Pendidikan menengah
Pendidikan menengah merupakan peringkat kedua dalam proses pendidikan secara formal, selepas tamat persekolahan di peringkat pendidikan rendah dan sebelum ke pendidikan tinggi. Di kebanyakkan negara, pendidikan menengah wajib diberikan, sekurang-kurangnya sehingga mencapai umur 16 tahun[1]. Golongan remaja biasanya memasuki fasa pendidikan menengah rendah sewaktu mereka berumur 12 tahun[2]. Ada juga negara yang mewajibkan pendidikan menengah sehingga berumur 19 tahun.
Pendidikan menengah biasanya dijalankan di sekolah menengah, sekolah tinggi, maktab atau kolej, bergantung kepada negara. Oleh kerana ia menjurus ke arah universiti, pelajarannya adalah lebih berat berbanding pendidikan rendah. Pelajar-pelajar yang menamatkan pendidikan menengah mempunyai banyak pilihan sama ada meneruskan proses pendidikan ke pengajian tinggi, vokasional ataupun memasuki alam pekerjaan[2].
Definisi
suntingMenurut ISCED (International Standard Classification of Education), pendidikan menengah dipecahkan kepada dua peringkat, iaitu pendidikan menengah rendah berada pada paras 2 (ISCED LEVEL 2) dan pendidikan menengah atas pada paras 3 (ISCED LEVEL 3)[3]. Pelajar berusia dalam lingkungan 10 hingga 13 tahun biasanya akan memulakan fasa pendidikan menengah rendah manakala pelajar berusia dalam lingkungan 14 hingga 16 tahun dianggarkan memulakan proses pembelajaran di peringkat pendidikan menengah atas[3].
Bagi pendidikan menengah rendah, program pendidikan yang digubal biasanya lebih kepada kurikulum yang berorientasikan kepada subjek dan pengenalan kepada konsep teori yang terdapat dalam subjek-subjek ini[4]. Guru-guru yang mengajar di peringkat ini sudah dilengkapi dengan latihan pedagogi khusus untuk sesuatu subjek tersebut. Sebagai perbandingan, di peringkat pendidikan rendah, guru-guru biasanya memiliki kepakaran mengajar beberapa subjek.
Di peringkat pendidikan menengah atas pula, program pendidikan yang digubal lebih spesifik, pelbagai dan mendalam[5] berbanding dengan pendidikan menengah rendah. Guru-guru yang mengajar subjek di peringkat ini biasanya terlatih dan memiliki ijazah dalam bidang pengkhususan mengikut subjek berkenaan[4].
Statistik
suntingPada tahun 2021, kadar kedatangan pelajar bagi pendidikan menengah rendah dan atas di seluruh dunia dianggarkan pada 65% dan 52%[6]. Pelajar dari keluarga berpendapatan tinggi dan tinggal di bandar mencatatkan peratusan yang tinggi dengan jurang yang sangat ketara di peringkat menengah atas. Lebih kurang 70% pelajar di seluruh dunia berjaya menamatkan pendidikan menengah rendah[6].
Di kawasan sub-Sahara Afrika, bilangan pelajar yang menduduki fasa pendidikan menengah masih lagi menunjukkan trend yang membimbangkan. Menurut data yang dikeluarkan World Bank pada tahun 2019, kadar kemasukkan pelajar baru di peringkat pendidikan menengah hanyalah sekitar 43.6% sahaja[7]. Pandemik COVID-19 memberi impak yang besar apabila sekolah-sekolah terpaksa ditutup[8].
Sekolah menengah di Malaysia
suntingPendidikan menengah di sini adalah dijalankan di:-
- sekolah akademik (sekolah biasa atau berasrama penuh)
- sekolah menengah teknik dan vokasional
- sekolah menengah kebangsaan agama
Hanya pelajar terpilih dari segi akademik layak untuk masuk ke sekolah ini. Pelajar berhak memilih bahasa tambahan seperti bahasa Jepun, bahasa Jerman, bahasa Perancis dan bahasa Arab. Pelajar yang memasuki SBP aliran agama wajib mengambil bahasa Arab seperti KISAS, SBPI Gombak .Turut digelar SBP.MRSM(Maktab Rendah Sains Mara)
Dipilih daripada pelajar yang mempunyai keputusan yang cemerlang dalam UPSR mahupun PT3 (sebelum ini PMR). Pelajar yang memasuki sekolah ini akan diajar bahasa Arab. Pada sebelah petang dan malam akan diajar subjek agama. Selalunya bab-bab fiqh (fekah). Bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke Universiti Timur Tengah contohnya Universiti Madinah dan Universiti al-Azhar boleh mengambil peperiksaan agama iaitu Sijil Tinggi Agama Malaysia atau STAM yang hanya ada di Sekolah Agama Negeri atau SAN dan Sekolah Agama Rakyat atau SAR kerana sekolah-sekolah ini mengguna pakai Al-Azhar Bu'uth(sukatan). Turut digelar SMKA.
Sekolah menengah di barat
suntingDi Amerika Syarikat, bergantung kepada daerah sekolah, pelajar-pelajar sekolah rendah atau elementary school boleh melanjutkan pelajaran sama ada ke middle school atau junior high school. Middle school adalah setaraf dengan pendidikan menengah rendah iaitu tingkatan 1 hingga tiga. Manakala Junior high school terdiri daripada pelajar-pelajar gred 7-9 atau tingkatan empat hingga enam. Selepas itu, pelajar-pelajar pergi ke high school iaitu gred 9-12 atau bersamaan dengan kursus matrikulasi di Malaysia.
Lihat juga
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Pendidikan menengah |
Pautan luar
sunting
Rujukan
sunting- ^ "Organisation of general lower secondary education". European Comission. 26 September 2022. Dicapai pada 20 Januari 2023.
- ^ a b "What Is a Secondary School Compared to High School? Mystery Solved!". University of the People. Dicapai pada 20 Januari 2023.
- ^ a b "International Standard Classification of Education (ISCED)". UNESCO Institute for Statistics. Dicapai pada 20 Januari 2023.
- ^ a b Smyth, John. "The Origins of the International Standard Classification of Education". Peabody Journal of Education. 83 (1 (2018)): 5–40. Dicapai pada 21 Januari 2023.
- ^ "How vocational education and training (VET) systems can support Ukraine". Organisation for Economic Co-operation and Development. 1 Julai 2022. Dicapai pada 20 Januari 2023.
- ^ a b "Secondary education". UNICEF. Jun 2022. Dicapai pada 21 Januari 2023.
- ^ "School enrollment, secondary (% gross) - Sub-Saharan Africa". The World Bank. 24 Oktober 2022. Dicapai pada 21 Januari 2023.
- ^ "Gender equality through secondary education in sub-Saharan Africa". IGC. 7 April 2022. Dicapai pada 20 Januari 2023.