Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor
Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor atau nama ringkasnya SM Sains Kuala Selangor, juga dikenali sebagai KUSESS (Kuala Selangor Science Secondary School), merupakan sebuah Sekolah Menengah Sains (Sekolah Berasrama Penuh) yang terletak di Bandar Malawati, Kuala Selangor, Selangor.
Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor | |
---|---|
Lokasi | |
Bandar Malawati, Kuala Selangor, Selangor Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Sains, Sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah Kluster |
Moto | Berilmu, Beramal, Berbakti |
Nombor sekolah | 0332891868 |
Kod sekolah | BEA3083 |
Pengetua | 2023-kini Puan Hajah Feizatul Akmar Nor binti Nurbi |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Puan Hajah Normidza binti Md. Kamel |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Encik Mohd Fairol Anuar bin Hassan |
Penolong Kanan Kokurikulum | Puan Hani Azita binti Ahmad |
Faks | 0332896631 |
Laman sesawang | www.kusess.edu.my |
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google | |
Pada 2009, Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor memiliki 339 pelajar lelaki dan 356 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 729 orang. Ia mempunyai seramai 65 orang guru.2024
Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor memiliki lebih kurang 700 orang pelajar lelaki dan perempuan berusia 13 hingga 17 tahun dan mempunyai 68 orang tenaga pengajar. KUSESS kini memegang status Sekolah Berprestasi Tinggi sejak tahun 2012 (Kohort 2). Di KUSESS, penerapan sistem rumah amat dititikberatkan. Setiap rumah diwakili dengan nama kereta kebangsaan; Wira (rumah biru), Waja (rumah merah), Satria (rumah hijau) dan Perdana (rumah kuning). KUSESS telah melahirkan ramai orang yang berjaya dalam pelbagai bidang.[perlu rujukan]
Sejarah
suntingSekolah Menengah Sains Kuala Selangor (KUSESS) ialah sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Ia mula dibina di bawah Rancangan Malaysia Ke-6 (RMK-6) pada 24 April 1994 dan berjaya disiapkan pada tahun 1996.
Sekolah ini mula beroperasi pada 8 September 1996 dengan pengambilan pertama seramai 210 orang pelajar. Pada waktu itu, hanya terdapat seramai 19 orang guru dan 4 orang staf sokongan. Bagaimanapun, tahun berikutnya menunjukkan peningkatan mendadak bilangan pelajar yang belajar di sekolah ini. Seramai 187 orang pelajar mendaftar di Tingkatan 1 dan 165 orang pelajar mendaftar di Tingkatan 4. Bilangan guru pula meningkat daripada 19 orang kepada 53 orang. Walaupun sekolah ini telah beroperasi sejak tahun 1996, tetapi sekolah ini hanya dirasmikan pada 27 Mei 1997 oleh Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Moto, visi, misi, falsafah dan prinsip sekolah
suntingMoto SMSKS
Berilmu, Beramal, Berbakti
Visi SMSKS
Ke arah melestarikan KUSESS Terbilang di Peringkat Antarabangsa Menjelang 2020.
Misi SMSKS
- memastikan KUSESS sentiasa terbilang dalam semua aspek,
- memastikan warga sekolah berminda kelas pertama,
- melahirkan warga KUSESS sebagai pemimpin bertaraf dunia dengan sifat Siddiq, Amanah,Tabligh, dan Fatanah,
- mewujudkan iklim sekolah yang kondusif dan berbudaya tinggi,
- melaksanakan pengurusan sekolah dengan efektif dan responsif.
Falsafah Sekolah
Disinilah lahirnya pemimpin yang bertaraf antarabangsa dengan sifat siddiq, amanah, tabligh dan fatanah.
5 Prinsip Jati Diri
- Bawa Diri
- Jaga Diri
- Urus Diri
- Layan Diri
- Julang Diri
Konsep 4B - Bersih
- Bersih Diri
- Bersih Hati
- Bersih Minda
- Bersih Kawasan
Konsep 4B - Kejayaan
- Berazam
- Berusaha
- Berdoa
- Bertawakal
Konsep Lapan Sifar
- Kecacatan Sifar
- Masalah Disiplin Sifar
- Kegagalan Sifar
- Malas Sifar
- Lambat Sifar
- Pembaziran Sifar
- Vandalisme Sifar
- Sampah Sifar
Lagu sekolah
suntingLagu Rasmi Sekolah
SM Sains Kuala Selangor
Berilmu beramal berbakti
Itulah pegangan sekolah kami
Kebanggaan putra putri sejati
Harapan ibu pertiwi
Bersumpah taat dan setia
Kepada agama, bangsa dan negara
Bersama mendukung cita-cita mulia
Semoga cemerlang sentiasa
## Kami berdoa kepada yang esa
Diiring restu ayah dan bonda
Dengan bimbingan guru yang tercinta
Doakan kami terus berjaya
### SMS Kuala Selangor
Pusat ilmu idaman kita
Bagai permata indah bersinar
Untuk mencapai wawasan negara
Lirik Guru-Guru SMSKS 1996
Ciptaan En Ramlan Harun
Tingkatan dan aliran
sunting- Menengah Bawah
- Tingkatan Satu
- Tingkatan Dua
- Tingkatan Tiga
- Menengah Atas
- Tingkatan Empat
- Tingkatan Lima
Semua pelajar KUSESS diwajibkan mengambil aliran Sains Tulen.
Mata pelajaran dan bahasa antarabangsa
suntingMenengah Rendah
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Kemahiran Hidup(kbsm)
- Pilihan 1:Kemahiran Teknikal
- Pilihan 2:Ekonomi Rumah Tangga
- Sejarah
- Pendidkan Agama Islam
- Geografi
- Pendidikan Sivik dan Kewargenegaraan (kbsm)
- Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
- Reka Bentuk Teknologi (bermula 2017)
- Asas Kemahiran Sains Komputer (bermula 2017)
Elektif Menengah Rendah
- Pendidikan Muzik
- Pendidikan Seni Visual
Menengah Atas
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sejarah
- Pendidikan Agama Islam
- Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan(kbsm)
- Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Elektif Menengah Atas
- Matematik Tambahan
- Biologi
- Kimia
- Fizik
- Pendidikan Seni Visual
Bahasa Antarabangsa
- Bahasa Jepun
- Bahasa Jerman
- Bahasa Arab
- Bahasa Korea
- Bahasa Cina
Etos
sunting- Memanah
- Catur
- R&D
- Ragbi
- Bola Jaring
- Muzik Gamelan Melayu
Pencapaian
suntingAnugerah Sekolah Berasrama Penuh Terbaik Keseluruhan HKSBP 2017
Alamat
sunting- Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor,
- Bandar Malawati,
- 45000, Kuala Selangor, Selangor, Malaysia
- Telefon = 03 3289 3052
- Faks = 03 3289 6631