Mesra Mall
Mesra Mall adalah sebuah pusat membeli belah moden di Kemasik, Terengganu, Malaysia, dengan hanya satu-satunya kompleks panggung wayang (Cineplex) di Terengganu, pusat boling dengan 24-lorong, gelanggang skuasy, sebuah gelanggang futsal berhawa dingin, dan medan selera kontemporari direka khas dalam kompleks membeli belah ini.
Dibuka pada 10 Oktober 2009, MESRA MALL telah dibina di atas tapak seluas 12 hektar, dengan keluasan binaan 310,000 kaki persegi lebih daripada satu tingkat.[1] Ia berfungsi sama seperti pusat membeli belah moden di bandar-bandar besar yang lain dengan mempunyai campuran perkedaian runcit dan gudang pakaian dengan jenama global yang menjadikan Mesra Mall sebagai hub atau pusat sehenti untuk membeli-belah, perbankan, makan, leisure dan hiburan bagi penduduk Kemasik dan Kemaman.[2]
Penduduk di bandar berdekatan seperti Kemasik, Paka, Kerteh, Kijal dan Chukai kini dapat mendapatkan barangan keperluan, peralatan dan barangan berjenama tanpa perlu lagi pergi ke tempat yang lebih jauh seperti ke Kuantan atau Kuala Terengganu, kerana semunya terdapat di Mesra Mall'.
Di sini juga terdapat sebuah dewan serbaguna 20,000 kaki persegi yang terbesar dengan jejari 50 meter, pusat konvesyen dan sesuai untuk menjadi tuan rumah pameran, jamuan katering untuk 800 tetamu, dan acara pemasaran. Mesra Mall telah dibangunkan oleh Metro Kemasik Sdn Bhd dan adalah anak syarikat milik penuh KLCC (Holdings) Sdn Bhd.
Sejarah
suntingMesra Mall merupakan kompleks membeli belah ultra-moden yang telah dirasmikan di bandar Kerteh pada 12 Oktober 2008. Ia dibina dengan kos RM100 juta di atas tapak seluar 12 hektar, dan merupakan mercu tanda bagi pembeli dan pelancong yang datang ke Terengganu.[3]
Kompleks Mesra Mall ini telah dibangunkan oleh KLCC (Holdings) Sdn Bhd melalui dua anak syarikatnya, iaitu Metro Kemasik Sdn Bhd dan KLCC Projek Sdn Bhd. Pembinaannya telah merangsang pembangunan komersial di daerah Kemaman dan Terengganu, dan turut membantu perniagaan kecil dan serdahana dengan memberi sekitar 500 ruang perniagaan yang berasingan bagi penduduk tempatan berniaga.
Perasmian pembukaan Mesra Mall telah dilakukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohamed Awang Tera, yang mewakili Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said.
Tarikan
suntingMesra Mall memiliki kompleks panggung wayang (Cineplex) yang satu-satunya yang terdapat di Terengganu.[4] Selain itu terdapat pusat boling dengan 24-lorong, gelanggang skuasy, sebuah gelanggang futsal berhawa dingin, dan medan selera kontemporari direka khas dalam kompleks membeli belah ini.
Mesra Mall turut menjalankan Tanggung Jawab Sosial Korporate (Corporate Sosial Responsibility-CSR) dengan meraikan kanak-kanak sekitar dan mereka yang kurang upaya secara tahunan, sebagai sumbangan semula kepada anggota masyarakat yang memberi sokongan kepada kejayaan perniagaan.[5]
Rujukan
sunting- ^ (Inggeris) About Mesra Mall
- ^ "Petronas bangun pusat komersial RM100j di Kerteh". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 2018-06-09.
- ^ (Inggeris) RM100mil Mesra Mall opens its doors in Kertih.
- ^ TGV Mesra Mall
- ^ "Mesra Mall gembirakan kanak-kanak Autisme". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 2018-06-09.