Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                
Laman ini mungkin lebih sesuai dipindahkan ke Lituania

Lithuania (Bahasa Lithuania: Lietuva) atau secara rasminya Republik Lithuania (Lietuvos Respublika) ialah sebuah negara yang terletak di timur laut Eropah. Lithuania merupakan salah satu daripada negara-negara Baltik dan bersempadan dengan Latvia di utara, Belarus di tenggara, Poland di selatan dan Russia di barat daya. Ibu kotanya Vilnius.

Republik Lithuania
ريڤوبليك ليتوانيا
Lietuvos Respublika (Lithuania)
Bendera Lithuania
Jata Lithuania
Bendera Jata
Lagu kebangsaanTautiška giesmė
(Melayu: "Gita Puja Kebangsaan")
Locator map of Lithuania
Lokasi  Lithuania  (hijau gelap)

– di Eropah  (hijau & kelabu gelap)
– di Kesatuan Eropah  (hijau)  –  [Petunjuk]

Ibu negara
dan bandar terbesar
Vilnius
54°41′N 25°19′E / 54.683°N 25.317°E / 54.683; 25.317
Bahasa rasmiBahasa Lithuania
Kawasan
Bahasa Poland, Bahasa Rusia
Kumpulan etnik
(Bancian 2019[1])
  • 86.4% Orang Lithuania
  • 5.7% Poland
  • 4.5% Rusia
  • 1.5% Belarus
  • 1.0% Ukraine
  • 0.9% Lain-lain
KerajaanRepublik semipresiden unitari[2]
• President
Gitanas Nausėda
Ingrida Šimonytė
• Speaker
Viktorija Čmilytė-Nielsen
Badan perundanganSeimas
Kemerdekaan
• Pengenalan istilah "Lithuania"
9 Mac 1009
1236
• Pertabalan Raja Mindaugas
6 Julai 1253
2 Februari 1386
• Pembentukan Komanwel Poland-Lithuania
1 Julai 1569
• Pemisahan dengan Poland
24 October 1795
• Pengisytiharaan
16 Februari 1918
• Penguasaan Soviet pertama
15 Jun 1940
• Penguasaan Jerman Nazi
22 Jun 1941
• Penguasaan Soviet kedua
Julai 1944
• Pemulihan kedaulatan
11 Mac 1990
• Kemasukan ke PBB
17 September 1991
• Kemasukan ke NATO
29 Mac 2004
• Kemasukan ke Kesatuan Eropah
1 Mei 2004
Keluasan
• Jumlah
65,300 km2 (25,200 bt2) (ke-121)
• Perairan (%)
1.35
Populasi
• Perkiraan 2023
Neutral increase 2,867,725[3] (135th)
44/km2 (114.0/sq mi) (ke-138)
KDNK (PPP)2023
• Jumlah
USD137.389 bilion[4] (ke-88)
$49,266[4] (39th)
KDNK (nominal)2023
•  Jumlah
$78.346 billion[4] (ke-78)
USD28,094[4] (40th)
Gini (2020)positive decrease 35.1[5]
sederhana
HDI (2021) 0.875[6]
sangat tinggi · ke-35
Mata wangEuro (€)
(EUR)
Zon waktuUTC+2 (EET)
• Musim panas (DST)
UTC+3 (EEST)
Format tarikhyyyy-mm-dd
Arah memandukanan
Kod panggilan+370
Kod ISO 3166LT
DPT internet.lta
Laman sesawang rasmi
www.lietuva.lt
  1. .eu turut digunakan bersama-sama negara Kesatuan Eropah.

Penamaan

sunting

Nama setempatnya Lietuva mula terakam dalam naskhah Babad Quedlinburg bertarikh 9 Mac 1009[7] melalui bentuk Latinnya Litua[8] (disebut [litua]). Lietuva adalah kata sifat terbitan diimbuhkan -uva tetapi kata dasarnya yang asal dipertikaikan[9] sama ada dari sungai Lietava mengalir dekat Kernavė pusat kerajaan Lituania tidak jauh dari Vilnius[10][11] mahupun kelompok pahlawan setiaraja (leitis)[12] yang sekaligus menjadi asas gelaran bangsa Lituania (lietuviai) sejak abad-abad ke-14–16 terutamanya dalam bahasa Latvia yang serumpun.[13][14][15]

Demografi

sunting

Sejak zaman Neolitik, penduduk peribumi Lithuania tidak digantikan oleh mana-mana kumpulan etnik, jadi besar kemungkinan penduduk Lithuania sekarang mempunyai genetik daripada nenek moyang mereka. Penduduk Lithuania tidak mempunyai perbezaan genetik yang agak ketara antara kumpulan etnik. Kajian pada 2004 mendedahkan MtDNA rakyat Lithuania mirip kepada orang Slav dan Finno-Ugrik yang tinggal di utara dan timur Eropah. Kajian juga menunjukkan kromosom-Y orang Lithuania mirip kepada orang Latvia dan Estonia.

Berdasarkan anggaran pada tahun 2014, kumpulan umur penduduk ialah: 0-14 tahun, 13.5% (lelaki 243,001/perempuan 230,674); 15-64 tahun: 69.5% (lelaki 1,200,196/perempuan 1,235,300); 65 tahun dan ke atas: 16.8% (lelaki 207,222/perempuan 389,345). Umur median ialah 41.2 tahun (lelaki:38.5/perempuan:43.7).

Lithuani mempunyai kadar kelahiran yang rendah; jumlah kadar kelahiran di Lithuania ialah 1.59 kanak-kanak untuk setiap wanita (2015). Pada 2014, 29% kelahiran adalah dari wanita yang tidak berkahwin. Umur semasa perkahwinan pada 2013 ialah 27 bagi wanita dan 29.3 bagi lelaki.

Kumpulan etnik

sunting

Etnik lithuania mewakili sekitar lima per enam daripada penduduk negara. Berdasarkan bancian pasa tahun 2011, populasi Lithuania 3,043,400, 84% daripadanya etnik Lithuania yang bertutur dalam bahasa Lithuania, bahasa rasmi negara. Etnik-etnik minoriti yang wujud ialah Poland (6.6%), Rusia (5.8%), Belarus (1.2%) dan Ukraine (0.5%).

Orang Poland merupakan etnik minoriti terbesar yang tinggal di tenggara Lithuania. Etnik Rusia pula minoriti kedua terbesar dan tinggal di dua bandar. Mereka merupakan minoriti utama di Vilnius (14%) dan Klaipeda (28%), dan majoriti di bandar Visaginas (52%). Sekitar 3000 orang Roma tinggal di Lithuania, kebanyakannya di Vilnius, Kaunas dan Paneverys; pertubuhan mereka disokong oleh Jabatan Emigrasi dan Minoriti Negara. Selama berkurun-kurun, komuniti Tatar tinggal di Lithuania.

Bahasa

sunting

Bahasa rasmi ialah Bahasa Lithuania, bahasa lain seperti Rusia, Poland, Belarus dan Ukraine dituturkan di bandar-bandar besar, di daerah Salcininkai dan Vilnius. Bahasa Yiddish dituturkan oleh komuniti kecil Yahudi di Lithuania. Berdasarkan bancian Lithuania pada 2001, sekitar 84% populasi bertutur dalam Bahasa Lithuania sebagai bahasa asli mereka, 8% pula penutur Bahasa Russia dan 6% dalam bahasa Poland. Berdasarkan kajian pada 2012, 80% penduduk Lithuania boleh bertutur dalam Bahasa Russia dan 38% boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris. Kebanyakan sekolah di Lithuania mengajar Bahasa Inggeris sebagai bahasa asing pertama, tetapi pelajar juga boleh belajar Bahasa Jerman, Perancis dan Rusia. Sekolah yang menggunakan Bahasa Rusia dan Poland sebagai bahasa pengantar juga wujud di kawasan yang diduduki oleh etnik minoriti ini.

Bancian pada 2011 menunjukkan 77.2% rakyat Lithuania ialah penganut Roman Katholik. Agama ini menjadi mazhab majoriti sejak kristianisasi Lithuania pada akhir kurun ke-14. Paderi-paderi memimpin pergerakan menentang rejim komunis.

Pada separuh pertama abad ke-20, fahaman Lutheran mempunyai sekitar 200,000 ahli, 9% daripada jumlah penduduk, kebanyakannya dari etnik Jerman, tetapi telah menurun sejak tahun 1945, seiring dengan perpindahan etnik tersebut. Komuniti kecil Protestant tinggal di bahagian utara dan barat negara. Penganut agama telah ditindas ketika penaklukan Soviet, ramai yang dibunuh, diseksa dan dihalau ke Siberia. 4.1% ialah Orthodoks (dianuti oleh minoriti etnik Rusia), 0.8% Protestant dan 6.1% tiada agama.

Lithuania merupakan rumah kepada komuniti Yahudi sejak kurun ke-18 hingga Perang Dunia kedua. Sebelum perang,populasi Yahudi di luar Vilnius mencecah 160,000. Pada September 1939, puluhan ribu Yahudi menjadi tumpuan Lithuania apabil Soviet memindahkan wilayah Vilnius dari Poland ke Lithuania dan tambahan pelarian Yahudi yang tiba di Lithuania ketika tempoh sebelum Jun 1941. Anggaran 220,000 Yahudi tinggal di Republik Lithuania pada Jun 1941, kesemuanya dihapuskan sepenuhnya ketika Holokus. Komuniti ini berjumlah sekitar 4000 pada akhir tahun 2009.

Berdasarkan kaji selidik oleh Eurobarometer pada 2010,47% penduduk Lithuania percaya kepada tuhan, 37% memberi jawapan mereka percaya kepada sesetengah perkara tentang alam ghaib, dan 12% tidak mempercayai tuhan dan alam ghaib.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Ethnicity, mother tongue and religion". Official Statistics Portal. Statistics Lithuania. 12 Disember 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Disember 2018.
  2. ^ Kulikauskienė, Lina (2002). Lietuvos Respublikos Konstitucija [The Constitution of the Republic of Lithuania] (dalam bahasa Lithuania). Native History, CD. ISBN 978-9986-9216-7-7.
  3. ^ "Pradžia – Oficialiosios statistikos portalas". osp.stat.gov.lt.
  4. ^ a b c d "World Economic Outlook Database, April 2023". IMF.org. Tabung Kewangan Antarabangsa. April 2023. Dicapai pada 27 November 2022.
  5. ^ "Gini coefficient of equivalised disposable income". Eurostat. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 October 2020. Dicapai pada 22 June 2022.
  6. ^ "Human Development Report 2021/2022" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). United Nations Development Programme. 8 September 2022. Dicapai pada 8 September 2022.
  7. ^ Baranauskas, Tomas (Fall 2009). "On the Origin of the Name of Lithuania". Lithuanian Quarterly Journal of Arts and Sciences. 55 (3). ISSN 0024-5089.
  8. ^ Vilnius. Key dates Diarkibkan 17 Januari 2007 di Wayback Machine. Retrieved on 18 January 2007.
  9. ^ Zinkevičius, Zigmas. "Lietuvos vardas". Visuotinė lietuvių enciklopedija (dalam bahasa Lithuania). Dicapai pada 12 July 2021.
  10. ^ Zigmas Zinkevičius. Kelios mintys, kurios kyla skaitant Alfredo Bumblausko Senosios Lietuvos istoriją 1009-1795m. Voruta, 2005.
  11. ^ Zinkevičius, Zigmas (30 November 1999). "Lietuvos vardo kilmė". Voruta (dalam bahasa Lithuania). 3 (669). ISSN 1392-0677. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 May 2022.
  12. ^ Dubonis, Artūras (1998). Lietuvos didžiojo kunigaikščio leičiai: iš Lietuvos ankstyvųjų valstybinių struktūrų praeities Leičiai of Grand Duke of Lithuania: from the past of Lithuanian stative structures (dalam bahasa Lithuania). Vilnius: Lietuvos istorijos instituto leidykla.
  13. ^ Dubonis, Artūras. "Leičiai | Orbis Lituaniae". LDKistorija.lt (dalam bahasa Lithuania). Vilnius University. Dicapai pada 13 July 2021.
  14. ^ Čeponis, Tomas; Sakalauskas, Mindaugas. Leičiai (PDF). Vilnius: Kementerian Pertahanan Negara Lituania. ISBN 978-609-412-143-2. Dicapai pada 13 July 2021.[pautan mati kekal]
  15. ^ Patackas, Algirdas. "Lietuva, Lieta, Leitis, arba ką reiškia žodis "Lietuva"". Lrytas.lt (dalam bahasa Lithuania). Diarkibkan daripada yang asal pada 2 July 2021. Dicapai pada 11 August 2009.

{{#switch:||Kategori=