Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                

Tan Sri Dato' (Dr) K. Kumaran ialah ahli politik Malaysia berketurunan India. Beliau merupakan mantan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan mantan Ahli Parlimen Tapah selama dua penggal (1990-1999). Beliau juga telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negara dari tahun 1979- 1985 dan Ahli Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak bagi kawasan Sungkai dari tahun 1986-1990. Tan Sri Kumaran juga telah mewakili Malaysia di Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu ke 40 di New York, Amerika Syarikat pada tahun 1985.

Beliau merupakan seorang veteran Malaysia Indian Congress (MIC) yang masih aktif dalam komuniti termasuk memberi pandangan tentang isu semasa berkaitan masyarakat India. Tan Sri Kumaran merupakan Pengerusi MIC Negeri Perak yang paling lama, iaitu memegang jawatan berkenaan bagi tempoh 17 tahun. Beliau merupakan Pengerusi Badan Perhubungan MIC Negeri yang paling lama dan terakhir yang dipilih secara demokratik oleh perwakilan MIC Negeri sebelum sistem pelantikan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri diperkenalkan dalam MIC. Beliau juga merupakan Naib Presiden MIC Kebangsaan selama tiga penggal dari tahun.1991. Pada tahun 2009, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Tetap MIC. Tan Sri Kumaran juga telah berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Presiden MIC.

Beliau merupakan pemimpin MIC yang paling berpengaruh dalam era 80an dan 90an dimana sokongan beliau telah memberi kemenangan kepada Dato Seri S Samy Vellu sebagai Presiden MIC apabila beliau dicabar oleh Dato S.Subramaniam semasa Pemilihan Presiden MIC pada tahun 1989. Atas daya usaha dan permohonan beliau semasa memimpin MIC Perak, Hari Thaipusam telah diisytihar sebagai cuti umum bagi Negeri Perak.

Sebelum menceburi bidang politik, Tan Sri Kumaran merupakan seorang aktivis belia dimana beliau merupakan Timbalan Presiden yang pertama bagi pertubuhan Kelab Bell Belia Malaysia. Pada usia 20an, beliau juga aktif dalam kesatuan sekerja.

Tan Sri Kumaran telah berkhidmat sebagai Guru Besar di Sekolah Rendah Kebangsaan Tamil Gunung Rapat Ipoh Perak dan Gerik Perak. Pada tahun 2017, beliau telah dilantik oleh Kerajaan Malaysia sebagai Ahli Jawatankuasa Bebas untuk Mengkaji Peperiksaan Awam.

Tan Sri Dato' (Dr)

K. Kumaran

PSM DPMP JSM KMN PMP PPT JP D.Sc (HC)
Timbalan Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar
Dalam jawatan
1995–1999
Perdana Menteri Mahathir Mohamad
Menteri Annuar Musa
Didahului oleh Mohd Yasin Kamari
Digantikan oleh Palanivel Govindasamy
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Tapah
Dalam jawatan
1990–1999
Didahului oleh M. G. Pandithan
Digantikan oleh S. Veerasingam
Majoriti9,851 (PRU-9)
5,221 (PRU-8)
Butiran peribadi
Lahir14 Mei 1937
Pulau Pinang
Parti politik Kongres India Malaysia
PasanganPuan Sri Datin S Vasantha
Anak-anak4
PekerjaanAhli politik
ProfesionAkademik