Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                

Mogok ialah pemberhentian kerja yang disebabkan keengganan pekerja secara besar-besaran daripada bekerja. Mogok biasanya diadakan sebagai tindak balas kepada rungutan pekerja. Mogok menjadi perkara penting ketika zaman revolusi perindustrian, apabila buruh besar-besaran menjadi penting di kilang-kilang dan lombong-lombong. Di kebanyakan negara, mogok terus dijadikan haram kerana pemilik kilang jauh lebih banyak kuasa politik berbanding buruh. Kebanyakan negara barat menghalalkan mogok secara separa pada akhir abad ke-19 atau awal abad ke-20.

Kadang-kadang mogok bertujuan memberi tekanan pada kerajaan agar mengubah dasar. Adakalanya, mogok menggoyahkan pemerintahan parti politik tertentu. Contohnya, mogok Limbungan Kapal Gdańsk yang diketuai Lech Wałęsa, menjadi penting dalam perjuangan menuntut perubahan politik di Poland, serta juga usaha bersiap sedia penting yang menyumbang kepada tumbangnya kerajaan-kerajaan komunis Eropah Timur.

Taktik mogok panjang sejarahnya. Menjelang akhir Dinasti ke-20, di bawah pemerintahan Firaun Ramses III di Mesir Purba pada abad ke-12 SM, para buruh nekropolis diraja menganjurkan mogok atau pemberontakan buruh terawal yang dikenali dalam sejarah. Peristiwa ini dilaporkan secara terperinci pada sehelai kertas papirus pada masa itu, dan kertas itu diawet dan kini disimpan di Turin.[1] Pada zaman moden pula, pada tahun 1768, para pelaut yang menyokong demonstrasi di London, "bermogok" atau menanggalkan layar kapal saudagar di pelabuhan, lalu melumpuhkan kapal-kapal itu.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ François Daumas, (1969). Ägyptische Kultur im Zeitalter der Pharaonen, ms. 309. Knaur Verlag, Munich.
  • Norwood, Stephen H. Strikebreaking and Intimidation. Chapel Hill, N.C.: University of North Carolina Press, 2002. ISBN 0-8078-2705-3
  • Silver, Beverly J. Forces of Labor: Workers' Movements and Globalization Since 1870. New York: Cambridge University Press, 2003. ISBN 0-521-52077-0
  • Smith, Stephanie. Household Words: Bloomers, Sucker, Bombshell, Scab, Nigger, Cyber. Minneapolis: University of Minnesota Press, 2006. ISBN 0-8166-4553-1


Pautan luar

sunting