Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                

Lamian (Cina Tradisional: 拉麵, Cina Ringkas: 拉面, pinyin: lāmiàn) atau mi tarik (terjemahan ungkapan Cina) ialah sejenis mi lembut diperbuat dari gandum; ia dibuat dengan menarik dan meregang serta melipat doh tepung hingga dapat dileraikan menjadi utasan-utasan panjang.[1] Mi ini pertama kali dicatatkan pembuatannya dalam Songshi Yangsheng Bu (Cina ringkas: 宋氏养生部Cina tradisional: 宋氏養生部) dikarang Song Xu bertarikh 1504.[1]

Semangkuk mi tarik atau lamian cara Lanzhou.

Mi ini sering dimasak dalam dua cara, sama ada dalam sup sebagai tāngmiàn (Bahasa Cina: 湯麵, "mi sup") atau digoreng berkuah sebagai 'chǎomiàn (Bahasa Cina: 炒麵, "mi goreng"); mi tarik yang digunakan dalam cara goreng ini agak besar atau "kasar" berbanding mi dalam cara sup.[2] Mi ini merupakan antara masakan keistimewaan masyarakat Hui yang hidup di barat laut tanah besar China (terutamanya kota Lanzhou[2]) di mana masakan ini mengutamakan bahan-bahan halal selari dengan anutan Islam mereka.[3]

Pembuatan

sunting

Doh atau adunan tepung diuli dan diregang lipat untuk menyelarikan gluten sebelum dibahagikan kepada bahagian yang cukup besar. Segumpal dari bahagian ini ditarik jarak sedepa membentuk suatu gelung sebelum ditarik dari satu hujung dipegang pada gelung tersebut dengan hujung doh; proses ini dilakukan secara berulang kali sehingga mencapai ketebalan diingini sambil terurai kepada utasan lebih banyak dan panjang.

Pembuat mi tarik di Lanzhou melakukan peregangan doh secara pantas dan berterusan tanpa henti manakala pembuat di Beijing lebih memintal doh dengan memusingkan doh yang dipegang sebelum dilonggarkan; malah tepung adakala ditambah sedikit untuk mengelakkan terlekitnya tali-tali doh.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ a b Serventi, Silvano; Sabban, Francoise (2000). Pasta: The story of a universal food. Diterjemahkan oleh Shugaar, Antony. New York: Columbia University Press. m/s. 334, 337. ISBN 978-0-231-12442-3.
  2. ^ a b Zubir Mohd Yunus (7 November 2015). "Penangan ramen daging goreng Restoran Mee Tarik Warisan". Berita Harian.
  3. ^ Gladney, Dru C. (1996). Muslim Chinese: Ethnic Nationalism in the People's Republic (ed. 2). m/s. 171–173. ISBN 0-674-59497-5.