Rap
Rap ialah satu daripada empat elemen budaya hip-hop. Rap merupakan teknik vokal berkata-kata dengan cepat, sementara pelaku atau penyanyi ia disebut penyanyi rap (bahasa Inggeris: rapper ). Nyanyian rap diiringi oleh DJ dan sebuah kugiran; biasanya penyanyi rapini sering membuat persembahan secara bersendirian, namun ada juga rapper yang menjadi anggota kugiran (misalnya: Mike Shinoda daripada Linkin Park).
Ia sangat berkait rapat dengan budaya orang keturunan Afrika di Amerika Syarikat sehingga seni ini lazimnya dominan dalam kalangan bangsa tersebut, lagi-lagi yang berasal dari kawasan kurang terbangun kota-kota negara tersebut, namun ia semakin lama semakin diterima dalam kalangan warga kulit putih senegara yang turut menceburi bidang ini seperti Eminem, Macklemore, dan Pitbull.
Sejarah
suntingPerkataan rap itu daripada bahasa Inggeris yang memberi maksud "mengucap dengan tajam atau rancak" (to utter sharply or vigorously).[1] Menurut Shorter Oxford English Dictionary, takrifan ini mula didapati seawal 1541.[2] Dictionary of American Slang karya bersama Wentworth dan Stuart Berg Flexner tahun 1932 menakrifkan ia sebagai "bercakap dengan, mengenalpasti" (to speak to, recognize, or acknowledge acquaintance with someone)[3] serta "berbicara secara terbuka dan jujur" (to converse, esp. in an open and frank manner).[4] Perkataan repartee turut mempengaruhi pemahaman dan perlaihan perkataan "rap" sebagai suatu penyampaian lisan yang tersendiri.[5]
Rap mula dipakai dalam konteks bersajak digandingkan dengan rakaman seawal tahun 1971 melalui album Black Moses oleh Isaac Hayes - misalnya contoh "Ike's Rap", "Ike's Rap II", "Ike's Rap III" dan seterusnya.[6] [6] Del the Funky Homosapien turut memberi takrifan gaya percakapan yang tersendiri pada awal 1970-an.[7]
Perkembangan
suntingRap dapat ditelusuri kembali ke puncanya dari Afrika Barat dengan adanya pembicara khusus iaitu griot (juga jeli, gawlo, guewel) yang sering menyampaikan cerita dan kisah dengan gaya yang berirama selingan gendang dan alat perkusi berjarangan.[8][9][10][11]
Pemasyhuran
suntingDi Nusantara
suntingRap mula dipopularkan di Malaysia sejajar dengan perkenalan genre hip-hop ke Malaysia terutamanya dengan penerbitan album Canggih oleh KRU yang keluar tahun 1992.[12]
Di Indonesia sendiri musik rap telah berkembang dan menjadi salah satu genre musik yang mendapat perhatian. Musisi-musisi lokal yang karya musik rap atau hip-hopnya telah meramaikan blantika musik Indonesia di antara nya adalah Iwa K, Soul ID, Saykoji, Fade to Black (Bondan Prakoso & Fade 2 Black), Batik Tribe, 8 Ball. Jenis musik terbaru yang ada adalah trip Hop, yaitu perpaduan antara Jazz dan Hip-hop, salah satu musisi Trip Hop Indonesia yang kental unsur Rapnya adalah Aji Kikuta.
Rujukan
sunting- ^ "Rap | Define Rap at Dictionary.com". Dictionary.reference.com. Dicapai pada January 27, 2014.
- '^ Shorter Oxford English Dictionary, 3rd edition, Revised, 1970, p. 1656. "rap (v.) = 'to utter (esp. an oath) sharply, vigorously, or suddenly..."
- ^ Harold Wentworth and Stuart Berg Flexner, Dictionary of American Slang, 2nd supplemented edition, 1975, p. 419.
- ^ Harold Wentworth and Stuart Berg Flexner, Dictionary of American Slang, 2nd supplemented edition, 1975, p. 735.
- ^ rap [5, noun] Webster's Third New International Dictionary, Unabridged.
- ^ a b Lindsay Planer. "Black Moses - Isaac Hayes | Songs, Reviews, Credits, Awards". AllMusic. Dicapai pada January 27, 2014.
- ^ Edwards, Paul; "Gift of Gab" (foreword) (September 2013). How to Rap 2: Advanced Flow and Delivery Techniques, Chicago Review Press, p. 98.
- ^ Pollard, Lawrence (September 2, 2004). "BBC News: Africa". Dicapai pada December 21, 2005.
- ^ "About.com: Rap". Diarkibkan daripada yang asal pada Januari 11, 2006. Dicapai pada Disember 21, 2005.
- ^ "PBS lesson plan on the blues". Dicapai pada December 21, 2005.
- ^ "Yale University Teachers Association". Dicapai pada December 21, 2005.
- ^ "Sejarah Hip-Hop Negara". Taman Bunyi. 3 September 2018.
Sumber utama
sunting- Edwards, Paul; Kool G Rap (foreword) (December 2009). How to Rap: The Art & Science of the Hip-Hop MC. Chicago Review Press. m/s. 340. ISBN 1-55652-816-7.CS1 maint: ref=harv (link)
- Kool Moe Dee; dll. (November 2003). There's A God On The Mic: The True 50 Greatest MCs. Thunder's Mouth Press. m/s. 224. ISBN 1-56025-533-1.CS1 maint: ref=harv (link)
- stic.man (2005). The Art Of Emceeing. Boss Up Inc.CS1 maint: ref=harv (link)
- Krims, Adam (2001). Rap Music And The Poetics Of Identity. Cambridge University Press.CS1 maint: ref=harv (link)
Bacaan lanjut
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Rap |
- Alan Light; dll. (October 1999). The Vibe History of Hip Hop. Three Rivers Press. m/s. 432. ISBN 0-609-80503-7.
- Jeff Chang; D.J. Kool Herc (December 2005). Can't Stop Won't Stop: A History of the Hip-Hop Generation. Picador. m/s. 560. ISBN 0-312-42579-1.
- Sacha Jenkins; dll. (December 1999). Ego Trip's Book of Rap Lists. St. Martin's Griffin. m/s. 352. ISBN 0-312-24298-0.