Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                

Midland F1 Racing (sering dipendekkan kepada MF1 Racing) ialah sebuah pasukan Formula Satu. Pasukan ini bertanding pada musim 2006, dengan Christijan Albers dan Tiago Monteiro menjadi pemandu pasukan. Pasukan ini dibanguankan selepas penamaan Jordan Grand Prix selepas pembelian pasukan tersebut oleh seorang ahli perniagaan Kanada, dan pemilik Midland Group, Alex Shnaider. Pasukan ini ialah pasukan Formula Satu Rusia yang pertama, untuk mencerminkan pembelian Shnaider, namun ia terus berpangkalan di United Kingdom, di kilang Silverstone Jordan. Menjelang akhir musim 2006, pasukan itu telah dijual kepada Spyker Cars NV; dan pasukan ini berlumba dalam tiga Grand Prix terakhir di bawah nama rasmi "Spyker MF1 Racing". Pada tahun 2007, pasukan tersebut bertanding sebagai Spyker F1, dan pada tahun 2008 telah dijual kepada seorang ahli perniagaan India, Vijay Mallya dan dinamakan Force India F1.[1]

MF1
Nama penuhMidland F1 Racing
PangkalanSilverstone, Northamptonshire, United Kingdom
PengasasAlex Shnaider
Kakitangan terbaikColin Kolles
James Key
Pemandu terbaikPortugal Tiago Monteiro
Belanda Christijan Albers
Nama sebelumnyaJordan Grand Prix
Nama seterusnyaSpyker F1 Team
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu
EnjinToyota
Perlumbaan pertamaGrand Prix Bahrain 2006
Perlumbaan18
Kejuaraan
Pengeluar
0
Kejuaraan
Pemandu
0
Kemenangan perlumbaan0
Petak pertama0
Pusingan terpantas0
Perlumbaan terakhirGrand Prix Brazil 2006
sunting

Dalam siri pertama, episod ketiga, rancangan televisyen Amerika Syarikat, Suits, sebuah kereta Midland F1 dapat dilihat dalam sebuah babak utama.[2]

Keputusan lengkap Formula Satu

sunting

(kunci)

Tahun Casis Enjin Tayar Pemandu 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 Mata WCC
2006 Midland M16 Toyota V8 B BHR MAL AUS SMR EUR ESP MON GBR CAN USA FRA GER HUN TUR ITA CHN JPN BRA 0 NC
  Tiago Monteiro 17 13 Ret 16 12 16 15 16 14 Ret Ret DSQ 9 Ret Ret* Ret* 16* 15*
  Christijan Albers Ret 12 11 Ret 13 Ret 12 15 Ret Ret 15 DSQ 10 Ret 17* 15* Ret* 14*

* Sebagai Spyker MF1 Racing

(Midland disingkirkan dari Grand Prix Jerman kerana menggunakan sayap belakang yang tidak mengikut peraturan teknikal sukan tersebut.)

Rujukan

sunting
  1. ^ "FIA mengesahkan pertukaran nama Spyker". Lamans sesawang rasmi Formula 1. 2007-10-24. Dicapai pada 2009-03-08.
  2. ^ http://www.f1fanatic.co.uk/groups/f1/forum/topic/midland-makes-an-appearance-in-suits/

Pautan luar

sunting