Lautan
Lautan (Jawi: لاوتن ) ialah jasad air yang sebahagian besar hidrosfera sesebuah planet.[1] Di Bumi, lautan ialah salah satu bahagian konvensional utama Lautan Dunia. Ia meliputi, dalam urutan menurun menurut wilayah, Pasifik, Atlantik, Hindi, Selatan (Antartika), dan Artik.[2][3] Frasa "lautan" atau "laut" yang digunakan tanpa spesifikasi merujuk pada badan air garam yang saling berhubungan yang meliputi sebahagian besar permukaan Bumi.[2][3] Sebagai istilah umum, "lautan" dibezakan dengan saiz berbanding "laut". Lebih tegas lagi, laut adalah jasad air (umumnya pembelahan lautan dunia) sebahagian atau sepenuhnya terkepung oleh darat.[4]
Untuk Lautan Selatan, pada beberapa negara dan kebudayaan di dunia, tidak dikenal sebagai suatu lautan tersendiri, melainkan terbahagi atas Lautan Atlantik, Lautan Hindi dan Lautan Pasifik dengan batas selatannya pantai benua Antartika. Sementara pembahagian batas lautan oleh Pertubuhan Hidrografi Antarabangsa, Lautan Selatan adalah bermula dari pantai benua Antartika sampai batas 60 derajat Lintang Selatan.
Lautan meliputi 71% permukaan bumi, dengan luas sekitar 361 juta kilometer persegi, isi lautan sekitar 1370 juta kilometer padu, dengan kedalaman rata-rata 3790 meter. (Perhitungan tersebut tidak termasuk laut yang tak berhubungan dengan lautan, seperti Laut Kaspia).
Lautan global bumi
suntingPembahagian lautan
suntingWalaupun umumnya digambarkan sebagai beberapa lautan yang terpisah, jasad air garam global yang saling berkaitan kadang-kadang disebut sebagai Lautan Dunia atau lautan global.[5][6] Konsep perairan yang bersambungan dengan pertukaran bebas di antara bahagian jasadnya sangat penting bagi oseanografi.[7]
Bahagian-bahagian lautan utama – disenaraikan di bawah mengikut urutan luas dan isi padu – ditentukan sebahagiannya oleh benua, pelbagai kepulauan, dan kriteria lain.[8][9][10]
# | Lautan | Lokasi | Luas
(km2) (%) |
Isi padu
(km3) (%) |
Purata dalam
(m) |
Garis pantai
(km) |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | Lautan Pasifik | Memisahkan Asia dan Australasia dari Amerika[11][NB] | 168,723,00046.6 | 669,880,00050.1 | 3,970 | 135,663 |
2 | Lautan Atlantik | Memisahkan Amerika dari Eropah dan Afrika[12] | 85,133,00023.5 | 310,410,90023.3 | 3,646 | 111,866 |
3 | Lautan Hindi | Sempadan Asia selatan dan memisahkan Afrika dan Australia[13] | 70,560,00019.5 | 264,000,00019.8 | 3,741 | 66,526 |
4 | Lautan Selatan | Mengelilingi Antartika. Kadang-kadang dianggap sebagai peluasan Lautan Pasifik, Atlantik dan Hindi,[14][15] | 21,960,0006.1 | 71,800,0005.4 | 3,270 | 17,968 |
5 | Lautan Artik | Bersempadan dengan utara Amerika Utara dan Eurasia dan merangkumi sebahagian besar Artik. Kadang-kadang dianggap sebagai laut atau muara Atlantik.[16][17] [18] | 15,558,0004.3 | 18,750,0001.4 | 1,205 | 45,389 |
Jumlah – Lautan Dunia | 361,900,000100 | 1,335,000,000100 | 3,688 | [19] | 377,412
Laut | Lokasi | Luas
(km2) |
# |
---|---|---|---|
Laut Arab | Antara semenanjung Arab dan benua kecil India | 3,862,000 | 1 |
Teluk Benggala | Antara benua kecil India dan Semenanjung Tanah Melayu | 2,173,000 | 2 |
Sumber: Encyclopedia of Earth,[11][12][13][14][18] International Hydrographic Organization,[15] Regional Oceanography: an Introduction (Tomczak, 2005),[16] Encyclopædia Britannica,[17] dan juga Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa.[19]
Lautan dibingkai oleh jasad air yang lebih kecil dan bersebelahan laut, selat, teluk.
Lihat juga
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Lautan. |
Rujukan
sunting- ^ "WordNet Search — ocean". Princeton University. Dicapai pada February 21, 2012.
- ^ a b "ocean". Merriam-Webster. Dicapai pada February 6, 2012.
- ^ a b "ocean, n". Oxford English Dictionary. Dicapai pada February 5, 2012.
- ^ "WordNet Search — sea". Princeton University. Dicapai pada February 21, 2012.
- ^ "Ocean". Sciencedaily.com. Dicapai pada 2012-11-08.
- ^ ""Distribution of land and water on the planet". UN Atlas of the Oceans. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-03.
- ^ Spilhaus, Athelstan F. (July 1942). "Maps of the whole world ocean". Geographical Review. 32 (3): 431–5. doi:10.2307/210385. JSTOR 210385.
- ^ "Volumes of the World's Oceans from ETOPO1". NOAA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-03-11. Dicapai pada 2015-03-07.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamasciencedaily
- ^ "CIA World Factbook". CIA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-05. Dicapai pada 2015-04-05.
- ^ a b "Pacific Ocean". Encyclopedia of Earth. Dicapai pada 2015-03-07.
- ^ a b "Atlantic Ocean". Encyclopedia of Earth. Dicapai pada 2015-03-07.
- ^ a b "Indian Ocean". Encyclopedia of Earth. Dicapai pada 2015-03-07.
- ^ a b "Southern Ocean". Encyclopedia of Earth. Dicapai pada 2015-03-10.
- ^ a b "Limits of Oceans and Seas, 3rd edition" (PDF). International Hydrographic Organization. 1953. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 8 October 2011. Dicapai pada 7 February 2010.
- ^ a b Tomczak, Matthias; Godfrey, J. Stuart (2003). Regional Oceanography: an Introduction (ed. 2). Delhi: Daya Publishing House. ISBN 978-81-7035-306-5. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-06-30. Dicapai pada 2006-04-10.
- ^ a b "'Arctic Ocean' – Encyclopædia Britannica". Dicapai pada 2012-07-02.
As an approximation, the Arctic Ocean may be regarded as an estuary of the Atlantic Ocean.
- ^ a b "Arctic Ocean". Encyclopedia of Earth. Dicapai pada 2015-03-07.
- ^ a b "Recommendation ITU-R RS.1624: Sharing between the Earth exploration-satellite (passive) and airborne altimeters in the aeronautical radionavigation service in the band 4 200–4 400 MHz (Question ITU-R 229/7)" (PDF). ITU Radiotelecommunication Sector (ITU-R). Dicapai pada 2015-04-05.
Lautan menduduki sekitar 3.35×108 km2. Terdapat 377412 km garis pantai lautan di dunia.