Hormon
sebatian kimia dirembeskan sel atau kelenjar sebagai isyarat kepada sel-sel lain organisma
Hormon (daripada perkataan Yunani Kuno, ὁρμῶν, "yang menggerakkan") merujuk kepeda sebatian kimia yang bertindak sebagai penyampai maklumat/isyarat antara sel-sel badan melalui darah dan penting dalam transduksi isyarat organisma multisel.[1][2]
Hormon-hormon dapat digolongkan kepada jenis amina (contoh: tiroksina), peptida (contoh: insulin) dan lipid (contoh: testosteron), bergantung kepada sifat kimia.
Mekanisme
suntingSecara umum, mekanisme hormon adalah seperti yang berikut:[3]
- Biosintesis hormon;
- Penyimpanan dan perembesan hormon;
- Pengangkutan hormon;
- Pengaktifan hormon yang membawa kepada gerak belas sel serta penyahaktifan hormon;
- Penguraian hormon.
Jenis hormon
suntingVertebrata
suntingHormon-hormon vertebrata seperti manusia lazimnya dibahagikan kepada jenis-jenis di bawah:
- asid amino seperti tirosina;
- peptida seperti insulin yang merupakan rantaian tiga ke ratusan asid amino;
- eikosanoid seperti prostaglandin yang diterbitkan daripada lipid;
- steroid seperti testosteron yang diterbitkan daripada kolesterol.
Tumbuhan
suntingHormon-hormon tumbuhan utama termasuklah auksin, asid absisik, sitokinin, etilena, and giberelin.
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Neave N (2008). Hormones and behaviour: a psychological approach. Cambridge: Cambridge Univ. Press. ISBN 978-0521692014. Unknown parameter
|laysource=
ignored (bantuan); Unknown parameter|laysummary=
ignored (bantuan) - ^ "Hormones". MedlinePlus. U.S. National Library of Medicine.
- ^ Nussey S, Whitehead S (2001). Endocrinology: an integrated approach. Oxford: Bios Scientific Publ. ISBN 978-1-85996-252-7.
Pautan luar
sunting- Kategori berkenaan Hormon di Wikimedia Commons
- Takrifan kamus hormon di Wikikamus
- HMRbase: A database of hormones and their receptors
- Hormones dalam Tajuk Subjek Perubatan (MeSH) di Perpustakaan Perubatan Negara AS