Hypp Sensasi
saluran televisyen berdefinisi tinggi (HD) oleh Unifi TV yang sesuai ditonton untuk seisi keluarga seperti candawara (game show), drama, filem, dan rancangan realiti
Sensasi merupakan sebuah saluran televisyen berdefinisi tinggi (HD) oleh Unifi TV yang sesuai ditonton untuk seisi keluarga seperti candawara (game show), drama, filem, dan rancangan realiti.
Negara | Malaysia |
---|---|
Kawasan siaran | Seluruh negara |
Slogan | Santai Lah! |
Ibu pejabat | Cyberjaya, Selangor |
Pengaturcaraan | |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Format gambar | 1080i HDTV (16:9) |
Pemilikan | |
Pemilik | Telekom Malaysia Berhad |
Saluran kembar | DEGUP Dunia Sinema Inspirasi Salam HD unifi Sports |
Sejarah | |
Dilancarkan | 4 Ogos 2014 |
Nama dahulu | HyppSensasi HD |
Ketersediaan | |
IPTV | |
Unifi TV | Saluran 116 (HD) |
Media penstriman | |
Unifi TV | Penstriman langsung (Malaysia sahaja) |
Sejarah saluran
sunting- 2013: HyppSensasi HD dahulunya merupakan salah satu saluran video-on-demand (VOD) premium berbahasa Malaysia dengan harga langganan RM9 sebulan, bersama-sama saluran VOD HyppVariasi dan HyppAnimasi.
- 2014, 4 Ogos: HyppTV melancarkan saluran gaya hidup dan hiburan tempatannya yang pertama, HyppSensasi HD. Saluran baharu ini menayangkan program unik dan kandungan eksklusif berbahasa Malaysia dalam definisi tinggi (HD). Ia sudah boleh mula ditonton di HyppTV saluran 116. HyppSensasi HD memulakan langkah pertamanya melalui rancangan candawara (game show) pertama terbitan HyppTV iaitu Tu Dia!, selain pengenalan lima drama bersiri tempatan yang disiarkan pertama dan eksklusif iaitu; Cahaya Di Hujung Nyawa, Permainan Cinta, Selipar Jepun Stiletto Merah, Cinta Si Egois, dan BIB.[1]
- 2015, 10 Jun: HyppTV bekerjasama dengan syarikat penerbitan TV tempatan bagi memantapkan siaran saluran, selain memenuhi cita rasa penonton setia HyppSensasi HD. HyppTV melancarkan dua buah lagi drama bersiri eksklusif untuk siaran HyppSensasi HD – iaitu Puteri Gunung Ledang dan Jodoh Sebelah Pintu.[2]
- 2015, 19 Ogos: HyppSensasi HD mempelbagaikan lagi genre hiburan seperti gaya hidup untuk tontonan seisi keluarga, dengan memperkenalkan program 1 Jam Makan terbitan usahasama HyppTV dan FriedChillies Food Network. Tayangan perdana rancangan disiarkan secara eksklusif pada 16 Ogos 2015, setiap Ahad jam 9:30 malam.[3]
- 2015, 8 September: Rancangan TV realiti pertama HyppSensasi HD bertemakan rock 'n roll terbitan KRU Studios, Rockers: Pentas Panas dilancarkan untuk mencari bakat nyanyian baharu dunia rock 'n roll tanah air di seluruh Malaysia.[4]
- 2017, 22 Disember: HyppSensasi HD telah mencapai rekod 1 juta tontonan sejak pengenalan saluran pada 4 Ogos 2014. Pra-tonton percuma disediakan kepada semua pelanggan dan bukan pelanggan HyppTV dan aplikasi HyppTV Everywhere bermula 22 Disember 2017 sehingga tarikh tamat siaran percuma yang akan diumumkan kelak.[5]
- 2018, 15 Januari: Bagi meraikan pencapaian 1 juta penonton saluran HyppSensasi HD dan penjenamaan semula HyppTV kepada unifi TV, rancangan candawara (game show) interaktif yang bersiaran secara langsung dan pertama seumpamanya di Malaysia, Teka Tekan dilancarkan; yang mana membolehkan para pelanggan unifi TV menjawab soalan melalui alat kawalan jauh, dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM20,000 setiap hari.[6]
- 2022, 1 September: HyppSensasi HD kini dijenamakan sebagai Sensasi.
Pautan luar
suntingRujukan
sunting- ^ 7 Saluran Baru Di TM HyppTV Diarkibkan 2018-02-05 di Wayback Machine, The Skop, 15 September 2014.
- ^ HYPPTV UNVEILS 2 NEW LOCAL DRAMA SERIES, FIRST AND EXCLUSIVE ON HYPPSENSASI, Telekom Malaysia Berhad, 10 Jun 2015.
- ^ HYPPTV LAUNCHES ITS FIRST LIFESTYLE FOOD SHOW ‘1 JAM MAKAN’ ON HYPPSENSASI, Telekom Malaysia Berhad, 19 Ogos 2015.
- ^ HYPPTV UNVEILS ‘ROCKERS’, MALAYSIA’S FIRST ROCK & ROLL REALITY TV SHOW ON HYPPSENSASI, Telekom Malaysia Berhad, 8 September 2015.
- ^ unifi TV : HyppSensasi Tontonan Percuma (HyppSensasi Saluran 116), YouTube, 21 Disember 2017.
- ^ Laman Web Rasmi Teka Tekan, unifi TV, 12 Januari 2018.