Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                

Muharraq adalah bandar ketiga terbesar Bahrain dan pernah menjadi ibu negara sehingga tahun 1923 apabila ia digantikan oleh Manama.

Muharraq
المحرق
Pemandangan Muharraq dengan latar langit Manama di latar belakang (2003)
Pemandangan Muharraq dengan latar langit Manama di latar belakang (2003)
Bendera Muharraq
Muharraq yang terletak di Bahrain
Muharraq
Muharraq
Lokasi di Bahrain
Koordinat: 26°15′N 50°37′E / 26.250°N 50.617°E / 26.250; 50.617
Negara Bahrain
PentadbiranPentadbiran Al Muharraq
Keluasan
 • Jumlah57.50 km2 (22.21 batu persegi)
Penduduk
 (2012)
 • Jumlah176,583[1]
 • Kepadatan3,291/km2 (8,520/batu persegi)

Bandar ini terletak di Pulau Muharraq dan telah lama menjadi pusat keagamaan di Bahrain. Lapangan Terbang Antarabangsa Bahrain juga terletak di pulau itu. Bersebelahan dengan Muharraq adalah pulau buatan manusia iaitu Kepulauan Amwaj, yang menempatkan kebanyakkan bangunan yang besar, hotel dan pantai buatan. Muharraq adalah rumah kepada Muharraq Club, yang merupakan kelab bola sepak paling berjaya Bahrain. Bandar ini juga terkenal dengan Souq (pasar tradisional). Ali Bahar, seorang penyanyi popular dan berjaya di Bahrain adalah dari Muharraq.</ref>[2]

Firjan (daerah)

sunting

Firjan adalah jamak dari Fareej iaitu perkataan Arab yang diterjemahkan kepada daerah. Fareej tertua dan terbesar di Muharraq adalah Fareej Al Bin Ali. Ia telah ditubuhkan oleh orang-orang Arab Sunni yang dimiliki oleh kaum Al Bin Ali pada abad ke-17 dan sehingga baru-baru ini, ahli-ahli suku ini masih tinggal di Fareej.

Firjan lain di Muharraq termasuk: Al Bu Khmais, Al-Gumra, Al-Zayayina, Al-Ma'awida, Bin Ghatim, Al-Jowder, Bin Hindi, Al-'Amamira, Al-Mahmeed, Al-Hayaj (atau Al-Hayayeej), Al-Sanqal, Al-Dosa, Al-Sagha, Sheikh Abdullah Sheikh Hamad, dan Bin Khatir adalah semuanya daerah sunni. Fareej terbahagi kepada dua bahagian satu bahagian terdapat Sunni dan sebahagian yang lainya adalah Syiah. Fareej Al-Hayaj adalah daerah Syiah.

Koordinat: 26°15′N 50°37′E / 26.250°N 50.617°E / 26.250; 50.617

Rujukan

sunting
  1. ^ "World Gazetteer: Bahrain - largest cities (Per geographical entity)". Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Disember 2012.
  2. ^ "HQ Map Diarkibkan 2010-06-11 di Wayback Machine." (image) Bahrain Air. Retrieved on 22 June 2010.