Mubarak Dohak
Yang Teramat Mulia Dato' Klana Petra Dato' Haji Mubarak bin Dohak (Jawi: داتوق حاج مبارك بن دوحق ) merupakan penyandang Dato' Undang Luak Sungai Ujong, salah satu daerah pentadbiran adat (luak) di Negeri Sembilan, Malaysia. Beliau dimasyhurkan sebagai Dato' Undang pada 29 Disember 1993.[perlu rujukan] Beliau merupakan ketua bagi jalur keturunan Waris Hulu; yang merupakan salah satu keturunan di Sungai Ujong selain Waris Hilir.
Mubarak Dohak مبارك دوحق | |
---|---|
Yang Teramat Mulia Dato' Klana Petra | |
Undang Luak Sungai Ujong | |
Pemerintahan | 29 Disember 1993 - kini (30 tahun, 11 bulan dan 24 hari) |
Kerjan/Tabal | Jun 2005 |
Didahului oleh | Mohammad Kassim Abdul Rashid |
Keputeraan | (umur 63 tahun dan 11 hari) Kampung Telaga Undang, Batu 9, Pantai, Seremban, Negeri Sembilan, Persekutuan Tanah Melayu | 11 November 1961
Pasangan | YAM Tok Puan Noor Hashimah binti Abu Bakar (k. 1984) |
Anakanda |
|
Kerabat | Waris Hulu |
Ayahanda | Dohak bin Sutan Nara Haji Abu Samah |
Bonda | Lawiyah binti Dato' Amar Setia Alwi |
Agama | Sunni Islam |
Pekerjaan | sblm.
|
Kehidupan peribadi
suntingYang Teramat Mulia merupakan anak tunggal kepada Allahyarham Dohak bin Dato' Sutan Nara Haji Abu Samah dan Puan Lawiyah binti Dato' Amar Setia Alwi.
Kelahiran Yang Teramat Mulia Dato' Mubarak menemui zaman pahit getir dan sukar sekali terutamanya pada awal kehidupannya kerana kebetulan ayahnya meninggal dunia tatkala beliau berusia 3 tahun.
Pendidikan
suntingBeliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah King George V dari tahun 1968 sehingga 1973 dan kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah King George V dari tahun 1974 sehingga 1978. Beliau berjaya mendapat kelulusan MCE.
Bakat
suntingSemasa di sekolah rendah, walaupun Yang Teramat Mulia sibuk membahagikan masa berjuang menjalani kehidupan bersama ibu, beliau sempat membuktikan keupayaannya dalam kegiatan-kegiatan luar darjah. Beliau cenderung dalam sukan badminton dan bola tampar.
Bakat semulajadi dalam bidang kesukanan ini terus mengalir apabila beliau berada di sekolah menengah. Potensinya lebih menyerlah apabila beliau berjaya mewakili sekolah dalam pasukan ragbi. Pasukan ragbi Sekolah Menengah King George V muncul sebagai juara sekolah-sekolah Negeri Sembilan bawah 15 tahun dan bawah 20 tahun.
Sukan menjadi salah satu bidang yang amat menarik perhatian beliau sama ada sebagai peserta, penonton ataupun sebagai penganjur. Beliau turut menganggotai Pasukan Bolasepak Belia UMNO.
Penglibatan
suntingYang Teramat Mulia bergiat cergas dalam hal-hal kemasyarakatan setempat.
Yang Teramat Mulia Dato' Mubarak turut memberikan perhatian dalam bidang keagamaan di mana beliau adalah Ahli Jawatankuasa Surau Batu 9 yang berhampiran dengan rumahnya. Ia merupakan surau keluarga. Beliau juga turut menganggotai Jawatankuasa Penaja Kelab Rekreasi Bukit Berembun yang dibentuk pada tahun 1993.
Kerjaya
suntingBeliau memulakan kerjayanya dengan Bank Bumiputera cawangan Kuala Pilah pada bulan Jun 1980 dan kemudiannya bertukar ke cawangan Seremban pada bulan April 1984 hingga lah sampai ke saat beliau dilantik menjadi Dato' Undang Luak Sungei Ujong.
Sepanjang perkhidmatan beliau dengan organisasi ini, Yang Teramat Mulia Dato' Mubarak turut bergiat dalam bidang sosial. Beliau pernah menjadi Setiausaha Kelab, Setiausaha Sosial serta Setiausaha Perhubungan Kakitangan BBMB Seremban selama lima tahun.
Perkahwinan dan anakanda
suntingBeliau mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, YAM Tok Puan Noor Hashimah binti Abu Bakar pada 31 Mac 1984. Hasil perkahwinan dengan pasangannya, mereka berdua dikurniakan lima cahaya mata iaitu 3 orang puteri dan 2 orang putera.[1] [2]
- Puteri sulung, Nurul Ain (lahir pada tahun 1994)
- Puteri kedua, Siti Shahrizat (lahir pada tahun 1995)
- Putera sulung, Y.M. Dato' Amar Setia Ahmad Nazir (lahir pada tahun 1996)
- Puteri bongsu, Nurdina Zaina (lahir pada tahun 1998)
- Putera bongsu, Ahmad Shahfiq (lahir pada tahun 2002)
Istiadat Kerjan
suntingMengimbas kembali istiadat kerjan Y.T.M. Dato' Klana Petra Dato' Haji Mubarak bin Dohak pada Jun 2005, ia berlangsung selama 5 hari dan 5 malam. Pada hari pertama, semua alat kebesaran dibawa keluar di Balai Undang dan di Telaga Undang.
Lembaga Waris Klana, Y.M. Dato' Johan dan Y.M. Dato' Maharaja Lela kemudian mengisytiharkan istiadat bermula. Serentak dengan itu, panji rasmi Sungei Ujong dikibarkan dan tembakan meriam kehormatan (gun salute) sebanyak sembilan das diletupkan.
Upacara-upacara penting sepanjang lima hari dan lima malam istiadat kerjan Y.T.M. Dato' Klana Petra ialah:
- Makan beradat oleh semua Dato'-Dato' Lembaga dan juak-juak hulubalang
- Istiadat berlangir
- Istiadat saudara dalam
- Istiadat menziarah makam
- Majlis mengadap dan perarakan
- Majlis menyerah persembahan
Istiadat kerjan Y.T.M. Dato' Klana Petra turut diselang-selikan dengan upacara keagamaan seperti tahlil dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran sepanjang lima hari itu.[3]
Terasul dan gelaran
suntingAnugerah dan pengiktirafan
sunting- Negeri Sembilan
- Darjah Tertinggi Negeri Sembilan (D.T.N.S) - Dato' (1994)
- Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T)
- Pingat Ahli Setia Negeri Sembilan (A.N.S.)
- Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (P.M.C.)
- Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.)
- Pingat Khidmat Lama (P.K.L.)
Rujukan
sunting- ^ "Yang Mulia Dato' Amar Setia Anakanda Undang". Majlis Dato' Lembaga Adat Sungei Ujong. 12 Jun 2024. Dicapai pada 12 Jun 2024.
- ^ "Y.T.M. Dato' Klana Petra". Tuanku Munawir blogspot. Disember 2011. Dicapai pada 13 Jun 2024.
- ^ "Istiadat Kerjan". Majlis Dato' Lembaga Adat Sungei Ujong. 12 Jun 2024. Dicapai pada 12 Jun 2024.
Lihat juga
suntingBiografi salah seorang kerabat diraja di Malaysia ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |