Negeri Sembilan FC
Kelab Bola Sepak Negeri Sembilan atau Negeri Sembilan FC (akronim: NSFC) merupakan salah sebuah kelab bola sepak di Malaysia. Pasukan ini mula menggunakan "FC" selepas berjaya melengkapkan penswastaan kelab bola sepak sebagaimana ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)[2]. Kelab ini diuruskan oleh NSFC Sdn. Bhd, anak syarikat Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS).
Nama penuh | Kelab Bola Sepak Negeri Sembilan | |||
---|---|---|---|---|
Gelaran | Si Rusa The Jangs Hoben Jang Hoben | |||
Nama pendek | NSFC | |||
Diasaskan | Sebagai kelab profesional 2020 Sebagai pasukan persatuan 1923 | |||
Stadium | Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan (Kapasiti: 45,000[1]) | |||
Presiden | Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri | |||
Pengurus Besar | Firdaus Bhari | |||
Jurulatih | K. Devan | |||
Liga | Liga Premier Malaysia | |||
2021 | Ke-1 | |||
Tapak sesawang | Laman kelab | |||
Kumpulan penyokong | UltraJang Ultras Nogori | |||
| ||||
Musim semasa |
Nama
sunting- 1923–2005: Negeri Sembilan
- 2005–2008: Negeri Sembilan Naza
- 2009–2014: Negeri Sembilan
- 2015: Negeri Sembilan Matrix [3]
- 2016–2020: Negeri Sembilan
- 2020–kini: Negeri Sembilan FC
Sejarah
suntingPasukan bola sepak Negeri Sembilan mula ditubuhkan pada 1923 menurut satu petikan dalam buku sejarah bola sepak Malaysia melalui temuramah dengan Austin Senevirathe, yang berusia 93 tahun semasa ditemuramah. Beliau menyatakan sebuah perlawanan berlaku antara PBNS dan Singapura bagi Piala Malaya (kini: Piala Malaysia) yang berlangsung pada tahun tersebut.
Pasukan ini dikira salah satu kelab yang memberi saingan kuat dalam sejarah bola sepak sejak ditubuhkan. Mereka telah memenangi banyak kejuaraan teratas di Malaysia sejak awal 1940-an.
Pada 7 November 2009, pasukan ini mengakhiri kemarau 61 tahun mereka dalam Piala Malaysia selepas menumpaskan Kelantan dengan nilai mata 3-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. Ulangan perlawanan akhir 2009 antara kedua-dua pasukan berlaku semula pada tahun berikutnya, 30 Oktober 2010. Walau bagaimanapun, pasukan ini tewas 2-1 kepada Kelantan walaupun pada awalnya telah mendahului dengan sepakan penalti daripada Shahurain Abu Samah.[4]
Pada 2011, pasukan ini sekali lagi layak ke peringkat akhir Piala Maaysia untuk kali ketiga berturut-turut dengan jurulatih baharu mereka, Mohd Azraai Khor Abdullah. Mereka menang perlawanan tersebut selepas menumpaskan Terengganu FA dengan kemunculan semula yang epik. Gol pertama disumbangkan oleh Mohd Ashaari Shamsuddin untuk Terengganu pada minit ke-59. Negeri Sembilan menggunakan 10 minit terakhir untuk lakukan kebangkitan semula. S. Kunanlan menyamakan gol pada minit ke-81 sebelum Hairuddin Omar, penyerang veteran menyepak gol kejuaraan buat Negeri Sembilan dengan tendangan cantik pada minit ke-85.[5]
Pada awal musim 2011, salah satu jurulatih terbaik pasukan, Wan Jamak Wan Hassan telah meletak jawatan daripada kelab ini. Beliau melihat tiada alasan untuk mengecewakan pasukan dalam pertandingan Liga Super Malaysia dan Piala FA Malaysia untuk musim tersebut.[6] Bermula tahun 2019, pasukan ini tersingkir daripada Liga Super Malaysia, dan bertanding dalam saingan Liga Premier Malaysia.
Penswastaan pasukan
suntingSehingga tahun 2020, pasukan ini bertanding atas kapasiti persatuan bola sepak. Namun, akhirnya pasukan ini berjaya diswastakan dalam kempen penswastaan kelab bola sepak[7] oleh FAM pada September 2020 dan akan beraksi sebagai FC bermula musim 2021.
Stadium
suntingStadium Tuanku Abdul Rahman atau dikenali dengan STAR Paroi ialah sebuah stadium pelbagai guna terletak di Paroi, Negeri Sembilan, Malaysia. Ia sering digunakan untuk perlawanan bola sepak. Stadium ini memuatkan 20,000 orang dan dibuka pada 1992. Pada 2004, kapasiti stadium ini dibesarkan sehingga 45,000 orang untuk menjadi tuan rumah bagi perlawanan SUKMA X 2004.
Penajaan
suntingTempoh | Pengeluar kit | Penaja |
---|---|---|
2005 | Lotto | TM Net |
2005/06 | TM Naza | |
2006/07 | ||
2007/08 | ||
2009 | Kappa | TM |
2010 | ||
2011 | Lotto | - |
2012 | Matrix Concept | |
2013 | ||
2014 | Kika | |
2015 | Kappa | |
2016 | Mizuno | |
2017 | ||
2018 | Al-Ikhsan Sports | |
2019 | Rhino | Matrix Concept Visit Negeri Sembilan SALAM Medical Centre Negeri Roadstone Sdn Bhd |
2020 | Admiral | Visit Negeri Sembilan Matrix Concept |
2021 | Kaki Jersi[8] | Matrix Concept
Negeri Roadstone Sdn Bhd[10] Gemencheh Granite Sdn. Bhd.[11] Kapten GYM |
Pemain
suntingSkuad Utama
sunting- Sehingga 16/3/2023
Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.
|
|
Bawah 21 tahun
suntingNota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.
|
|
Pencapaian
suntingPencapaian Domestik
sunting- Divisyen 1 / Liga Super
- Juara (1): 2006
- Naib Juara (1): 2008
- Juara (1): 2006
- Divisyen 2 / Liga Semi-Pro 2 / Liga Premier
- Juara (2): 1991 , 2021
- Naib Juara (1): 2005
- Juara (2): 1991 , 2021
Pencapaian Belia
suntingPencapaian Asia
suntingRekod Kelab
suntingNota:
- P = Perlawanan, M = Menang, S = Seri, K = Kalah, J = Jaringan, B = Bolos, Mt= Mata, Ked = Kedudukan
1 atau Juara Ke-2 atau Naib-juara Ke-3 Promosi Tersingkir
Musim | Liga | Piala | Asia | ||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Divisyen | P | M | S | K | J | B | Pts | Ked | Sumbangsih | Malaysia | FA | Cabaran | Kejohanan | Keputusan | |
2004 | Liga Premier | 24 | 10 | 8 | 6 | 45 | 35 | 38 | ke-4 | Naib-juara | Suku-akhir | Suku-akhir | — | Piala AFC | Peringkat kumpulan |
2005 | Liga Premier | 21 | 16 | 1 | 4 | 45 | 19 | 49 | 1 | — | Peringkat kumpulan | Pusingan 1 | — | — | — |
2005-06 | Liga Super | 21 | 12 | 4 | 5 | 26 | 14 | 40 | 1 | — | Naib-juara | Separuh-akhir | — | — | — |
2006–07 | Liga Super | 24 | 6 | 6 | 12 | 29 | 46 | 24 | ke-11 | — | Suku-akhir | Pusingan 2 | — | Piala AFC | Peringkat kumpulan |
2007–08 | Liga Super | 24 | 14 | 6 | 4 | 48 | 30 | 48 | ke-2 | — | Peringkat kumpulan | Pusingan 2 | — | — | — |
2009 | Liga Super | 26 | 11 | 5 | 10 | 44 | 35 | 38 | ke-7 | — | Juara | Separuh-akhir | — | — | — |
2010 | Liga Super | 26 | 11 | 5 | 10 | 40 | 31 | 38 | ke-6 | Naib-juara | Naib-juara | Juara | — | — | — |
2011 | Liga Super | 26 | 8 | 8 | 10 | 29 | 32 | 32 | ke-8 | — | Juara | Pusingan 2 | — | — | — |
2012 | Liga Super | 26 | 10 | 7 | 9 | 41 | 38 | 38 | ke-6 | Juara | Suku-akhir | Pusingan 1 | — | — | — |
2013 | Liga Super | 22 | 1 | 7 | 14 | 11 | 28 | 10 | ke-12 | — | Peringkat kumpulan | Suku-akhir | — | — | — |
2014 | Liga Premier | 22 | 8 | 6 | 8 | 26 | 28 | 30 | ke-6 | — | Kelayakan | Pusingan 1 | — | — | — |
2015 | Liga Premier | 22 | 8 | 8 | 6 | 33 | 28 | 32 | ke-6 | — | Kelayakan | Pusingan 2 | — | — | — |
2016 | Liga Premier | 22 | 9 | 8 | 5 | 40 | 26 | 35 | ke-4 | — | Suku-akhir | Pusingan 3 | — | — | — |
2017 | Liga Premier | 22 | 11 | 8 | 3 | 37 | 24 | 41 | ke-5 | — | Peringkat kumpulan | Separuh-akhir | — | — | — |
2018 | Liga Super | 22 | 4 | 3 | 15 | 27 | 47 | 15 | ke-12 | — | — | Pusingan 2 | Peringkat kumpulan | — | — |
2019 | Liga Premier | 20 | 8 | 5 | 7 | 29 | 25 | 4 | ke-6 | — | Peringkat kumpulan | Pusingan 2 | — | — | — |
2020 | Liga Premier | 11 | 3 | 2 | 6 | 12 | 20 | 11 | ke-11 | — | — | — | — | — | — |
2021 | Liga Premier | 20 | 12 | 5 | 3 | 33 | 16 | 17 | 1 | — | — | — | — | — | — |
Bekas Pemain
suntingPemain luar negara
sunting- Gustavo Carlos Cerro
- Jose Iriarte
- Scott Ollerenshaw
- Harrison Eric Muranda
- Abdulrazak Ekpoki
- Effa Owona
- Abdul Lateef Seriki
- Christian Bekamenga
- Udo Fortune
- Lamine Conteh
- Marian Juhas
- Miroslav Bozik
- Robert Bozik
- Marian Valach
- Marko Simic
- Curran Ferns
Pemain tempatan
suntingPengurusan pasukan (Musim 2021)
suntingPengurusan pasukan utama musim 2021
suntingJawatan | Nama |
---|---|
Pengurus | Devan a/l Kuppusamy |
Ketua Jurulatih | Devan a/l Kuppusamy |
Pembantu Ketua Jurulatih | K . Nanthakumar |
Pembantu Jurulatih | Ahmad bin Osman |
Jurulatih Penjaga Gol | Megat Amir Faisal Al Khalidi Ibrahim |
Jurulatih Kecergasan | Arulchelvan a/l Illenggo |
Fisioterapi | Mohd Syaiful bin Sabtu |
Doktor pasukan | Dr Rozaiman Ebrahim |
Pentadbir pasukan | Jefri Jaafar |
Pentadbir pasukan | Sharizal Mat Sah |
Keselamatan pasukan | Anuar Abd Rahman |
Pegawai media | Mohamad Nazri Robai |
Tukang urut | Mohammad Aim Fazli Abdul Rahim |
Pengurusan pasukan bawah 21
suntingJawatan | Nama |
---|---|
Pengurus U21 | |
Ketua Jurulatih U21 | |
Pembantu Ketua Jurulatih U21 | |
Jurulatih Penjaga Gol U21 | |
Jurulatih Kecergasan U21 | |
Fisioterapi U21 |
Pengurusan pasukan bawah 19
suntingJawatan | Nama |
---|---|
Pengurus U19 | |
Ketua Jurulatih U19 | |
Pembantu Ketua Jurulatih U19 | |
Jurulatih Penjaga Gol U19 | |
Jurulatih Kecergasan U19 |
Ketua Jurulatih
suntingTahun | Jurulatih | Kejuaraan |
---|---|---|
1981-1982 | Tony Chia | |
1983-1984 | Zainudin Husin | |
1985-1986 | Tony Chia | |
1987-1988 | Santos | |
1989-1990 | Zainudin Husin | |
1991-1993 | Josef Herel | Liga Semi-Pro Divisyen 2 1991 |
1994-1998 | M. Karathu | |
1998-1999 | Irfan Bakti Abu Salim | |
2000-2002 | Mohd Zaki Sheikh Ahmad | |
2003-2006 | K. Devan | Piala FA Malaysia 2003 Liga Super Malaysia 2005-06 |
2006-2007 | Hatem Souissi | |
2007-2011 | Wan Jamak Wan Hassan | Piala Malaysia 2009 Piala FA Malaysia 2010 |
2011-2012 | Mohd Azraai Khor Abdullah | Piala Malaysia 2011 Piala Sumbangsih 2012 |
2013 | Divaldo Alves | |
Mei 2013 | Ridzuan Abu Shah | Ambil alih |
2014-2015 | V. Sundramoorthy | |
2015-2017 | K. Devan | |
2017 | Mohd Asri Ninggal | |
2018 | Jorg Steinebrunner | |
2018 | Mohd Azraai Khor Abdullah | |
2018 | Mario Lemos | |
2019 | Mat Zan Mat Aris | |
2019 | Mohd Zaki Sheikh Ahmad | Ambil alih |
2020 | Sazali Saidon | |
2021 | K. Devan |
Persatuan yang menyelia
suntingKelab Berkaitan
suntingRujukan
sunting- ^ "Capacity of Tuanku Abdul Rahman Stadium". Worldstadiums.com.
- ^ "Siaran Media: 12 pasukan sudah melengkapkan proses penswastaan FC". Football Association of Malaysia. 23 September 2020. Dicapai pada 14 Disember 2020.
- ^ "Pasukan NS dikenali NS Matrix musim depan". The Rakyat Post. Malaysia. 6 Disember 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Februari 2016. Dicapai pada 7 Februari 2018.
- ^ "Kelantan come from behind to lift maiden M'sia Cup title". The Star (Malaysia). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 November 2010. Dicapai pada 31 Oktober 2010.
- ^ "Negeri Sembilan Wins Malaysia Cup title". Demotix. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 November 2011. Dicapai pada 29 Oktober 2011.
- ^ "Wan Jamak leaves Negri following team's dismal run this season". The Star (Malaysia). Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Oktober 2012. Dicapai pada 20 Mac 2006.
- ^ Zuraimee Zainal (30 Julai 2020). "Penswastaan kelab: FAM gesa persatuan, kelab lebih serius". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-14. Dicapai pada 6 Mac 2021.
- ^ Mohd Amin Jalil (11 Januari 2021). "Pemain Brazil, Korea perkasa NSFC". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-11. Dicapai pada 12 Januari 2021. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ BERNAMA (1 Oktober 2020). "Dua masih dalam proses penelitian dokumen". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-18. Dicapai pada 22 Februari 2021.
- ^ BERNAMA (1 Oktober 2020). "Dua masih dalam proses penelitian dokumen". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-18. Dicapai pada 22 Februari 2021.
- ^ BERNAMA (1 Oktober 2020). "Dua masih dalam proses penelitian dokumen". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-18. Dicapai pada 22 Februari 2021.
- ^ "Summary - Liga Premier - Malaysia - Results, fixtures, tables and news - Soccerway".
- ^ "Malaysia 2016".
Pautan luar
sunting- https://www.facebook.com/ibsns Info Bola Sepak Negeri Sembilan(Kelab Penyokong)
- http://www.froyoplus.com/senarai-pemain-negeri-sembilan-2013/ Senarai Pemain Negeri Sembilan 2013]
- Keputusan terkini perlawanan Negeri Sembilan FC