakaf Tembesu

Tarikan di Gong Badak

sunting
  • Padang Golf Kuala Terengganu
  • Pantai Tok Jembal
  • Pantai Teluk Ketapang
  • Pantai Kubang Badak
  • Ikan Celup Tepung
  • Uptown Kontena
  • Steamboat Gazebo
  • Maggi Ketam 4X4
  • Nasi Lemak Pasti
  • Kedai Makan NZ Corner.

Masjid / Surau

sunting
  1. Masjid UNISZA
  2. Masjid Kampung Tok Jembal
  3. Pusat Islam Universiti Malaysia Terengganu
  4. Masjid Wakaf Tembesu
  5. Masjid Nur Bakti
  6. Masjid Jamek Tok Jembal
  7. Surau Kita, Kampung Jati
  8. Surau Taman Perumahan MAIDAM
  9. Surau Pasukan Gerakan Am
  10. Surau Al-Amin (Surau Kuning) Jln SK Gong Badak

Galeri

sunting
 
Papan Tanda Baharu Zon Perindustrian Gong Badak