Krisis Kyrgyzstan 2010
Krisis Kyrgyzstan 2010 bermula pada bulan April 2010 apabila Presiden Kyrgyzstan Kurmanbek Bakiyev disingkirkan dari ibu kota Bishkek. Ekoran itu etnik Kyrgyz marah dan mula menyerang etnik Uzbek di bandar Osh dan Jalal-Abad pada bulan Jun 2010.
Pembunuhan etnik Uzbek ini dianggap sebagai genosid , terancang , dipercayai dirancang oleh anak dan penyokong Kurmanbek Bakiyev.
Pemberontakan di Bishkek
suntingPada 6 April 2010, demonstrasi diadakan di Talas oleh para pemimpin pembangkang melawan rasuah dan peningkatan kos hidup. Protes berubah menjadi rusuhan dan merebak secara nasional. Pada tarikh 7 April 2010, Presiden Kyrgyzstan, Kurmanbek Bakiyev mengenakan kawalan kecemasan. Antara tindakannya ialah menangkap pemimpin pembangkang. Seramai 88 orang terbunuh dan 458 dirawat di hospital dalam pertempuran berdarah dengan polis di ibu negara. Ekoran itu, Bakiyev mengundurkan diri pada tarikh 15 April 2010 dan meninggalkan negara pergi ke negara jiran - Belarus.
Keganasan April - Mei
suntingPada 18 April 2010, penyokong Bakiyev merampas pejabat pemerintah daerah di Osh kerana kawasan ini adalah kubu terkuat Bakiyev. Selepas itu mereka mengangkat gabenor mereka sendiri iaitu Paizullabek Rahmanov. Hampir 1,000 orang berkumpul pada 19 Mei mengecam kerajaan sementara dan mereka menyanyi slogan pro-Bakiyev. Mereka mahu bekas presiden kembali semula ke negara itu.
Di Bishkek, terjadi rusuhan untuk merebut tanah dari etnik Rusia dan Meskhetian Turki pada tarikh 19 April. Akibatnya lima orang terbunuh dan tiga puluh lebih luka-luka. Pada 19 Mei, sekumpulan pemuda berusaha merebut tanah di Mayevka dan terjadi pertengkaran dan petempuran dengan penduduk tempatan. Beberapa rumah dirompak dan dibakar, sementara tembak - menembak berlaku antara penduduk kampung.
Pada 22 April 2010, pemimpin kerajaan interim Roza Otunbayeva mengumumkan referendum Perlembagaan Kyrgyzstan , dalam rangka mengurangkan kuasa presiden dan "menguatkan demokrasi," akan diadakan pada tarikh 27 Jun 2010; sebuah pilihan raya umum yang kemudian akan menyusul pada tarikh 10 Oktober 2010.
Pada 1 Mei 2010, para penyokong bekas presiden menyerang di Jalal-Abad, Batken dan Osh, memaksa gabenor interim Jalal-Abad melarikan diri. Pertempuran antara kedua-dua etnik semakin meningkat.
Pada 19 Mei 2010, penyokong pro-Bakiyev bertempur dengan pendukung tempatan Uzbek yang dipimpin oleh Kadyzhan Batyrov di selatan Jalal-Abad. Mereka menuduhnya membenarkan pengikutnya untuk menggunakan senjata semasa pro demonstrasi pada 13 Mei. Pertempuran terjadi berdekatan Universiti Persahabatan Rakyat menyebabkan dua orang terbunuh dan 16 cedera. Kemudian Roza Otunbayeva dilantik menjadi presiden sementara Kirgistan. Pada 31 Mei Uzbekistan memindahkan batalion tentera ke sempadan dengan Kyrgyzstan kerana peningkatan ketegangan sempadan . Perusuh menghancurkan jalan dan paip air. Kereta perisai dihantar ke situ bagi mencegah pertengkaran berterusan .[1]
Kemuncak rusuhan Jun 2010
suntingPada 9 Jun 2010, etnik Kyrgyz menyerang minoriti Uzbek walaupun mereka seugama iaitu Islam. Rusuhan mereka dari Osh merebak ke 12 bandar lain termasuk Jalal-Abad. Mereka membunuh etnik Uzbek seperti binatang. Keseluruhan bandar terbakar. Takhir Maksitov dari kumpulan hak asasi manusia 'Rakyat Menentang Rasuah' menyifatkan pembunuhan ini sebagai genosid. Jallahitdin Jalilatdinov selaku pemimpin Pusat Nasional Uzbek menyatakan lebih 100,000 Uzbek melintasi garis sempadan menuju ke Uzbekistan. 80,000 telahpun sedia masuk. [2]
Keselamatan pangkalan tentera di Kant dan Manas
suntingAgensi berita Interfax melaporkan bahawa Rusia menghantar 650 pasukan tentera payung terjun bagi melindungi peralatan tentera di kem tentera Kant di utara Kyrgyzstan. 3 buah pesawat IL-76 milik Rusia digunakan untuk penghantaran tentera itu.
Pangkalan tentera Amerika Syarikat terletak di Manas juga di utara Kyrgyzstan, 300 km dari bandar Osh [3]. Pangkalan ini pernah digunakan untuk menyerang dan berperang dengan Afghanistan pada 2001. Namun bahagian utara tidak terlibat dengan pertempuran. Rusia dan Amerika Syarikat membayar sejumlah sewa tertentu kepada bagi menempatkan pasukan tenteranya di utara. [4] Pangkalan udara Amerika Syarika juga terletak di Navoi, Uzbekistan di mana NATO menggunakan untuk pengangkutan kargo - peralatan senjata. Lapangan Terbang Navoi dikendalikan oleh kerajaan Korea Selatan - bantuan kewangan dan modenisasi. Pada 2005, Presiden Uzbekistan Islam Karimov mendesak penutupan pangkalan tentera udara Amerika di Karshi-Khanabad.