Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                

Kesatuan pekerja adalah organisasi yang diwujudkan pekerja secara kolektif agar dapat mencapai banyak matlamat yang sama; seperti melindungi integriti perdagangan, meningkatkan standard keselamatan, dan memperoleh upah yang lebih baik, manfaat (seperti cuti, kesihatan, dan persaraan), dan keadaan bekerja melalui peningkatan kuasa tawar-menawar hasil pembentukan suatu monopoli pekerja.[1] Kelompok yang memihak kepada para pekerja akan berunding mengenai perjanjian-perjanjian kerja buruh dengan majikan.

Kelompok-kelompok ini sering bertujuan mengekalkan atau meningkatkan keadaan tempat para pekerja mereka;[2] langkah-langkah yang dilakukan untuk meraih tujuan ini termasuklah perundingan kadar upah, peraturan bekerja, kadeah membuat aduan, peraturan berkaitan mengambul, menaikkan pengkat mahupun memecat pekerja, fadeah bekerja serta dasar-dasar dan keselamatan tempat bekerja.

Fungsi yang dipegang aliansi sebegini bergantung pada undang-undang yang berbeza yang dipegang dari satu negara ke satu negara yang lain. Kesatuan pekerja di Jerman dan Belanda misalnya memainkan perana penting dalam keputusan pengurusan melalui penglibatan langsung dalam badan korporat dan pembuatan keputusan bersama (co-determination).[3] Rundingan penting kendalian aliansi-aliansi ini turut dilakukan dengan pihak mana yang dianggap lebih bertanggungjawab dan berkuasa secara setempatnya; sama ada bersama dengan majikan (seperti di Amerika Syarikat) mahupun bersama kesatuan majikan (seperti di Austria, Denmark, Jerman atau Sweden).

Rujukan

sunting
  1. ^ Frost, Daniel (1 April 1967). "Labor's Antitrust Exemption". California Law Review. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Disember 2017. Dicapai pada 15 Disember 2017. ...the United States Supreme Court again undertook the delicate task of defining the antitrust exemption granted labor unions by section six of the Clayton Act. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  2. ^ Webb, Sidney; Webb, Beatrice (1920). "I". History of Trade Unionism. Longmans and Co. London.
  3. ^ Bamberg, Ulrich (Jun 2004). "The role of German trade unions in the national and European standardisation process" (PDF). TUTB Newsletter. 24–25. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 26 Julai 2011. Dicapai pada 27 Julai 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

Pautan luar

sunting
Di rantau Nusantara.
  • [1] - laman web Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia
  • [2] - laman web Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan Singapura
  • [3] - laman web Kongres Aliansi Serikat Buruh Indonesia
Di rantau lain