Need for Speed (filem)
Need for Speed ialah filem aksi seram ngeri Amerika Syarikat 2014 diarahkan oleh Scott Waugh, ditulis oleh George Gatins dan John Gatins dan dihasilkan oleh DreamWorks Pictures. Berdasarkan permainan video oleh Electronic Arts, filem ini dibintangi Aaron Paul sebagai pelumba jalanan, Tobey Marshall.
Need for Speed | |
---|---|
Pengarah | Scott Waugh |
Lakon layar | George Gatins |
Cerita oleh |
|
Berdasarkan | Need for Speed oleh Electronic Arts |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi | |
Sinematografi | Shane Hurlbut |
Disunting oleh |
|
Muzik oleh | Nathan Furst |
Syarikat penerbitan |
|
Diedarkan oleh | Walt Disney Studios Motion Pictures |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 130 minit[1] |
Negara |
|
Bahasa | Inggeris |
Bajet | $66 juta[2] |
Pecah panggung | $203.3 juta[3] |
Need for Speed ditayangkan oleh Touchstone Pictures pada Mac 14, 2014 di teater 3D, IMAX dan konvensional. Walaupun menerima ulasan negatif daripada pengkritik, filem ini mengutip $203.3 juta di seluruh dunia.
Plot
suntingDitipu oleh bekas rakan kongsi untuk pembunuhan yang tidak dilakukannya, Tobey Marshall, seorang pembina kereta dan pelumba jalanan yang bergelut dengan kewangan menghabiskan dua tahun di dalam penjara. Selepas keluar daripada penjara, dia mendapatkan kereta terpantas yang pernah dibina dan dijual oleh bengkelnya dan berusaha untuk memasuki perlumbaan rahsia dan mempunyai kepentingan yang sangat tinggi dikenali sebagai The DeLeon. Tujuannya untuk membalas dendam, mendapat pengiktirafan daripada dunia perlumbaan dan untuk menyelesaikan masalahnya.
Pelakon
sunting- Aaron Paul sebagai Tobey Marshall
- Dominic Cooper sebagai Dino Brewster
- Imogen Poots sebagai Julia Maddon
- Harrison Gilbertson sebagai Pete Coleman
- Kid Cudi sebagai Sarjan Benny 'Maverick' Jackson
- Ramón Rodríguez sebagai Joe Peck
- Rami Malek sebagai Finn
- Michael Keaton sebagai Monarch Maddon
- Dakota Johnson sebagai Anita Coleman
Tayangan
suntingNeed for Speed mengadakan tayangan perdananya di Teater Cina TCL pada Mac 7, 2014.[4] Filem ini ditayangkan oleh Touchstone Pictures pada Mac 14, 2014 di teater 3D, IMAX dan konvensional 2D.
Penerimaan
suntingBox office
suntingNeed for Speed mengutip $43,577,636 di Amerika Utara dan $159,700,000 di negara-negara lain dengan jumlah terkumpul seluruh dunia sebanyak $203,277,636.[3]
Respons kritikal
suntingNeed for Speed menerima ulasan negatif daripada pengkritik filem. Laman web Rotten Tomatoes melaporkan bahawa 22% pengkritik memberi filem ini ulasan positif berdasarkan 156 ulasan dengan purata skor 4.3 daripada 10.[5] Di Metacritic, ia mendapt skor 39 berdasarkan 38 ulasan.[6]
Sekuel
suntingChina Movie Channel, Jiaflix Enterprises dan 1905 Pictures bekerjasama bersama EA Games untuk menghasilkan sekuel dengan filem ini dijadual mengambil tempat dan menjalani pengambaran di China.
Rujukan
sunting- ^ "Need for Speed (12A)". Entertainment One. British Board of Film Classification. February 11, 2014. Dicapai pada February 27, 2014.
- ^ McClintock, Pamela (17 October 2013). "DreamWorks' Stacey Snider Reveals How Studio Slimmed Down to Stay Alive". The Hollywood Reporter. Dicapai pada 9 December 2013.
- ^ a b "Need for Speed (2014)". Box Office Mojo. Dicapai pada May 7, 2014.
- ^ Bacardi, Francesca (7 March 2014). "Aaron Paul's Car Overheats at 'Need for Speed' Premiere (VIDEO)". Variety. Dicapai pada 15 March 2014.
- ^ "Need for Speed (2014)". Rotten Tomatoes. Dicapai pada August 12, 2014.
- ^ "Need for Speed". Metacritic. Dicapai pada April 20, 2014.
Pautan luar
sunting- Tapak web rasmi
- Need for Speed di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Need for Speed di Box Office Mojo
- Need for Speed di Rotten Tomatoes
- Need for Speed di Metacritic