Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                

Parti Rakyat Sarawak

Parti politik nasional di Sarawak


Parti Rakyat Sarawak atau lebih dikenali sebagai PRS, merupakan sebuah parti politik berhaluan tengah kanan di Malaysia yang ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2004. Parti politik tempatan ini adalah salah satu daripada empat parti politik tempatan yang membentuk Gabungan Parti Sarawak. Parti Rakyat Sarawak (PRS) juga merupakan parti politik kedua terbesar di negeri Sarawak, selepas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB).

Parti Rakyat Sarawak
Sarawak People's Party
SingkatanPRS
PresidenDatuk Joseph Salang Gandum
Timbalan PresidenMajang Renggi
Ketua PemudaSnowdan Lawan
Ketua WanitaDoris Sophia Brodie
Setiausaha AgungMalcolm Mussen Lamoh
PengasasTan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing
Ditubuhkan2004
Ibu pejabat
  • Lot 9029, Tingkat 1, Blok 11, Muara Tebas Land District, Jalan Wan Alwi, 93350 Kuching, Sarawak (Ibu pejabat utama)
  • Pine's Square, Batu Kawah, Kuching, Sarawak (Ibu pejabat baharu)
Akhbar• Utusan Borneo
• The Borneo Post
• The Star (Malaysia)
• Daily Express (Sabah)
• Guang Ming Daily
• Sin Chew Daily
• Straits Times (Singapura)
Sayap beliaPergerakan Pemuda PRS
Sayap wanitaPergerakan Wanita PRS
Keanggotaan348,700 (Ogos 2023)
Ideologi• Nasionalisme Sarawak
• Hak asal bangsa Dayak
• Hak tanah adat peribumi Dayak
• Hak ekonomi Dayak
• Hak budaya & warisan Dayak
• Hak bangsa Melayu & bangsa Cina
• Membanteras budaya rasuah, politik wang, & salah guna kuasa
• Menghentikan amalan sakau harta & sakau wang rakyat
• Perpaduan rakyat Sarawak
• Bersikap jujur, ikhlas, tegas, dan amanah
• Kebebasan beragama
• Hak Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)
• Hak autonomi wilayah
• Reformisme negeri
• Demokrasi sosial
• Kestabilan politik Sarawak
• Kestabilan ekonomi Sarawak
• Hak golongan belia
• Hak golongan wanita
Kedudukan politikTengah ke tengah kanan
Penggabungan kebangsaanBarisan Nasional (2004–2018)
Gabungan Parti Sarawak (2018–kini) (masih aktif)
Gabungan Perpaduan PH–BN (2022–kini) (rakan gabungan)
SloganBerjuang untuk Sarawak
Bersatu Menuju Sarawak Baharu
Dewan Negara:
1 / 70
Dewan Rakyat:
5 / 31
(kerusi Parlimen di Sarawak)
Dewan Undangan Negeri Sarawak:
11 / 82
Premier Sarawak:
0 / 1
(hanya di Sarawak)
Laman sesawang
PRS Official Website
PRS Facebook

Sejarah asal Parti Rakyat Sarawak (PRS)

sunting

Parti politik ini mula diasaskan secara rasmi pada 2004, selepas berlakunya krisis kepimpinan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) yang mengakibatkan pembatalan pendaftaran PBDS oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 5 Disember 2003[1] dan 21 Oktober 2004[2] oleh sekumpulan serpihan yang diketuai oleh Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing dan Dato' Sri Sng Chee Hua.

Pada 2 Disember 2006, parti politik ini bermula dengan hanya sebanyak 800 anggota perwakilan yang menganggotai 22 daripada 28 cawangan PRS yang disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS), telah mengesahkan kehadirannya di Miri, Sarawak.

Walau bagaimanapun, ada segelintir ahli PRS terpaksa diketepikan. Antara ahli-ahli PRS yang diketepikan ialah pengasas parti berkenaan, Dato' Sri Sng Chee Hua dan Setiausaha Agung PRS ketika itu, Sidi Munan.

Selain itu, pada masa yang sama juga, beberapa ahli PRS lain turut menerima nasib yang serupa. Antaranya Ketua Wanita PRS waktu itu, Josephine Rindan Mawat serta dua lagi naib presiden ketika itu, iaitu Menteri Muda Di Pejabat Ketua Menteri waktu itu, Larry Sng Wei Shien (yang juga merupakan anak lelaki kepada pengasasnya, Sng Chee Hua), dan Jimmy Donald, yang juga merupakan ahli Parlimen Sri Aman ketika itu.

Sehingga akhir Ogos 2023, jumlah keanggotaan parti dalam Parti Rakyat Sarawak (PRS) kini sebanyak 348,700 ahli, sekaligus Parti Rakyat Sarawak adalah merupakan parti politik nasional yang kedua terbesar di Sarawak. Majoriti besar keahliannya adalah terdiri daripada masyarakat kaum Dayak Iban dan kaum Cina, namun penyertaan keahlian dari kaum Bidayuh dan kaum Melayu Sarawak adalah masih diperlukan.

Barisan kepimpinan

sunting

Wakil Rakyat

sunting

Ahli Dewan Negara

sunting
Lantikan Tempoh Ahli Catatan
  Yang di-Pertuan Agong 20 November 2023-19 November 2026 Rita Sarimah Patrick Insol, YB Senator Puan

Ahli Dewan Rakyat

sunting

PRS kini mempunyai 5 Ahli Parlimen:

Negeri No. Perlembagaan Parlimen Ahli Catatan
  Sarawak P202 Sri Aman Doris Sophia Brodi, YB Dato' Sri
P203 Lubok Antu Roy Angau Gingkoi, YB Tuan
P210 Kanowit Aaron Ago Dagang,YB Dato' Menteri Perpaduan Negara Malaysia
P214 Selangau Edwin Banta, YB Tuan
P216 Hulu Rajang Wilson Ugak Kumbong, YB Datuk Timbalan Menteri Digital Malaysia

Ahli Dewan Undangan Negeri

sunting
No. Kawasan DUN Nama Catatan
N30 Balai Ringin Snowdan Lawan Timbalan Menteri Industri Kreatif dan Seni Pembangunan Sarawak
N31 Bukit Begunan Mong Dagang
N34 Batang Ai Malcolm Mussen Lamoh
N49 Ngemah Anyi Jana
N59 Tamin Christopher Gira Sambang
N60 Kakus John Sikie Tayai Menteri Jabatan Premier Sarawak
N61 Pelagus Wilson Nyabong Ijang
N63 Bukit Goram Jefferson Jamit Unyat Timbalan Menteri Undang-Undang dan Adat Bumiputera Sarawak
N64 Baleh Nicholas Kudi Jantai Masing
N65 Belaga Liwan Lagang Timbalan Menteri Komunikasi Sarawak
N66 Murum Kennedy Chukpai Ugon
N70 Samalaju Majang Renggi

Pilihan raya kecil Batang Ai 2009

sunting

Dalam Pilihan raya kecil Batang Ai 2009, Malcolm Mussen Lamoh dari Parti Rakyat Sarawak (PRS) menewaskan bekas Anggota Parlimen Lubok Antu, Jawah Gerang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), dengan majoriti 1,854 undi. Terdapat 150 buah Rumah Panjang yang didiami etnik Iban di Batang Ai menyokong PRS. [3]

Pilihan raya Umum Negeri Sarawak 2021

sunting

Parti Rakyat Sarawak berjaya memperoleh kemenangan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), pada pilihan raya umum negeri Sarawak.

Logo Parti

sunting

PRS semasa ditubuh hasil pembubaran Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) telah menggunakan logo yang berlambang perisai dan parang menyerupai logo PBDS yang berlambang perisai, parang dan lembing pada 2004. Parti ini telah menukarkan logonya kepada lambang pokok padi yang baru sekarang pada April 2010.[4]

Lihat juga

sunting

Pautan Luar

sunting

Rujukan

sunting