Roy Lichtenstein
Roy Fox Lichtenstein ([roi faks lik-tĕn-stain]; 27 Oktober 1923 – 29 September 1997) ialah seorang pelukis dan orang seni dari Amerika Syarikat. Beliau selain Andy Warhol, Jasper Johns dan James Rosenquist merupakan antara pelopor suatu pergerakan seni yang didasarkan pengolahan karya grafik yang dihasilkan untuk tujuan komersil iaitu "seni pop" (pop art) yang muncul tahun 1960-an; karya seninya paling mengutamakan pengolahan lerang komik secara parodi.[2]
Roy Lichtenstein | |
---|---|
Kelahiran | Roy Fox Lichtenstein[1] 27 Oktober 1923 Manhattan, Bandar Raya New York, Amerika Syarikat |
Meninggal dunia | September 29, 1997 Manhattan, Bandar Raya New York, A.S | (umur 73)
Warganegara | Amerika Syarikat |
Pendidikan | Timothy Dwight School |
Pusat pendidikan | Ohio State University |
Terkenal kerana | Seni lukisan, seni ukiran |
Gerakan politik | Pop art |
Pasangan | Isabel Wilson (1949–1965; bercerai; 2 anak termasuk Mitchell) Dorothy Herzka (1968–1997; kematiannya) |
Penaung | Gunter Sachs |
Biografi
suntingAwal hidup
suntingRoy lahir kepada sebuah keluarga kelas pertengahan atas kaum Yahudi di New York:[1][3][4] ayahnya Milton Lichtenstein merupakan seorang broker hartanah manakala ibunya Beatrice Werner merupakan seorang surirumah.[5]
Minat beliau kepada seni dan reka bentuk mula berputik ketika dalam persekolahannya - beliau sering berkunjung ke Apollo Theater di Harlem untuk mendengar persembahan muzik jazz di mana beliau melakar pemuzik yang membuat persembahan di sana.[6] Beliau menghadiri kelas musim panas di Art Students League of New York pada tahun terakhir persekolahannya di bawah didikan Reginald Marsh.[7]
Kemasyhuran
suntingSenja hidup
suntingRoy meninggal dunia akibat menghidap pneumonia pada 29 September 1997[8] ketika menjalani rawatan di New York University Medical Center selama beberapa minggu.[5]
Yayasan Roy Lichtenstein (Roy Lichtenstein Foundation) ditubuhkan dua tahun kemudian pada 1999.
Gaya seni
suntingKarya catan Lichtenstein yang melibatkan pembesaran panel terpilih daripada buku komik mewujudkan suatu perbincangan penting mengenai setakat mana sesebuah karya yang dihasilkan itu boleh diiktiraf sebagai suatu karya kesenian yang sah.[9][10] Ada juga yang menyatakan kekhuatiran sama ada Lichtenstein sendiri tidak memberi ihsan atau royalti kepada artis-artis atau pemegang hak cipta asal komik yang dijadikan bahan subjek lukisannya.[11][12]
Rujukan
sunting- ^ a b Bell, Clare. "The Roy Lichtenstein Foundation – Chronology". Diarkibkan daripada yang asal pada Jun 6, 2013. Dicapai pada November 12, 2007. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) Ralat petik: Tag<ref>
tidak sah, nama "rlf-chronology" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ Arnason, H., (1968). History of Modern Art: Painting, Sculpture, Architecture. New York: Harry N. Abrams, Inc.CS1 maint: extra punctuation (link)
- ^ "Roy Lichtenstein Biography, Art, and Analysis of Works". The Art Story.
- ^ "Roy Lichtenstein at the Art Institute of Chicago: Pop Art as an Affront to WASPy Decorum". Tablet Magazine.
- ^ a b Knight, Christopher (30 September 1997). "Pop Art Icon Lichtenstein Dies". Los Angeles Times.
- ^ Hendrickson 1988, halaman 94
- ^ Coplans 1972, halaman 30
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaGreat-20th-Century-Artists
- ^ Monroe, Robert (1997-09-29). "Pop Art pioneer Roy Lichtenstein dead at 73". Associated Press. Dicapai pada 2013-06-15.
- ^ "Is He the Worst Artist in the U.S.?". Life. LichtensteinFoundation.org. Januari 31, 1964. Diarkibkan daripada yang asal pada November 4, 2013. Dicapai pada Jun 10, 2013. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Steven, Rachael (Mei 13, 2013). "Image Duplicator: pop art's comic debt". Creative Review. Diarkibkan daripada yang asal pada Oktober 2, 2013. Dicapai pada Jun 18, 2013. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Childs, Brian (Februari 2, 2011). "Deconstructing Lichtenstein: Source Comics Revealed and Credited". Comics Alliance. Diarkibkan daripada yang asal pada Januari 12, 2013. Dicapai pada Jun 23, 2013. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan)
Bacaan lanjut
sunting- Adelman, Bob (1999). Roy Lichtenstein's ABC's. Boston: Bulfinch Press. ISBN 978-0-8212-2591-2.
- Waldman, Diane (1988) [1970]. Roy Lichtenstein : Drawing and Prints. Secaucus, N.J.: Wellfleet Books. ISBN 978-1-55521-301-5.
Pautan luar
sunting- Roy Lichtenstein Foundation
- Profil mengenai beliau di Muzium Seni Moden New York
- Profil seni Lichtenstein di The New York Times
- How Nail Art And Roy Lichtenstein Belong Together – artikel Forbes
- Roy Lichtenstein: Pop Art's Most Popular; His Whimsical Paintings Once Evoked the "Shock of the New"; Now They Evoke Record Prices on the Auction Block Diarkibkan 2013-10-17 di Wayback Machine