Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                

Meter

unit SI panjang

Meter (Jawi: ميتر, simbol: m) merupakan unit mengukur panjang yang ditetapkan dalam Sistem Unit Antarabangsa. Mengikut takrif BIPM:

Meter
Sistem unitUnit asas SI
Unit bagipanjang
Simbolm 
Penukaran unit
1 m dalam ...... adalah sama dengan ...
   Unit SI   1000 mm
1×10−3 km
   Unit imperial/AS   1.0936 yd
 3.2808 ka
 39.370 in
   Unit nautikal   0.00053996 nmi
"Meter ialah panjang yang dilalui cahaya melalui vakum dalam tempoh 1/299,792,458 saat."[1]

Penggandaan

sunting

Imbuhan awal SI digunakan untuk menamakan penggandaan dan pembahagian meter. Antara yang kerap digunakan adalah :-

  • kilometer = 1,000 meter
  • dekameter = 10 meter
  • sentimeter = 1/100 meter
  • milimeter = 1/1000 meter
  • mikrometer (dahulunya mikron) = 1 per sejuta meter
  • nanometer = 1 per laksa meter (iaitu 109 meter)

Sejarah

sunting

Perkataan meter itu berasal dari istilah Yunani: μετρέω métron yang bermaksud "ukuran";[2] kata ini sewarisan rumpun Indo-Eropah dengan kata Sangsakerta मात्रा mātrā (lalu juga sekembar kata matra).[3] Penetapan ini mula dipiawaikan dalam laporan yang dihantarkan kepada Akademi Sains Perancis oleh Jean-Charles de Borda, Joseph-Louis Lagrange, Nicolas de Condorcet dan Pierre-Simon de Laplace bahawa:[4]

« Nous fixons l'unité de mesure à la dix-millionième partie du quart du méridien et nous la nommons mètre. »[alpha 1]
("Kami menetapkan satuan ukur panjang bersamaan satu persepuluh juta daripada satu perempat garis rembang, dan kami menamakannya mètre." )

Pada asalnya, meter ditakrifkan oleh Akademi Sains Perancis sebagai 1/10,000,000 jarak sepanjang permukaan Bumi dari Kutub Utara sehingga Khatulistiwa sepanjang meridian Paris pada tahun 1791, dan pada 7 April 1795 pemerintah Perancis menggunakan meter sebagai unit rasmi untuk mengukur panjang. Ketidaktentuan dalam pengukuran jarak tersebut menyebabkan Biro Timbang dan Ukur Antarabangsa mentakrifkan semula meter sebagai jarak antara dua garisan pada batang platinum-iridium yang disimpan di Sevres, Perancis pada tahun 1889.

Apabila teknologi laser diperkenalkan pada tahun 1960, 'Persidangan Umum berkenaan Berat dan Ukuran' ke-11 menukar takrif meter sebagai 1,650,763.73 ukuran gelombang pancaran garis cahaya jingga-merah melalui spektrum kripton-86. Pada tahun 1983 Biro Berat dan Ukuran Antarabangsa mentakrifkan meter sebagai jarak dilalui cahaya melalui vakum pada 1/299,792,458 saat (kelajuan cahaya ditakrifkan pada 299,792,458 meter sesaat). Disebabkan kelajuan cahaya dalam vakum dipercayai malar di mana jua lokasi, definisi ini lebih mudah dikekalkan dan lebih sekata berbanding jarak ukur lilit Bumi atau panjang batang logam tertentu. Oleh itu sekiranya batang logam itu hilang atau musnah, panjang meter piawai masih dapat diulangi dalam mana-mana makmal. Selain itu, panjang ini secara teorinya boleh diukur dengan lebih tepat berbanding ukuran yang lain.

  1. ^ Pada ketika itu seperempat garis rembang yang beredar kelilingi Bumi. Kini garis rembang difahamkan dari Kutub Utara ke Kutub Selatan dianggarkan bersamaan dengan seperpuluh juta (10,000,000) setengah garis rembang ini.

Rujukan

sunting
  1. ^ http://www.bipm.org/fr/si/si_brochure/chapter2/2-1/metre.html
  2. ^ "Etymologie de metre". Centre Nationale de Ressources de Textuelles et Lexicalles (dalam bahasa Perancis). 2012. Empr. au gr. μέτρον «mesure» d'où «instrument pour mesurer» et «quantité ou espace mesuré»; cf. le b. lat. metrum, metron de même sens «instrument» (ves.), «espace mesuré» (début ves.). L'a. fr. connaît metre «mesure de capacité» (1367 J. Richard, Un évêque d'Orient latin au XIVes. ds B. de corresp. hellénique, t.74, p.118).
  3. ^ Beekes, R. S. P. (2010). Etymological Dictionary of Greek. Leiden: Brill. m/s. 939–40. ISBN 978-90-04-17420-7.
  4. ^ Borda; Lagrange; Condorcet; Laplace (1793). "Rapport fait à l'Académie des Sciences, le 11 juillet 1792 sur la nomenclature des mesures linéaires et superficielles". , Annales de chimie. 16: 253.