Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                

Prakambrium atau Prakambria ialah nama tidak rasmi untuk supereon yang terdiri daripada eon-eon skala masa geologi yang wujud sebelum eon Fanerozoik kini. Tempohnya bermula sejak pembentukan Bumi pada sekitar 4,500 juta tahun yang lalu hingga evolusi haiwan makroskop bercangkerang keras yang menandakan permulaan zaman Kambria, kala pertama untuk era pertama eon Fanerozoik, pada sekitar 542 juta tahun yang lalu. Ia dinamai sempena nama Rom untuk Cymru/Wales, iaitu Cambria, yang batuan dari zaman itu dikaji buat pertama kali.

Salah satu pembentukan masa Prakambrium

Prakambrium bukannnya era dan oleh itu, dikenali hanya sebagai "Prakambrium" [1]

Gambaran keseluruhan

sunting

Pengetahuan kita tentang Prakambrium adalah terlalu sedikit, walaupun ia merupakan tujuh perlapan daripada sejarah Bumi, dengan apa yang diketahui hanya ditemui pada empat atau lima dekad yang lalu. Rekod fosil Prakambrium tidak banyak, dengan fosil yang wujud (misalnya fosil stromatolit) terhad kebergunaannya untuk kerja biostratigrafi. [2] Banyak batuan Prakambrium sangat dimetamorfosis dan dengan itu, mengaburkan asalnya manakala batuan yang lain dimusnahkan oleh hakisan atau terbenam jauh di bawah strata Fanerozoik. [3][4]

Bumi pada dirinya telah dianggap sebagai dibentuk daripada bahan yang mengorbit matahari pada sekitar 4,500 juta tahun yang lalu dan mungkin dihentam oleh sebuah planetesimal yang amat besar sebesar planet Marikh, tidak lama selepas ia dibentuk dan dengan itu, memisahkan bahan Bumi menjadi Bulan (sila lihat teori hentaman raksasa). Kerak Bumi yang stabil dipercayai wujud menjelang 4,400 juta tahun yang lalu kerana hablur zirkon dari Australia Barat telah ditarikhkan sebagai 4,404 juta tahun yang lalu.

Istilah "Prakambrium" yang pada suatu tempoh singkat dikenali sebagai eon Kriptozoik adalah agak ketinggalan zaman tetapi masih digunakan secara umum dalam kalangan ahli geologi dan ahli paleontologi. Bagaimanapun, istilah tersebut kelihatan akan digantikan dengan istilah Proterozoik, Arkean, dan Hadean yang lebih diutamakan (sila lihat skala masa geologi).

Bacaan

sunting
  • Bleeker, W. [2004]. "Toward a "natural" Precambrian time scale", in Felix M. Gradstein, James G. Ogg, and Alan G. Smith: A Geologic Time Scale 2004. Cambridge University Press. ISBN 0-521-78673-8.
  • James Monroe and Reed Wicander, The Changing Earth, 2nd ed, (Belmont: Wadsworth Publishing Company, 1997)
  • Valley, John W., William H. Peck, Elizabeth M. King (1999) Zircons Are Forever, The Outcrop for 1999, University of Wisconsin-Madison Wgeology.wisc.eduEvidence from detrital zircons for the existence of continental crust and oceans on the Earth 4.4 Gyr ago Accessed Jan. 10, 2006
  • Wilde S.A., Valley J.W., Peck W.H. and Graham C.M. (2001) Evidence from detrital zircons for the existence of continental crust and oceans on the Earth 4.4 Gyr ago. Nature, v. 409, pp. 175-178.
  • Wyche, S., D. R. Nelson and A. Riganti (2004) 4350–3130 Ma detrital zircons in the Southern Cross Granite–Greenstone Terrane, Western Australia: implications for the early evolution of the Yilgarn Craton, Australian Journal of Earth Sciences Volume 51 Zircon ages from W. Australia - Absract Accessed Jan. 10, 2006

Rujukan

sunting
  1. ^ 5th-Grader Finds Mistake at Smithsonian
  2. ^ James Monroe and Reed Wicander, The Changing Earth, edisi ke-2, (Belmont: Wadsworth Publishing Company, 1997), m.s. 492.
  3. ^ Monroe and Wicander, m.s. 492.
  4. ^ "Pamela J.W. Gore, "The Precambrian". Dicapai pada 12/6/06". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-01-02. Dicapai pada 2008-05-10.

Pautan luar

sunting


Skala waktu geologi: eon dan era
(dalam juta tahun)

PaleoproterozoikMesoproterozoik

HadeanArkeanProterozoikFanerozoikPrakambriaera %28geologi%29aeon

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.