Mei 2010
Mei 2010 ialah bulan kelima untuk 2010 dan 2010-an. Ia bermula pada hari Sabtu dan berakhir selepas 31 hari pada hari Isnin.
Portal:Hal semasa
suntingBerikut merupakan peristiwa yang berlaku pada bulan ini, diambil daripada arkib Portal:Hal semasa.
- 31 Mei - Tentera Laut Israel merampas sekumpulan kapal bantuan kemanusiaan (gambar) ke Genting Gaza di perairan antarabangsa, membunuh lebih 10 orang.
- 31 Mei - Horst Köhler meletak jawatan sebagai Presiden Jerman.
- 30 Mei - Ribut Agatha menyebabkan banjir meluas di Amerika Tengah, mengorbankan lebih 180 orang.
- 28 Mei - Hampir 100 orang maut dan 120 lagi cedera dalam dua serangan di Lahore, Pakistan.
- 27 Mei - Sebuah kereta api tergelincir di Bengal Barat, India, mengorbankan lebih 100 orang, selepas landasannya disabotaj pemberontak Naxal.
- 26 Mei - Grebe Alaotra (gambar), sejenis burung endemik di Madagascar, diisytiharkan pupus 25 tahun selepas dilihat buat kali terakhir.
- 26 Mei - Lebih 70 orang terbunuh dalam kekacauan di Kingston, Jamaica, apabila kerajaan cuba menahan raja dadah Christopher Coke.
- 24 Mei - Korea Selatan menghentikan hampir semua perdagangan dengan Korea Utara sebagai balasan tenggelamnya ROKS Cheonan.
- 23 Mei - Sebuah kereta api penumpang dalam perjalanan dari Shanghai ke Guilin tergelincir berhampiran Fuzhou, Jiangxi, China, menyebabkan 19 orang maut.
- 22 Mei - Penerbangan 812 Air India Express terhempas dengan 166 di dalamnya ketika mendarat di Mangalore, India.
- 20 Mei - Penyiasatan bebas menyimpulkan bahawa torpedo Korea Utara merupakan punca tenggelamnya korvet Korea Selatan Cheonan.
- 19 Mei - Selepas dua bulan bercanggah, tentera Thai menyerang kem Baju Merah (gambar) di Bangkok, memaksa mereka menyerah.
- 17 Mei - Brazil, Iran dan Turki bersetuju prosedur penukaran bahan api nuklear yang diharap meredakan kebimbangan terhadap program nuklear Iran.
- 16 Mei - Dalam Formula Satu, pemandu Red Bull Racing Mark Webber memenangi Grand Prix Monaco.
- 16 Mei - Pasukan badminton lelaki China dan wanita Korea memenangi Piala Thomas & Uber 2010.
- 15 Mei - Sekurang-kurangnya 37 orang terbunuh dan 266 cedera selepas tentera kerajaan Thai bertempur dengan pembantah Baju Merah.
- 14 Mei - Bolak-balik angkasa lepas Atlantis (gambar) dilancarkan untuk misi berjadual terakhirnya, menghantar modul Rassvet ke Stesen Angkasa Antarabangsa.
- 13 Mei - Persidangan antarabangsa Perang Dunia Kedua diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia.
- 12 Mei - Penerbangan 771 Afriqiyah Airways terhempas berhampiran Tripoli, Libya, cuma seorang yang terselamat.
- 11 Mei - David Cameron (gambar) dari Parti Konservatif menjadi Perdana Menteri United Kingdom, mengetuai satu kerajaan campuran dengan Nick Clegg dari Liberal Demokrat sebagai Timbalannya.
- 10 Mei - Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi mempelawa Estonia, Israel dan Slovenia menjadi ahli.
- 9 Mei - Angkatan tentera Amerika Syarikat, British Perancis dan Poland berarak dalam Perarakan Hari Kemenangan Moscow buat kali pertama dalam sejarah acara ini.
- 7 Mei - ICANN memperkenalkan kod negara antarabangsa pertama, membolehkan nama domain ditulis sepenuhnya dalam skrip bukan-Rumi.
- 7 Mei - Pilihan raya umum United Kingdom berkeputusan parlimen tergantung, dengan Parti Konservatif mendapat kerusi terbanyak.
- 5 Mei - Tiga orang terbunuh di Athens semasa bantahan dan mogok terhadap cadangan jimat cermat bagi menangani krisis hutang Greece.
- 5 Mei - Presiden Nigeria Umaru Yar'Adua meninggal pada umur 58 tahun, dan digantikan oleh Goodluck Jonathan.
- 3 Mei - United Airlines dan Continental bersetuju untuk bergabung, membentuk syarikat penerbangan terbesar di dunia.
- 1 Mei - Satu cubaan serangan bom kereta terjadi di Times Square, New York City.