The New York Times
The New York Times merupakan sebuah akhbar harian Amerika Syarikat yang diterbitkan di Bandar Raya New York dan diedarkan serata dunia. Akhbar ini merupakan akhbar metropolitan terbesar di Amerika Syarikat, "The Gray Lady"—namanya kerana kemunculannya yang membosankan dan bergaya — dianggap sebagai satu akhbar catatan utama merakam peristiwa sepanjang sejarah negara tersebut. Ditubuhkan di dalam tahun 1851, akhbar tersebut telah memenangi 98 Hadiah Pulitzer, lebih daripada akhbar-akhbar yang lain. Motonya, seperti dicetak di sudut kiri atas muka depan, adalah "Segala Berita Yang Wajar Dicetak (All the News That's Fit to Print)". Akhbar ini dimiliki oleh The New York Times Company, yang menerbitkan 18 akhbar-akhbar yang lain, termasuklah International Herald Tribune dan The Boston Globe. Pengerusi syarikat berkenaan adalah Arthur Ochs Sulzberger Jr., yang mana keluarganya telah mengawal akhbar ini semenjak tahun 1896.
Jenis | Daily newspaper |
---|---|
Format | Broadsheet |
Diasaskan | 1851 |
Ibu pejabat | New York Times Building 620 Eighth Avenue New York, NY 10018 United States |
Edaran | 1,077,256 Daily 1,476,400 Sunday[1] |
Pemilik | The New York Times Company |
Penerbit | Arthur Ochs Sulzberger, Jr. |
Penulis kakitangan | 350 |
ISSN | 0362–4331 |
Laman sesawang | nytimes.com |
Rujukan
sunting- ^ Saba, Jennifer (2008-04-28). "New FAS-FAX: Steep Decline at 'NYT' While 'WSJ' Gains". Editor & Publisher. Nielsen Business Media, Inc. Dicapai pada 2008-09-15.
Pautan luar
sunting- Karya berkenaan The New York Times di Wikisumber
- Media berkenaan New York Times di Wikimedia Commons
- Official website
- New York Times Timeline 2001–Present at The New York Times Company