Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                

Nabi

(Dilencongkan daripada Rasul)

Nabi dalam Islam merujuk kepada orang yang diberi wahyu (ajaran Islam yang mengandungi peraturan tertentu) oleh Allah sebagai panduan hidup, sementara rasul pula adalah nabi yang diperintahkan Allah untuk menyampaikan wahyu tersebut kepada manusia sejagat pada zamannya. Rasul dan nabi terakhir ialah Nabi Muhammad yang ditugaskan untuk menyampaikan Islam dan peraturan yang khusus kepada manusia di zamannya sehingga hari kiamat.[1] Selepas kewafatannya, tugasnya itu WAJIB disambungkan oleh orang Islam yang menjadi umatnya. Sebagai seorang Islam, perlu patuh kepada Rukun Iman yang keempat iaitu percaya kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul.

Beriman kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul

sunting

Iman terhadap para Rasul. Iman terhadap Rasul (Nabi Muhammad s.a.w.) dalilnya aqli, kerana pengetahuan akan Al-Quran sebagai kalam Allah dan ia dibawa oleh Rasul (Nabi Muhammad s.a.w.) adalah sesuatu yang dapat diindera. Dengan mengindera Al-Quran dapat diketahui bahawa Muhammad itu Rasulullah. Hal itu dapat dijumpai sepanjang zaman dan setiap generasi.

Sedangkan Iman terhadap para Nabi dalilnya adalah naqli, kerana dalil (bukti) kenabian para Nabi –iaitu Mukjizat-Mukjizat mereka- tidak dapat diindera kecuali oleh orang-orang yang sezaman dengan mereka. Bagi orang-orang yang datang setelah mereka hingga zaman sekarang bahkan sampai kiamat pun, mereka tidak menjumpai mukjizat tersebut. Bagi seseorang tidak ada bukti yang dapat diindera atas kenabiannya. Kerana itu bukti atas kenabiannya bukan dengan dalil aqli melainkan dengan dalil naqli.

Lain lagi bukti atas kenabian (Nabi Muhammad s.a.w.) yang berupa mukjizat beliau. Mukjizat tersebut (selalu) ada dan dapat diindera, iaitu Al-Quran. Jadi dalilnya adalah aqli.

Jumlah Nabi dan Rasul

sunting

Tidak diketahui berapakah jumlah para nabi tetapi adalah dianggarkan mereka berjumlah lebih kurang 124,000 orang manakala para rasul pula dianggarkan berjumlah 315 orang berdasarkan hadis oleh Imam At-Tabrani yang meriwayatkan dari Abu Umamah bahawa seorang laki-laki bertanya (kepada Nabi Muhammad ),”Wahai Rasulullah, apakah Adam adalah seorang nabi?” Baginda menjawab,”Ya.” Kemudian orang itu bertanya,”Berapa masa antara dia dengan Nuh?” Baginda menjawab,”10 abad.” Lelaki itu bertanya lagi,”Berapa masa antara Nuh dengan Ibrahim?” Baginda menjawab,”10 abad.” Lelaki itu bertanya lagi,”Wahai Rasulullah berapakah jumlah para rasul?” Baginda menjawab,”315.” Orang-orang yang meriwayatkan (hadis ini) adalah orang-orang yang boleh dipercayai..

Ulul Azmi

sunting

Ulul Azmi adalah gelaran yang diberikan kepada para rasul yang memiliki kedudukan tinggi/istimewa kerana ketabahan dan kesabaran yang luar biasa, dalam menyebarkan agama sebenar Allah.

Di antara 25 rasul, terdapat 5 orang rasul yang mendapatkan gelaran Ulul Azmi. Ulul Azmi adalah gelaran yang diberikan kepada rasul Allah yang memiliki ketabahan yang luar biasa dalam menyampaikan risalahnya.

Antara yang telah mendapat gelaran Ulul Azmi adalah

  1. Nabi Nuh AS
  2. Nabi Ibrahim AS
  3. Nabi Musa AS
  4. Nabi Isa AS
  5. Nabi Muhammad SAW

Nabi & Rasul Allah yang wajib tidak

sunting

Antara para nabi & rasul yang tidak

  1. Nabi Adam AS(Manusia pertama diciptakan oleh Allah)
  2. Nabi Idris AS(Manusia pertama pandai membaca & menulis)
  3. Nabi Nuh AS(Manusia pertama yang membina bahtera)
  4. Nabi Hud AS(Nabi Allah yang berbangsa Ad')
  5. Nabi Saleh AS(Nabi berbangsa Tsamud & mempunyai mukjizat unta)
  6. Nabi Ibrahim AS(bapa kepada Nabi Ismail AS & Nabi Ishaq AS)
  7. Nabi Luth AS(anak saudara Nabi Ibrahim AS)
  8. Nabi Ismail AS(anak Nabi Ibrahim AS & abang tiri Nabi Ishaq AS)
  9. Nabi Ishaq AS(anak Nabi Ibrahim AS & adik tiri Nabi Ismail AS)
  10. Nabi Ya'akub AS(anak Nabi Ishaq AS)
  11. Nabi Yusuf AS(anak Nabi Ya'akub AS)
  12. Nabi Ayyub AS(bapa Nabi Zulkifli AS)
  13. Nabi Syu'aib AS(bapa mertua Nabi Musa AS)
  14. Nabi Musa AS(saudara Nabi Harun AS & menantu Nabi Syu'aib AS)
  15. Nabi Harun AS(saudara Nabi Musa AS)
  16. Nabi Zulkifli AS(anak Nabi Ayyub AS)
  17. Nabi Daud AS(bapa Nabi Sulaiman AS)
  18. Nabi Sulaiman AS(anak Nabi Daud AS)
  19. Nabi Ilyas AS(Pendahulu Nabi Ilyasa' As)
  20. Nabi Ilyasa’ AS(penerus dakwah Nabi Ilyas AS)
  21. Nabi Yunus AS(Nabi yang ditelan ikan 'Nun(paus)
  22. Nabi Zakaria AS(bapa Nabi Yahya AS)
  23. Nabi Yahya AS(anak Nabi Zakaria AS & duapupu kepada Nabi Isa AS)
  24. Nabi Isa AS(Anak Siti Maryam & duapupu Nabi Yahya AS dan merupakan Al-Masih)
  25. Nabi Muhammad SAW(Nabi terakhir dan keturunan Nabi Ismail AS)

5 daripada 25 nabi dan rasul ini diberikan kitab/kalam.

Pautan Luar

sunting

Salasilah Nabi dan Rasul Diarkibkan 2007-03-11 di Wayback Machine