Rektor
Rektor [rék-tor] (pinjaman Latin: rector , "penguasa"/"pemerintah") ialah seorang pegawai kanan sesebuah institusi pendidikan seperti suatu universiti.
Peranan sesebuah jawatan yang bergelar sebegini ada perbezaan mengikut sistem yang wujud dari rantau ke rantau seluruh dunia.
Penggunaan di Nusantara
suntingMalaysia dan Singapura
suntingIndonesia
suntingRektor diertikan dalam konteks pendidikan Indonesia lagi-lagi menurut Undang-Undang Sistem Pendidikan Nasional 2009 sana sebagai penjawat kerusi yang memimpin suatu lembaga perguruan tinggi; pemegang jawatn ini dipertanggungjawabkan memajukan ilmu pengetahuan di institusi masing-masing melalui pendidikan dan pengkajian serta memberikan sumbangan maksimal kepada khalayak ramai secara meluas.
Pada awal tahun 1950-an, istilah "Presiden Universitas" pernah digunakan untuk mengungkapkan peranan pemimpin universiti, namun Presiden Soekarno merasa keberatan kerana beliau merasakan gelaran "presiden" hanya layak dan cocok untuk ketua negara, maka "rektor" menjadi istilah yang dipakai secara umum sejak zaman tersebut.
Penggunaan di alam bahasa Inggeris (Anglosphere)
suntingUnited Kingdom
suntingDi United Kingdom, gelaran "rektor" (rector) mengkhusus kepada penjawat kerusi ketua kolej, yakni suatu lembaga kebidangan (fakulti/fakultas) dengan pentadbiran tersendiri atau berautonomi. Peranan rektor diperhatikan di bawah kelolaan Canselor (chancellor) yang bertindak sebagai ketua universiti. Hal ini terjadi di dua Oxford College, Lincoln College, dan Exeter College.
Amerika Syarikat
suntingDi perguruan-perguruan tinggi di Amerika Syarikat, istilah untuk pimpinan tertinggi eksekutif adalah president atau university president. Pengguna istilah chancellor juga sering digunakan di Amerika Syarikat, hal ini tergantung kepada sistem yang dipakai perguruan tinggi tersebut.
Istilah rector ada digunakan sebagai istilah ketua lembaga tamu (head of board of visitors) dalam kepimpinan seberapa perguruan tinggi tertentu dalam negeri Virginia:
- University of Virginia
- Virginia State University (Petersburg,)
- Virginia Commonwealth University (Richmond, Virginia)
- Washington and Lee University (Lexington, Virginia)
- College of Wiliam and Mary (Williamsburg, Virginia)
- Virgina Tech (Blacksburg, Virginia)
Dari tahun 1701-1745, ketua Yale College diberi penggelaran jawatan rector sebelum beralih kepada gelaran "Presiden" (President) dari 1745 hingga 1766 apabila kolej ini dinaiktaraf sebagai sebuah universiti.
Beberapa perguruan tinggi Katolik yang dijalankan pendeta (misalnya golongan Jesuit) memberikan gelar Rector kepada pimpinan eksekutif sekolah yang seringkali juga merupakan kepala masyarakat pendeta yang bertugas di sekolah tersebut. Jadi pimpinan dari perguruan tinggi dan pimpinan pendeta dipersatukan dalam peranan Rector. Hal ini merupakan pelaksanaan yang sudah jarang dilakukan, memandangkan perubahan sistem kepemimpinan sekolah Katolik sudah banyak berubah.
Penggunaan di negara lain
suntingAsia
suntingDi India, pimpinan sekolah berasrama (boarding school) diberikan nama jabatan rektor. Kepala sekolah-sekolah Katolik juga diberikan jabatan rektor.
Sepanyol
suntingDi Sepanyol, istilah yang digunakan untuk sebutan rektor adalah Excelentísimo e Ilustrísimo Señor Professor Doctor Don ("Tuan Professor Doktor Terbaik dan Terunggul") setelah itu diikuti nama rektor (Misalnya: Excelentísimo e Ilustrísimo Señor Professor Doctor Fulan bin Abu Fulan, Rector Magnífico de la Universiti Contoh.)
Pemilihan dan pelantikan
suntingPemilihan rektor ada dilakukan dengan beberapa cara:
- Pemilihan melalui pelantikan langsung oleh ketua negara atas cadangan kementerian berkenaan; sistem ini pernah dilaksanakan dalam Indonesia semasa rejim Orde Baru atas alasan kampus bisa "dibimbing" - yakni mengikuti maksud dan niat pemerintah sepatuhnya.
- Pemilihan oleh suatu badan senat sesebuah institusi perguruan tinggi secara musyawarah sebelum calon-calon yang bersesuaian dan berkelayakan (biasanya berdasarkan tempoh masa dan mengajar tahap pendidikan) diputuskan melalui undian.
- Pemilihan oleh senat dan para mahasiswa yang ikut serta dalam menentukan kepimpinan lembaga.
Kontroversi
suntingBanyak pro dan kontra yang terjadi dalam sistem pemilihan ini, mahasiswa dianggap belum memiliki kebolehan yang cukup untuk memilih calon rektor perguruan tinggi