Kentang goreng
Kentang goreng[1] (Tulisan Jawi: كنتڠ ݢوريڠ) atau lebih tepat lagi kentang jejari[2] (Tulisan Jawi: كنتڠ ججاري - Perancis: pomme frite ; bahasa Inggeris A.S French fries U.K, Aus chips[1] ialah hidangan yang dibuat daripada potongan-potongan kentang yang digoreng memanjang seakan jari sebelum ia digoreng celur dalam minyak goreng panas.
Hidangan ini boleh dimakan begitu saja sebagai makanan ringan mahupun sebagai makanan pelengkap hidangan utama seperti stik daging, hamburger, fish and chips dan currywurst.
Peristilahan
suntingFrench fries bererti "kentang goreng ala Perancis." Dalam bahasa Inggeris, perkataan fry sebenarnya bermaksud menggoreng dengan minyak sedikit atau menggoreng di dalam minyak goreng yang banyak hingga terendam (goreng celur/jeluk). Sedangkan dalam bahasa Perancis, frire hanya bererti menggoreng di dalam minyak goreng yang banyak hingga terendam.
Pada awalnya kata kerja "to french" digunakan untuk memotong sesuatu dengan bentuk panjang-panjang seperti batang korek api (mancis) yang disebut Julienne-cut.[3] Menurut kamus Oxford English Dictionary, istilah "to french" digunakan untuk daging yang dipotong-potong kecil, tapi istilah ini baru digunakan setelah "istilah french fried potato" diperkenalkan.
Di United Kingdom dan kawasan sekitarnya, kentang jenis ini disebut chips. Di Amerika Utara, istilah "chips" lebih bermaksud kerepek kentang (potato chips), sedangkan di Australia, New Zealand dan Afrika Selatan, "chips" bererti kentang jejari atau kerepek kentang.
Sejarah
suntingKentang ini menjadi terkenal seluruh dunia hasil perkenalan francais-francais restoran makanan segera seperti McDonald's dan Burger King. Pada awal tahun 1950-an, Jack Simplot yang memiliki sebuah syarikat bernama J.R. Simplot menciptakan bahan french fries berupa potongan-potongan kentang yang sudah dikupas dan dibekukan. Sebelum syarikat J.R. Simplot memasak bahan kentang goreng, kentang perlu dikupas dan dipotong-potong secara manual di semua cabang McDonald's. Kentang beku pengeluaran J.R. Simplot berjaya menyingkatkan waktu penyiapan makanan dan mendorong kepada pengembangan McDonald's.
Belgium
suntingOrang Belgium mendakwa bahawa kentang jejari berasal dari Belgium, walaupun pendakwaan ini kurang disokong bukti yang kuat, pada hakikatnya Orang Belgium memang suka makan kentang jejari. Pada tahun 2002, statistik menunjukkan bahawa orang Belgium rata-rata menghabiskan €6.01 untuk membeli kentang jejari, termasuk antaranya kentang jejari yang dibeli di restoran makanan segera.[4]
Sejarahwan Belgium bernama Jo Gerard menyatakan bahawa resipi kentang jejari sudah ada di Belgium sejak tahun 1680. Pada waktu itu, penduduk miskin di daerah lembah Sungai Meuse antara Dinant and Liège mempunyai kebiasaan makan ikan kecil yang digoreng. Pada musim sejuk yang tidak tersedia ikan kerana sungai yang membeku, mereka menggoreng kentang yang dipotong-potong sama panjang.[5]
Pada tahun 1857, surat khabar "Courrier de Verviers" memuatkan rencana tentang seorang pengusaha Belgium bernama Fritz yang menjual makanana di bandar raya dan menggelarnya sebagai "raja kentang goreng" ("le roi des pommes de terre frites"). Pada tahun 1862, gerai kentang jejari "Max en Fritz" didirikan di Antwerp, di lokasi yang berdekatan dengan Het Steen.[6]
Menurut cerita orang Belgium, tentera Inggeris yang datang ke Belgium sewaktu Perang Dunia Pertama sempat merasa hidangan ini buatan orang Belgium dan menamakannya "French," ("bahasa Perancis") didasarkan bahasa rasmi yang dituturkan di pos ketenteraan Belgium.[7][8]
Resipi tertua
suntingTukang masak Perancis bernama Honoré Julien sering menghidangkan kentang jejari untuk Presiden Amerika Syarikat, Thomas Jefferson. Menurut manuskrip tulisan tangan Thomas Jefferson pada tahun 1801, french fries ialah 'kentang segar yang dipotong kecil-kecil dan digoreng dalam rendaman minyak'.
Pada tahun 1813, dalam buku resipi masakan Amerika yang berjudul "The French Cook"[9], sudah termuat resipi french fries. Resipi hidangan ini sebenarnya sudah dimuat dalam buku resipi masakan Perancis "Les soupers de la cour" karya Menon pada tahun 1755.
Dalam buku resipi lama koleksi laman web Feeding America yang berjudul Miss Parloa's New Cook Book terbitan tahun 1882 sudah termuat resepi untuk "French fried potatoes" (kentang jejari Perancis).
Sepanyol
suntingSepanyol ialah negara Eropah yang pertama kali mengenali kentang hasil penerokaan mereka ke Dunia Baru sebelum diperkenalkan ke Belgium yang pada waktu itu masih berada di bawah kekuasaan Sepanyol.
Menurut Prof. Paul Ilegems, kurator Frietkotmuseum di Belgium, Santa Teresa dari Ávila memperkenalkan cara menggoreng kentang. Selain itu, cara memasak kentang dengan cara digoreng dipengaruhi oleh cara masakan Mediterranean.[10]
Rujukan
sunting- ^ a b "'kentang goreng' - Kamus Bahasa Inggeris". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 1 April 2020.
- ^ "'kentang jejari' - Kamus Bahasa Inggeris". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 1 April 2020.
- ^ Merriam-Webster's Collegiate Dictionary, Edisi 10.
- ^ "Huishoudbudgetonderzoek 2002" (berkas Excel dalam bahasa Belanda). Statistics Belgium. 2002. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-10-07. Dicapai pada 2006-10-25.
- ^ "Specialities: Frites". Belgian Federal Government. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-30. Dicapai pada 2020-03-31.
- ^ Paul Ilegems. "De Frietkotcultuur"
- ^ "GESCHIEDENIS VAN DE FRIET". Fritkot Max. Diarkibkan daripada yang asal pada 2005-02-27. Dicapai pada 25 Oktober 2006.
- ^ "Geschiedenis". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-29. Dicapai pada 25 Oktober 2006.
- ^ "The French Cook" karya Louis Ude
- ^ Schoetens, Marc (13 Disember 2005). "Heilige Teresa bakte de eerste frieten" (dalam bahasa Dutch). De Morgen. Dicapai pada 25 Oktober 2006.CS1 maint: unrecognized language (link)
Bacaan
sunting- Paul Bocuse, La Cuisine du marché, Paris, 1992.
Pautan luar
sunting- (Belanda) Patat met Speciaal Saus? Lekker… Diarkibkan 2016-03-08 di Wayback Machine Radio Nederland
- (Inggeris) Still life with fries Sejarah kentang jejari
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan French Fries |