Jahid Noordin Jahim
Yang Berhormat Datuk Jahid Noordin Jahim (lahir 29 Mei 1958) merupakan seorang ahli politik dalam Parti Bersatu Sabah dan kini menyandang jawatan sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah.[2] Beliau juga adalah Ahli Dewan Undangan Negeri untuk N.14 Tamparuli, negeri Sabah.[3] Dahulunya, beliau pernah memperjuangkan pilihan raya negeri sebagai calon Barisan Nasional (PBS) secara langsung. Namun, partinya iaitu Parti Bersatu Sabah (PBS) memutuskan untuk meninggalkan Barisan Nasional (BN) pada 12 Mei 2018 dan kini bersekutu dalam parti Gabungan Bersatu Sabah selepas kejatuhan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum 2018. Beliau juga menyandang jawatan sebagai pemangku Timbalan Presiden dalam Ahli Majlis Tertinggi Parti Bersatu Sabah.[4]
Jahid @ Noordin bin Jahim PGDK, ASDK, ADK (Sabah) | |
---|---|
Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah | |
Menyandang jawatan 29 September 2020 | |
Gabenor | Juhar Mahiruddin Yang di-Pertua Negeri Sabah |
Ketua Menteri | Hajiji Noor |
Didahului oleh | Ewon Benedick |
Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Negeri Sabah | |
Dalam jawatan 11 Mei 2018 – 12 Mei 2018 | |
Gabenor | Juhar Mahiruddin Yang di-Pertua Negeri Sabah |
Ketua Menteri | Musa Aman |
Didahului oleh | Hajiji Noor |
Digantikan oleh | Jaujan Sambakong |
Kawasan pilihan raya | Tamparuli |
Pembantu Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah | |
Dalam jawatan 27 Mac 2004 – 10 Mei 2013 | |
Menteri | Masidi Manjun (2004–2008) Peter Pang En Yin (2008–2013) |
Gabenor | Ahmadshah Abdullah Juhar Mahiruddin |
Ketua Menteri | Musa Aman |
Didahului oleh | Surady Kayong |
Digantikan oleh | Masiung Banah |
Kawasan pilihan raya | Tamparuli |
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah untuk Tamparuli | |
Menyandang jawatan 10 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Wilfred Bumburing |
Majoriti | 2,080 (2018) 3,517 (2020) |
Dalam jawatan 21 Mac 2004 – 5 Mei 2013 | |
Didahului oleh | Edward Linggu |
Digantikan oleh | Wilfred Bumburing |
Majoriti | 5,758 (2004) 2,743 (2008) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kampung Rangalau Kiulu, Tamparuli | 29 Mei 1958
Parti politik | Parti Bersatu Sabah (PBS) |
Gabungan politik lain | Barisan Nasional (BN) (2002-2018) Gabungan Rakyat Sabah (GRS) (2020-kini) |
Pasangan | Datin Malianah Ugau Ketua Wanita PBS[1] |
Anak | 3 |
Tempat belajar | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Pekerjaan | Ahli politik |
Kabinet | Kabinet Sabah |
Latar Belakang
suntingDatuk Jahid Jahim dilahirkan pada 29 Mei 1958 dan berasal dari Kampung Bontoi Tamparuli, Sabah. Datuk Jahid berkahwin dengan Datin Malianah Ugau dan mempunyai seramai tiga orang anak. Di bangku sekolah, Datuk Jahid pernah bersekolah di SMK Tamparuli iaitu pada tahun 1972, tahun 1973 dan tahun 1974 semasa beliau berada di tingkatan 3,4 dan 5. Datuk Jahid Jahim juga telah dihantar ke sekolah asrama penuh lelaki di Sekolah Datuk Abdul Razak, Seremban di Negeri Sembilan semasa tingkatan enam. Seterusnya Datuk menyambung pelajaran di UKM dalam bidang Sosiologi dan berkelulusan BA(kepujian). Selepas itu, beliau melibatkan diri dalam bidang politik.
Kerjaya
suntingPada 29 September 2020, Yang Berhormat Datuk Jahid Jahim telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah yang bertempat di Istana negeri Sabah.
Keputusan Pilihan Raya
suntingTahun | Undian | Peratusan | Pencabar | Undian | Peratusan | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2004 | Jahid Jahim (BN-PBS) | 6,775 | Hannis Bin Gibung (BEBAS) | 1,017 | ||||
2008 | Jahid Jahim (BN-PBS) | 6,568 | Henry Misun (PR-PKR) | 3,825 | ||||
2013 | Jahid Jahim (BN-PBS) | 6,479 | Mojilip Bin Bumburing @ Wilfred (PR-PKR) | 6,862 | ||||
2018 | Jahid Jahim (BN-PBS) | 6,818 | 36.2% | Dausil Kundayong (PH-PKR) | 4,738 | 25.2% | ||
2020 | Jahid Jahim (PBS) | 6,843 | Alijus @ Mohd Ali Bin Sipil (PKR) | 3,326 | ||||
Nota: Jadual tidak termasuk undi untuk calon yang selesai di tempat ketiga atau lebih rendah. |
Tahun | Kawasan pilihan raya | Undi | Peratus | Pencabar | Undi | Peratus | Pungutan suara | Majoriti | % | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2018 | N.09 Tamparuli, P170 Tuaran | Jahid Jahim (PBS) | 6,818 | 45.46% | Dausil Kundayong (PKR) | 4,738 | 31.59% | 2,080 | % | |||
Mojilip Bumburing @ Wilfred (PCS) | 2,541 | 16.94% | ||||||||||
Jasmin Dulin (STAR) | 901 | 6.01% | ||||||||||
2020 | N.14 Tamparuli, P170 Tuaran | Jahid Jahim (PBS) | 6,843 | 59.26% | Alijus @ Mohd Ali Sipil (PKR) | 3,326 | 28.81% | 3,517 | % | |||
Denis Gimpah (PCS) | 1,001 | 8.67% | ||||||||||
Raymond Alfred @ Jenry (LDP) | 377 | 3.26% |
Pilihan Raya
suntingPada 26 September 2020, Yang Berhormat Datuk Jahid Jahim telah mengekalkan kedudukannya di DUN (N.14) Tamparuli setelah memenangi majoriti sebanyak 3,517 dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sabah ke-16.
Anugerah
sunting- Malaysia
- Johan Mangku Negara (2015)[8].
- Kesatria Mangku Negara (2006)[9].
- Sabah :
- Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) - Datuk (2008)[10].
- Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK) - (1994)
- Ahli Darjah Kinabalu (ADK) - (1981)
Rujukan
sunting- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-03-20. Dicapai pada 2020-03-20.
- ^ "#SabahMemilih: Datuk Jahid Jahim angkat sumpah jawatan Menteri Pembangunan Luar Bandar". www.astroawani.com. 2020-09-29. Dicapai pada 2020-09-30.
- ^ ">Datuk Jahid Jahim". tamparulisabah.wordpress.com. 2010-11-03. Dicapai pada 2020-02-15.
- ^ "Jahid dilantik Timbalan Presiden, Joniston Setiausaha Agung PBS". www.astroawani.com. 2021-01-04. Dicapai pada 2021-03-04.
- ^ "Sabah [Parliament Results]". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2018. Dicapai pada 10 Mac 2020. Cite has empty unknown parameter:
|1=
(bantuan) - ^ https://election.thestar.com.my/
- ^ "N53 Senallang". Malaysiakini. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-16. Dicapai pada 30 Mei 2020.
- ^ "AGONG'S AWARDS 2015". datukmalaysia.blogspot.com.
- ^ "SENARAI PENUH PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT PERSEKUTUAN TAHUN 2006" (PDF). www.istiadat.gov.my.
- ^ "Sabah Yang Dipertua Negri's birthday honour list". www.thestar.com.my.
Pautan luar
sunting- Laman sesawang rasmi kerajaan Diarkibkan 2008-08-27 di Wayback Machine