Konsonan tamparan
Konsonan tamparan atau ketukan ialah bunyi konsonan yang dihasilkan dengan sekali mengecutkan otak agar satu anggota artikulasi yang aktif (contohnya, lidah) mengetuk anggota lain yang pasif.
Cara artikulasi |
---|
Obstruen |
Hentian |
Letusan |
Geseran |
Sibilan |
Sonoran |
Sengau |
Tamparan |
Getaran |
Aproksiman |
Cecair |
Vokal |
Separuh vokal |
Sisian |
Arus udara |
Ejektif |
Implosif |
Klik |
Laman ini mengandungi maklumat fonetik dalam IPA yang mungkin tidak dapat dipaparkan dengan betul di sesetengah pelayar web. [Bantuan] |
Perbezaan utama antara konsonan tamparan dan konsonan hentian adalah, konsonan tamparan tidak mengumpul tekanan udara di belakang daerah artikulasi, oleh itu tiada ledakan ketika dihembuskan; jika tidak maka tamparan itu seolah-olah hentian yang amat singkat.
Konsonan tamparan juga berbeza dari konsonan getaran, yang mana arus udara menyebabkan anggota artikulasi bergetar. Konsonan getaran juga boleh ubah sentuhannya, manakala konsonan tamparan pula terhad kepada sentuhan tunggal.
Aksara IPA
suntingKonsonan tamparan dan ketukan yang dikenal pasti oleh Abjad Fonetik Antarabangsa ialah:
IPA | Huraian | Contoh | |||
---|---|---|---|---|---|
Bahasa | Ejaan | IPA | Maksud | ||
ɾ | Ketukan gusi | Inggeris (AS) | latter | /læɾɚ/ | "akhir" |
ɺ | Tamparan sisian gusi | Jepun | ラーメン | /ɺaːmeɴ/ | "ramen" |
ɽ | Tamparan gelungan | Warlpiri | dupa (?) | /ɽupa/ | "tampan angin" |
Tamparan bibir-gigi | Karang | /v̛ara/ | "haiwan" |
IPA mencadangkan bagi konsonan tamparan lain, konsonan homorgan (sama anggota) seperti hentian atau getaran, harus dibubuh tanda singkat:
- Ketukan atau Tamparan: seandainya tiada aksara tersendiri disediakan untuk suatu konsonan ketukan, maka tanda singkat harus digunakan, cth.: [ʀ̆] or [n̆].[1]
Rujukan
sunting- ^ "Report on the Kiel Convention", Journal of the International Phonetic Association 19:2, p 70.