Jeddah
Jeddah (juga dieja Jedda, Jiddah, Jidda, atau Juddah; جدّة Ǧiddah), adalah sebuah bandar raya Arab Saudi yang terletak di pinggir Laut Merah denagn koordinat (21.50° U 39.1667° T). Bandar ini adalah sebuah bandar utama di Arab Saudi dan merupakan bandar paling besar di Provinsi Mekah. Bandar Jeddah adalah bandar kedua terbesar di Arab Saudi, selepas bandar raya Riyadh. Bilangan penduduk Jeddah kini berjumlah 3.4 juta orang. Jeddah dianggap sebagai pusat komersil Arab Saudi dan bandar raya paling makmur dan mewah di Timur Tengah. Jeddah juga adalah pintu masuk utama ke Makkah Al-Mukaramah, bandar paling suci dalam fahaman agama Islam dan adalah pintu masuk kepada kebanyakaan jemaah haji yang datang dengan kapal terbang ataupun dengan kapal laut.
Jeddah
جِدَّة | |
---|---|
Nama panggilan: Pengantin Laut Merah | |
Cogan kata: Jeddah Berbeza | |
Koordinat: 21°32′36″N 39°10′22″E / 21.54333°N 39.17278°EKoordinat: 21°32′36″N 39°10′22″E / 21.54333°N 39.17278°E | |
Negara | Arab Saudi |
Kawasan | Makkah |
Ditubuhkan | abad ke-6 SM |
Pentadbiran | |
• Datuk Bandar Gabenor | Saleh Al-Turki[1] |
Keluasan | |
• Bandar | 1,600 km2 (600 batu persegi) |
• Bandar | 1,793 km2 (692 batu persegi) |
• Metro | 2,485 km2 (959 batu persegi) |
Aras | 12 m (39 ft) |
Penduduk (2022)[2] | |
• Bandar | 3,751,722 |
• Kepadatan | 2,300/km2 (6,100/batu persegi) |
KDNK (PPP) | |
• Tahun | 2023 |
• Jumlah | $235.6 bilion[3] |
• Per kapita | $48,500 |
Zon waktu | UTC+3 (Waktu Piawai Arab) |
Poskod | 5 digit kod bermula dengan 21 (cth. 21577) |
Kod kawasan | +966 12 |
HDI (2021) | 0.871[4] – sangat tinggi |
Laman sesawang | jeddah |
Jeddah | |
Nama asli | جدة |
Nama rasmi | Jeddah Bersejarah, Gerbang ke Makkah |
Inskripsi | 2014 (sesi ke-38) |
Zon penampan | 113.58 ha |
sunting · sunting di Wikidata |
Ejaan dan asal nama
suntingTerdapat dua hikayat mengenai nama “Jeddah”. Yang pertama meriwayatkan nama “Jeddah” sebagai bermakna “tepi pantai” kerana Jeddah terletak di pantai Laut Merah yang kemudiannya menjadi pelabuhan terpenting di Arab Saudi. Hikayat yang lagi satu (yang lebih lazim dan popular) menceritakan nama Jeddah berasal daripada perkataan "jaddah”, perkataan Arab yang bermaksud “nenek”. Mengikut cerita rakyat orang-orang Arab, makam Hawa, isteri Nabi Adam a.s. terdapat di Jeddah di koordinat (21.492° N 39.19° E). Oleh kerana Hawa adalah leluhur semua manusia, tempatnya dinamakan “Jeddah” sempena nama beliau. (Makam yang dikatakan makan Hawa ini telah ditutup oleh kerajaan Arab Saudi yang tidak membenarkan penziarah yang mendirikan solat dan berdoa di makam tersebut, kerana ini ditakrifkan sebagai menyimpang daripada pegangan Wahabi yang diamalkan di Arab Saudi).
Dalam dokumen rasmi kerajaan Arab Saudi dan di dalam peta-peta, bandar raya ini dilabelkan sebagai “Jeddah”, tetapi pejabat Hal Ehwal Luar Dan Komanwel British memanggil bandar ini “Jedda” walaupun lain-lain jabatan dan pejabat rasmi British menggunakan Jeddah.
Lokasi
suntingKota Lama Al-Balad mempunyai bangunan rumah dan pejabat komersial yang bertingkat-tingkat dan dibina mengikut binaan tradisional kini sudah ditenggelami pembangunan moden yang memeningkan pengaruh seni reka barat. Tetapi kebelakangan ini, terdapat pergerakan yang kembali mementingkan seni reka tradisional dan terdapat usaha-usaha serius untuk mengekal dan memulih hara bangunan-bangunan tradisional.
Bandar raya Jeddah mempunyai beberapa pantai persendirian, termasuk Durrat Al-Arus, Crystal Resort, FAL, Al Remal, Shums, Bait Albahar, Salhia, Sheraton Abhur dan Al Nakheel Village. Kesemua resort ini mempunyai tarikan hidupan laut dan kehidupan terumbu Laut Merah.
Sejarah
suntingJeddah diasaskan sebagai perkampungan nelayan lebih daripada 2,500 tahun yang lalu. Namun demikian, perkampungan ini hanya mendapat perhatian dalam tahun 647 S.M. apabila Khalifah Uthman ibn Affan menggunakan pelabuhan di Jeddah sebagai pelabuhan singgah untuk jemaah haji yang hendak menunaikan haji ke Mekah. Selepas zaman Khulafa al-Rasyidin, Jeddah menjadi bandar utama daerah Hijaz (ataupun Hejaz) dan terus berkembang menjadi pelabuhan utama untuk jemaah-jemaah Haji yang membuat perjalanan menggunakan jalan laut.
Pada penghujung abad ke-17, Kerajaan Uthmaniah menakluki Hijaz termasuk bandar suci Makkah dan juga pelabuhan Jeddah. Kerajaan Uthmaniah telah membina tembok kota Jeddah berikutan kemenangan mereka mengalahkan armada Lopo Soares de Albergaria Portugis dalam pertempuran di Laut Merah.
Semasa Perang Dunia I, Sharif Mekah yang menjadi wakil kepada kerajaan Uthmaniah di tanah Arab memberontak menentang kerajaan Uthmaniah dan menuntut satu kebebasan untuk negara Arab yang bersatu yang merentasi Aleppo di Syria hingga ke Aden di Yemen.
Selepas Perang Dunia I, Putera Ibn Sa’ud yang berasal daripada wilayah Najd menawan Makkah dalam tahun 1924, dan bandar-bandar Madinah dan pelabuhan Jeddah dan menggulingkan Sharif Makkah Hussein Bin 'Ali Al Hashem. Hussein melarikan diri ke Cyprus sebelum berhijrah dan menetap di Amman, Jordan di mana warisnya mengasaskan keluarga diraja Hashimiyah Jordan yang menjadi Raja Jordan. Dalam tahun 1926, Raja Ibn Sa'ud mengambil gelaran Sultan Hijaz di samping gelaran Sultan Najd.
Ketika ini, Jeddah sudah kehilangan kepentingannya dalam politik Semenanjung Arab. Hijaz pula dipecahkan menjadi wilayah-wilayah kecil dan Jeddah kini diletakkan di dalam Provinsi Makkah dengan bandar Makkah sebagai bandar provinsinya.
Pengangkutan
suntingPengangkutan udara dikendalikan oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz. salah sebuah terminal dikhususkan untuk kegunaan semasa musim Haji, dan boleh dikenali kerana mempunyai seni reka seperti khemah kaum Badawi. Terminal ini direka untuk mengendalikan lebih daripada 2 juta jemaah Haji yang menggunakan terminal ini semasa musim Haji.
Pelabuhan Jeddah pula adalah pelabuhan ke-30 paling sibuk dalam kategori kendalian kontena dan mengendalikan sebahagian besar kendalian laut komersial Arab Saudi.
Kemudahan diplomatik
suntingAmerika Syarikat menempatkan salah satu daripada 3 buah pejabat konsulatnya di Jeddah, bersama-sama 67 buah negara lain termasuk Malaysia, United Kingdom, Perancis, Jerman, Itali, Russia dan China berserta Negara-Negara Persidangan Islam (OIC) dan Liga Arab. Pada 6 Disember 2004 pihak pelampau menyerang kawasan konsulat Amerika Syarikat di Jeddah, mengakibatkan kematian 5 orang petugas konsulat dan pasukan keselamatan Arab Saudi pula dapat membunuh 4 orang pelampau.
Pendidikan
suntingPusat-pusat pendidikan yang terdapat di Jeddah termasuklah :
- Univeristi Raja Abdul Aziz.
- Kolej Dar Al-Hekma .
- Universiti Terbuka Arab.
- Kolej Effat.
- Kolej CBA.
- Maktab Perguruan.
- Akademi penerbangan Putera Sultan.
- Kolej teknologi Jeddah
- Institut Pertuturan dan pendengaran Jeddah
- Institut Kejururawatan Jerman-Saudi
- Sekolah Antarabangsa British
- Akademi Fiqh Islam
Hotel
sunting
Antara hotel termasyhur di Jeddah adalah :
Nama Hotel | Taraf | Nama Hotel | Taraf | |
---|---|---|---|---|
The Westin Jeddah | 5 Bintang | Hilton Hotel Jeddah | 5 Bintang | |
Crowne Plaza Hotel | 5 Bintang | Durrah Beach | 5 Bintang | |
Sheraton Tower and Villas | 5 Bintang | Le Méridien Jeddah | 5 Bintang | |
Sands Hotel | 5 Bintang | Mövenpick Hotel | 5 Bintang | |
Marriott Hotel | 5 Bintang | Radisson SAS Royal Suites | 5 Bintang | |
Radisson SAS Hotel | 5 Bintang | InterContinental Hotel | 5 Bintang | |
La Fontaine Resorts | 5 Bintang | Sheraton Beach | 5 Bintang | |
Jeddah Orchid Hotel | 5 Bintang | Al Attas Hotel | 5 Bintang | |
Al Bilad Hotel | 5 Bintang | Chorniche Rosewood | 5 Bintang | |
Ramada Hotel | 5 Bintang | Rotana Royal Suites | 4 Bintang | |
Al Sultan Palace | 4 Bintang | Holiday Inn Jeddah | 4 Bintang | |
al Hamra Sofitel Hôtel | 4 Bintang | Red Sea Palace Hotel | 4 Bintang | |
Al Sofaraa Suites | 4 Bintang | Al Bustan Mercure Hotel | 4 Bintang | |
Holiday Inn Resorts | 4 Bintang | Al-Banawi Resorts | 4 Bintang | |
Jeddah Trident Hotel | 4 Bintang | Casablanca Hotel | 4 Bintang | |
Kaki Hotel | 4 Bintang | Ramada Royal Villas | 4 Bintang | |
Habitat Hotel | 4 Bintang | Khaldiyah Palace | 3 Bintang | |
Al Azhar Hotel | 3 Bintang | Rihana Plaza Hotel | 3 Bintang | |
Mövenpick Resort | 3 Bintang | Sunset Hotel | 3 Bintang | |
Madina Palace | 3 Bintang | F.K.S Suites | 3 Bintang | |
Al Baia Hotel | 3 Bintang | Al Burj Hotel | 3 Bintang | |
Kandara Palace | 3 Bintang | Al Riyadh Hotel | 2 Bintang | |
Safari Hotel | 2 Bintang |
Membeli belah
suntingNama Kompleks | Nama Kompleks | |
---|---|---|
Sawari Landmark Mall | Sultan Mall | |
Iceland Ceneter | Heraa Plaza | |
Serafi Mega Mall | Roshan Mall | |
Roshanah Mall | University Plaza | |
City Plaza | Mahmoud Saieed Center | |
Oasis Mall | Nojood Center | |
Badr Center | Roba'eyat Center | |
Bin Homraan Tower | La Promenade 1 | |
La Promenade 2 | Al Badreya Towers | |
Le Mall | Al Tahlia Shopping Center | |
Jeddah Mall | Al Haddab Tahlia Center | |
Heraa Avenue | University Mall | |
Queen Tower | Jamjoom Mall | |
Sawari Mall | Al Musadeyya Center | |
Al Mahmal Mall | Jeddah Int'l Mall | |
Al Hamraa Mall | Al Basateen Center | |
Heraa Mall | Suliemaniya Mall | |
Dania Center | Al Baroom Tower | |
Al Hefnee Mall | Al Khayyat Center | |
Al Madinah Center | Corniche Center | |
South Mall | Al Kaiyal Center | |
Najjar Mall | Hejaz Mall | |
Al Suhaili Plaza | Aiya Mall | |
Salama Mall | Shati Market |
Cuaca dan iklim
suntingTidak seperti lain-lain bandar di Saudi Arabia, Jeddah mengekalkan cuaca panasnya walaupun semasa musim sejuk. Keadaan ini disebabkan oleh pengaruh Laut merah ke atas iklim Jeddah. Semasa musim sejuk, suhu di sekitar 15 C (59F) pada tengah malam dan menjangkau suhu 25C di waktu tengah hari.
Suhu pada musim panas amat terik, kadang kala menjangkau 40C (104F) pada waktu tengahari dan 30C (86F) pada waktu malam. Hujan jarang turun di Jeddah, dan hanya turun dalam bulan Disember.
Jeddah juga telah mengalami banjir yang dashyat pada tahun 2009 hingga 2011.
Bandar raya kembar
suntingJeddah mempunyai 24 bandar raya kembar :
Galeri
suntingRujukan
sunting- ^ "Saleh Al-Turki, mayor of Jeddah". arabnews.com. Saudi Research & Publishing Company. 27 Mac 2019. Dicapai pada 15 Ogos 2024.
- ^ "Population". Statistical Yearbook 50 (2014). Central Department Of Statistics & Information. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Februari 2016. Dicapai pada 15 Ogos 2024.
- ^ "TelluBase—Saudi Arabia Fact Sheet" (PDF). tellusant.com. Tellusant, Inc. Dicapai pada 15 Ogos 2024.
- ^ "Sub-national HDI – Subnational HDI – Global Data Lab".