Mohd Tamyes Abd Wahid
(Dilencongkan daripada Mohd Tamyes bin Abd Wahid)
Mohd Tamyes bin Abd Wahid merupakan bekas Mufti Selangor dari 16 Mac 1998 sehingga 19 Mei 2021.Beliau dilahirkan di Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor, Mohd Tamyes adalah anak pertama daripada 10 adik-beradik.
Dato' Setia Haji Mohd Tamyes bin Abd Wahid SSIS DPMS PPT | |
---|---|
Mufti Selangor ke-6 | |
Dalam jawatan 16 Mac 1998 – 19 Mei 2021 | |
Didahului oleh | Ishak bin Baharom |
Digantikan oleh | Anhar Opir |
Pengetua Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisamuddin | |
Dalam jawatan 1993–1998 | |
Didahului oleh | Hjh Siti Mureseh Md Yatim |
Digantikan oleh | Hj Ismail Abdul Ghani |
Dalam jawatan 1985–1986 | |
Didahului oleh | Hj Paidi Keromo |
Digantikan oleh | Hj Mohd Adanan Isman |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor | 18 Mei 1951
Anak | 8 |
Pendidikan
suntingBerikut merupakan tempat pendidikan yang beliau pernah belajar:
- 1958-1963: Sekolah Kebangsaan Parit Enam, Sungai Besar;
- 1964-1969: Maahad Ehyaul Falah, Sungai Besar;
- 1970-1972: Yayasan Pengajian Tinggi Islam, Nilam Puri, Kelantan;
- 1973-1977: Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir (Sarjana Muda Syari'ah dengan Kepujian;
- 1977-1978: Universiti Ain Syams, Kaherah, Mesir (Diploma Pendidikan (Bahasa Arab).
Bekerja
suntingMohd Tamyes berkhidmat sebagai pensyarah di Pusat Pendidikan Islam di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam pada 1979. Beliau berkahwin pada tahun yang sama, dan telah dianugerahkan dengan enam orang anak lelaki dan dua orang anak perempuan.
Anugerah
sunting- Selangor :
- Pingat Pekerti Yang Terpilih (PPT)
- Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Selangor (DPMS) - Dato'
- Darjah Kebesaran Dato' Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (SSIS) - Dato' Setia