Sekolah Menengah Sains Banting
Sekolah Menengah Sains Banting atau juga dikenali sebagai BASIS (Banting Science School) merupakan sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang terlatak di Jugra iaitu 6 km dari Bandar Banting. Sekolah Menengah Sains Banting dibina di atas tanah berkeluasan 24.35 ekar persegi di Jalan Sultan Suleiman Shah, Jugra dengan kos pembinaan berjumlah RM 54 juta. Sekolah Menengah Sains Banting merupakan satu-satunya SBP di daerah Kuala Langat.
Sekolah Menengah Sains Banting | |
---|---|
Alamat | |
Sekolah Menengah Sains Banting, Jalan Sultan Suleiman Shah, Jugra Banting, 42700, Selangor Darul Ehsan Malaysia | |
Maklumat | |
Nama lain | BASIS |
Jenis sekolah | Sekolah Kerajaan, Sekolah Berasrama Penuh |
Moto | Berilmu, Beramal, Berbakti (Knowledgeable, Charitable, Dedicated) |
Autoriti pendidikan | Kuala Langat |
Nombor sekolah | 0331201597 |
Kod sekolah | BEA1074 |
Pengerusi PIBG | Tn Haji Nasirus Sofwan bin Md. Yusof |
Pengetua | En Yusanizan bin Shafie |
Bahasa | Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin, Bahasa Inggeris, Bahasa Jepun, Bahasa Perancis. |
Slogan | Inspiring Excellence, Leading Others (Menginspirasikan Kecemerlangan, Memimpin Orang Lain) |
Alumni | BASIS Old Student Society (BOSS) |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Pn. Hasniza bt Marsidi |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | En Mohd Zaki bin Othman |
Penolong Kanan Kokurikulum | Pn Suhaila binti Sualman |
Faks | 0331201623 |
Laman sesawang | basis.edu.my |
Sejarah
suntingSekolah Menengah Sains Banting dirasmikan pada 17 November 2011. Sekolah ini mula beroperasi sepenuhnya 22 Januari 2012. Tuan Haji Muhamad Kamaludin bin Taib merupakan pengetua pertama Sekolah Menengah Sains Banting. Pada masa itu, sekolah hanya mempunyai dua tingkatan. Menjelang 31 Januari 2012, sekolah ini telah menerima kira-kira 200 pelajar baru Tingkatan 4 (2012). Sekolah Menengah Sains Banting memulakan tahun pertamanya dengan tiga tingkatan iaitu Tingkatan Satu, Tingkatan Dua dan Tingkatan Empat. Di bawah pengurusan Tuan Haji Kamaludin bin Taib, bekas pengetua Sekolah Sultan Alam Shah dan Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, nama sekolah ini telah mula meningkat seiring dengan penyertaan dalam aktiviti kokurikulum dan akademik serta pencapaian yang cemerlang dalam peringkat daerah Kuala Langat dan peringkat SBP. Pada tahun 2012, sekolah ini menggunakan moto "From Zero to Hero". Pada tahun 2014, keputusan SPM yang pertama sekolah ini diumumkan. Batch Xenith 1213 telah berjaya membawa nama BASIS ke tempat ke-22 daripada 68 SBP. Pada tahun 2015, batch Khattab 1314 telah meletakkan BASIS di tempat ke-13 daripada 68 SBP sekali gus menjadi antara 20 sekolah terbaik untuk SPM 2014 di Malaysia.
Pengenalan
suntingSekolah Menengah Sains Banting terletak 6 km daripada pekan Banting. Sekolah ini dibina berhampiran dengan institusi pendidikan lain seperti Kolej Komuniti Kuala Langat, Kolej Matrikulasi Selangor, Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat dan MITS Istana Bandar. Sekolah Menengah Sains Banting mempunyai sebuah dewan serbaguna (Dewan Perdana Al-Khawarizmi), dua buah blok akademik, dua buah blok asrama (satu blok asrama putera, satu blok asrama puteri), kuarters guru dan staf, sebuah surau (Surau Al-Fateh), sebuah dewan makan dan sebuah kantin. Fasiliti dan kemudahan sukan termasuk padang bola sepak, padang ragbi, padang hoki, 2 gelanggang bola keranjang, 2 gelanggang tenis, 2 gelanggang sepak takraw, 2 gelanggang bola tampar, 3 gelanggang badminton di dalam dewan dan sebuah astaka. Beberapa pengubahsuaian telah dilakukan di Surau Al-Fateh untuk menampung jumlah pelajar yang lebih ramai.
Pentadbiran Sekolah
suntingJAWATAN | NAMA GURU |
---|---|
Pengetua | EN YUSANIZAN BIN SHAFIE |
GPK Pentadbiran | PN HAJAH HASNIZA BINTI MARSIDI |
GPK HEM | EN MOHD ZAKI BIN OTHMAN |
GPK KOKU | PN SUHAILA BINTI SUALMAN |
GKMP Bahasa | EN MOHD FAUZI BIN MAULAN |
GKMP Sains dan Matematik | PN HAJAH HILEZAN BINTI ZAINAL |
GKMP Kemanusiaan | PN JOANA SUHADA BINTI KAMARUDIN |
GKMP Teknik dan Vokasional | TN HJ ZEFRY HANIF BIN BURHAM@BORHAN |
Sistem rumah
suntingSeperti SBP lain, Sekolah Menengah Sains Banting juga mengamalkan sistem rumah dalam setiap aspek kehidupan pelajar sekolah. Sistem rumah dapat mendidik dan membangunkan individu yang cemerlang dan berjaya. Nama rumah sukan diambil daripada nama unsur-unsur kimia. Semua pelajar dibahagikan kepada 4 buah rumah sukan iaitu :
- [🟩] PLUTONIUM ( HIJAU )
- [🟥] RADIUM ( MERAH )
- [🟨] TITANIUM ( KUNING )
- [🟦] URANIUM ( BIRU )
Senarai Pengetua
suntingBIL | NAMA | TEMPOH BERKHIDMAT |
---|---|---|
1 | Tuan Haji Kamaludin bin Taib | 2011 - 2017 |
2 | Puan Norsham binti Noordin | 2017 - 2020 |
3 | Encik Rijaludin bin Che Mat | 2021 - Januari 2022 |
4 | Encik Yusanizan bin Shafie | Oktober 2022 - kini |
Majlis Pimpinan Pelajar (MPP) 2024/2025
sunting- Majlis Tertinggi
KETUA PELAJAR I : MUHAMAD ZAHIRUL ZAHID BIN MOHD ZALI ZAM
KETUA PELAJAR II : NURUL BAZLA NABILA BINTI MOHD ROSDI
- Badan Pengawas
KETUA PENGAWAS I : AIMAN BIN AHMAD KAMIRI
KETUA PENGAWAS II : NURSAILA NASUHA BINTI MOHD KHAIROSALLEH
SETIAUSAHA : WAN EMIL ZACHARY BIN WAN ZAMZURI
BENDAHARI : MUHAMMAD IRFAN DANIEL BIN IRWAN
- Librarian Squad (LS)
PRESIDEN : MUHAMMAD ZULHILMI BIN SANAIDI
NAIB PRESIDEN : HANI SOPHEA BINTI JAHARI
SETIAUSAHA : SYASYA QASRINA BINTI SYUHAIMI
BENDAHARI : KHAIRUNNISA AISYAH BINTI KAMARUDIN
- Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
KETUA PRS I : KHAIRYEL IAN ASHRAFF BIN KHAIRUL HAKIMIN
KETUA PRS II : FATIMAH AZ-ZAHRAH BINTI SAMSUDDIN
SETIAUSAHA : ELISSA SOFIA BINTI LUVIS
BENDAHARI : NUR FARISHA NAJWA BINTI HAMDAN
- Badan Dakwah dan Tarbiah (BADAR)
KETUA BADAR I : MUHAMMAD MIQDAD BIN MOHD ZAMIR
KETUA BADAR II : NUR SHAKILA NATASHA BINTI ZULKIFLI
SETIAUSAHA : ZAIRUL IKHWAN BIN MD YAZID
BENDAHARI : MUHAMMAD AMIERUL BIN MOKHAMAD THANAWI
- Exco Tertinggi Asrama (EXTIRA)
KETUA ASRAMA I : MOHAMAD NAJMAN AFIQ BIN ZUHARIMI
KETUA ASRAMA II : AZWIN SHARMINE BINTI ROSLAN
SETIAUSAHA : NURUL BATRISYIA BINTI MOHD KHAIRUL RIZA
BENDAHARI : NURAIN NAJWA BINTI ZOLKIFLY
- Sistem Rumah
URANIUM (BIRU)
KETUA RUMAH : MUHAMMAD SYIRAZI HAFIY BIN ZAKARIA
TIMBALAN KETUA RUMAH : NIK MAIRA MYHANI BINTI NIK SAMIRI
RADIUM (MERAH)
KETUA RUMAH : MUHAMMAD ADIB BIN AZIZI
TIMBALAN KETUA RUMAH : NUR BATRISYIA FARHANA BINTI NORFATHI
PLUTONIUM (HIJAU)
KETUA RUMAH : NIK ALIF ZAKWAN BIN NIK ROSLAN
TIMBALAN KETUA RUMAH : NURAIN QISTINA BINTI AHMAD RAZMAN
TITANIUM (KUNING)
KETUA RUMAH : MUHAMMAD ZAHIRUL IMAN BIN MOHD ZUHDIE
TIMBALAN KETUA RUMAH : HUDA NAJIHAH BINTI HASNAL SHAM