Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                

IKIMfm

Stesen radio Islam Malaysia yang dimiliki oleh Institut Kefahaman Islam Malaysia

IKIMfm (dikenali dalam tempoh singkat sebagai Radio IKIM)[1][2] merupakan sebuah stesen radio di Malaysia. IKIM ialah singkatan kepada Institut Kefahaman Islam Malaysia, iaitu pengendali stesen radio ini. IKIMfm merupakan stesen radio berunsur Islam pertama di Malaysia yang beroperasi selama 24 jam. IKIM.fm telah dilancarkan secara rasminya oleh Perdana Menteri ketika itu, Mahathir Mohamad pada 6 Julai 2001. Kebanyakan program stesen radio ini adalah program berkaitan agama Islam, yang merupakan agama rasmi negara Malaysia.

IKIMfm
BandarKuala Lumpur
Kawasan penyiaranMalaysia, Singapura, kepulauan Batam di Indonesia, Brunei dan selatan Thailand (Satun, Narathiwat dan Pattani)
Slogan
  • Pilihan Utama Anda (06.07.2001 - 29.01.2019)
  • Inspirasi Inforia Islami (30.01.2019 - 01.02.2024)
  • Inspirasi Utama Anda (sejak 02.02.2024)
FrekuensiBerbeza-beza bergantung kepada kawasan (lihat Frekuensi)
Tarikh siaran pertama6 Julai 2001; 23 tahun yang lalu (2001-07-06)
FormatKeislaman
BahasaBahasa Melayu
PemilikInstitut Kefahaman Islam Malaysia
Tapak webikimfm.my

Radio IKIM dipancarkan menggunakan frekuensi 91.5 MHz (di Lembah Klang) dan dipancarkan ke seluruh negara. Radio IKIM juga boleh didengari di Singapura, kepulauan Batam di Indonesia, Brunei dan selatan Thailand (Satun, Songkhla, dan Narathiwat). Frekuensi stesen radio ini dahulunya digunakan oleh RFM (kini Red FM), sebelum bertukar ke 104.9 MHz (di Lembah Klang) pada awal tahun 2000. Radio IKIM juga boleh diikuti secara dalam talian menerusi laman sesawangnya.

Pada tahun 2002, frekuensi Radio IKIM di Johor Bahru yang dipancar dari Gunung Pulai telah ditukar frekuensi daripada 107.9 MHz kepada 106.2 MHz.

Pada 2010-an, Radio IKIM memperluaskan siaran ke Miri pada FM 104.0MHz, Lahad Datu pada FM 107.3MHz dan Tawau pada FM 100.7MHz untuk menyasarkan pendengar Muslim di kawasan tersebut. Selain itu, Radio IKIM menambah satu pemancar di Balik Pulau, Pulau Pinang pada 102.7MHz untuk meliputi kawasan barat daya Pulau Pinang dimana pemancar Gunung Jerai FM 89.0MHz tidak dapat diterima di kawasan tersebut.

Pada tahun 2016, frekuensi Radio IKIM di Kuching yang dipancar dari Bukit Djin telah ditukar frekuensi daripada 93.6 MHz kepada 93.7 MHz.

Sekitar 95% program Radio IKIM dipersembahkan dalam bahasa Melayu manakala selebihnya dalam bahasa Arab dan Inggeris. Anggaran rasmi oleh pihak The Nielsen Company (Malaysia), sebuah syarikat pengkaji (survey) antarabangsa terhadap radio-radio di Malaysia dalam kajian terbaru mereka sepertimana yang dilaporkan dalam Gelombang 2, 2010 menunjukkan bahawa sekitar 786,000 orang pendengar di Semenanjung Malaysia mengikuti radio Islami ini.

Pada Jun 2016, Radio IKIM menaik taraf pemancaran frekuensi Kedah, Perlis dan Pulau Pinang FM 89.0MHz dengan memindah pemancar ke Upper Gunung Jerai, bagi meliputi Kedah, Perlis, Pulau Pinang and Perak Utara yang membolehkan Pulau Pinang dan Perak Utara boleh menerima siaran Radio IKIM pada 89.0MHz dengan jelas. Sebelum ini, FM 89.0MHz tidak dapat diterima di Pulau Pinang dan Perak Utara, namun FM 89.0MHz pernah diganggu oleh stesen radio dari Thailand (Yala) di Pulau Pinang.

Bermula 2 Februari 2024, logo Radio IKIM dijenamakan semula sebagai IKIMfm dan tagline stesen radio tersebut bertukar daripada Inspirasi Inforia Islami kepada Inspirasi Utama Anda.

Penyampai Radio

sunting

Penyampai Harian

sunting

Penyampai Mingguan

sunting
  • Erwan Johari (mengendalikan rancangan Carta IKIMfm, bersiaran pada setiap hari Sabtu, jam 10.00 pagi)

Penyampai Berita

sunting
  • Maslina Alias
  • Ahmad Nazri Mohd Yusof

Bekas Penyampai

sunting
  • Mahathir Shaharuddin (Pengurus Besar Radio / Ketua Bahagian Radio, Bahagian Radio IKIM)
  • Mohd Erwan Johari (Pengurus Muzik Radio, Bahagian Radio IKIM)
  • Fairuz Haji Nordin (Pengurus Hubungan Strategik Radio, Bahagian Radio IKIM)
  • Norhayati Paradi (Pengurus Rancangan Radio, Bahagian Radio IKIM)
  • Mazlina Ismail (Pengurus Siaran Radio, Bahagian Radio IKIM)
  • Faiz Haji Othman
  • Luqman Hakim Malik

Segmen

sunting

Isnin - Jumaat

sunting
Segmen Penyampai Masa
Inspirasi Pagi Suffian Amrin & Tyzo Xander 06:00 - 10:00
Inspirasi Ilmu Syafiq Salleh 10:00 - 13:00
Inspirasi Jiwa Siti Rohani Surani 13:00 - 16:00
Kembara Inspirasi Mona Jasman 16:00 - 19:00
Renungan Hikmah 19:00 - 20:00
Suara Inspirasi Ahmad Nazri Mohd Yusof 20:00 - 00:00

Sabtu & Ahad

sunting
Segmen Penyampai Masa
English Section Batrisyia Afrina 17:00 - 18:00

Frekuensi

sunting
Frekuensi Kawasan siaran Tapak pemancar Catatan
91.5 MHz Lembah Klang Gunung Ulu Kali Frekuensi dahulu digunakan oleh RfM
89.0 MHz Perlis, Alor Setar, Kedah dan Pulau Pinang Gunung Jerai
Taiping, Perak
102.7 MHz Ipoh, Perak Gunung Kledang
Seremban, Negeri Sembilan Gunung Telapak Buruk
89.5 MHz Melaka Gunung Ledang
106.2 MHz Johor Bahru, Johor Gunung Pulai Frekuensi dahulu 107.9 MHz
89.6 MHz Kuantan, Pahang Bukit Pelindung
100.2 MHz Kuala Terengganu, Terengganu Bukit Besar
89.8 MHz Kota Bharu, Kelantan Bukit Panau Frekuensi dahulu 89.9 MHz kerana gangguan dengan Kelantan FM 90.0 Bukit Tangki Air
93.7 MHz Kuching, Sarawak Bukit Djin Frekuensi dahulu 93.6 MHz
93.9 MHz Kota Kinabalu, Sabah Bukit Karatong
104.0 MHz Miri, Sarawak Bukit Lambir
Kuala Belait, Brunei

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting