New Mexico
New Mexico ialah sebuah negeri di bahagian barat daya Amerika Syarikat. Mengikut sejarah, ia telah diduduki oleh Penduduk asal Amerika Syarikat dan pernah menjadi sebahagian kawasan wizurai Sepanyol Baru, sebuah provinsi Mexico serta Negeri Amerika Syarikat.
Di antara negeri-negeri di Amerika Syarikat, New Mexico mempunyai peratusan orang Amerika-Sepanyol yang tertinggi terdiri dari pendatang baru dan keturunan penjajah Sepanyol). Negeri ini juga mempunyai peratusan orang asli Amerika yang ketiga tertinggi selepas Alaska dan Oklahoma, dengan kebanyakannya suku Navajo dan Pueblo). Kerana ini, demografi dan budaya negeri ini adalah unik dengan pengaruh kebudayaan Sepanyol, Mexico dan India Amerika.
Geografi
suntingSempadan timur New Mexico terletak pada 103° B bersebelahan Oklahoma, dan 3 batu (5 km) di sebelah barat 103° B bersebelahan Texas. Di sempadan selatan, dua pertiga darinya bersempadan dengan Texas, sementara selebihnya dengan dua buah negeri Mexico iaitu Chihuahua dan Sonora. Sempadan baratnya bersebelahan dengan Arizona yang terletak sepanjang 109° B. Latitud 37° U membentuk sempadan utara dengan Colorado. New Mexico, Colorado, Arizona dan Utah bertemu di Empat Sudut pada sudut barat laut New Mexico.
Muka buminya berbeza-beza dari gurun yang berwarna merah mawar, mesa pecah ke puncak gunung yang dilitupi salji. Walaupun New Mexico dikenali kering, gunung-gunungnya yang dilitupi dengan hutan tebal melitupi sebahagian besar negeri ini terutamanya menghala ke utara. Sebahagian Banjaran Rocky dan Sangre de Cristo (Darah Christ) yang mengunjur utara-selatan, mengapit kedua-dua sisi Rio Grande dari kawasan rumput ternak utara yang berceranggah ke tengah negeri.
Kaktus, pokok yuka, pokok renek kreosot, semak pokok renek, dan rumput gurun melitupi dataran separa kering yang merangkumi bahagian selatan negeri ini.
Kerajaan persekutuan melindungi berjuta-juta ekar New Mexico yang indah sebagai hutan negara:
- Hutan Negara Carson
- Hutan Negara Cibola (ibu pejabat di Albuquerque)
- Hutan Negara Lincoln
- Hutan Negara Santa Fe (ibu pejabat di Santa Fe)
Tanah-tanah perlindungan yang lain termasuk tugu-tugu peringatan negara seperti berikut:
- Tugu Peringatan Negara Puing-puing Aztek di Aztek
- Tugu Peringatan Negara Bandelier di Los Alamos
- Tugu Peringatan Negara Gunung Berapi Capulin dekat Capulin
- Taman Negara Gua-gua Carlsbad dekat Carlsbad
- Taman Bersejarah Negara Budaya Chaco di Nageezi
- Denai Bersejarah Negara El Camino Real de Tierra Adentro
- Tugu Peringatan Negara El Malpais di Grants
- Tugu Peringatan Negara El Morro di Ramah
- Tugu Peringatan Negara Fort Union di Watrous
- Tugu Peringatan Negara Kediaman Cenuram Gila, dekat Bandaraya Silver
- Denai Bersejarah Negara Sepanyol Lama
- Taman Bersejarah Negara Pecos di Pecos
- Tugu Peringatan Negara Petroglyph, dekat Albuquerque
- Tugu Peringatan Negara Misi Salinas Pueblo di Mountainair
- Denai Bersejarah Negara Santa Fe
- Tugu Peringatan Negara White Sands dekat Alamogordo
Pelawat-pelawat juga sering melawati pueblo-pueblo asli New Mexico yang masih wujud. Pelancong-pelancong yang melawat tapak-tapak ini membawa banyak wang ke negeri ini. Kawasan-kawasan menarik dari segi geografi dan berpemandangan indah termasuk Tugu Peringatan Negara Kasha-Katuwe Tent Rocks dan Kawasan Simpanan Negara Valles Caldera. Hutan Gila terletak di barat daya negeri ini.
Rujukan
sunting- ^ "Language Use, English Ability, and Linguistic Isolation for the Population 5 Years and Over by State: 2000" (PDF). United States Census 2000. United States Census Bureau. February 25, 2003. Dicapai pada 2010-03-28.
- ^ Shin, Hyon B.; Bruno, Rosalind (October 2003). "Language Use and English-Speaking Ability: 2000" (PDF). Census 2000 Brief. United States Census Bureau. Dicapai pada 2010-03-28.
- ^ "Annual Estimates of the Resident Population for the United States, Regions, States, and Puerto Rico: April 1, 2000 to July 1, 2009". United States Census Bureau. Dicapai pada 2010-04-11.
- ^ Templat:Cite ngs
- ^ "Elevations and Distances in the United States". U.S Geological Survey. April 29, 2005. Dicapai pada 2006-11-06.