Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                

Seri Dewi Malam ialah sebuah filem romantik fantasi Malaysia 2001 arahan Aziz M. Osman. Filem ini dikeluarkan pada 24 Mei 2001.

Seri Dewi Malam
PengarahAziz M. Osman
PenulisAziz M. Osman
Lakon layarAziz M. Osman
Dihasilkan oleh
  • Ahmad Puad Onah
  • Johari Amat (eksekutif)
Dibintangi
SinematografiBade Hj. Azmi
Disunting olehAziz M. Osman
Muzik olehAzman Abu Hassan
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Tarikh tayangan
  • 24 Mei 2001 (2001-05-24) (Malaysia)
Masa tayangan
115 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.25 juta
Pecah panggungRM 611,247.95.

Sinopsis

sunting

Cinta seorang isteri kepada suami yang sangat kuat membuatkannya ingin terus berjuang untuk hidup. Azri menemui jalan untuk berkomunikasi bersama isterinya, Seri yang jatuh koma. Dewi, seorang gadis buta yang memboleh membaca minda memutuskan untuk membantu Azri berhubung dengan Seri. Lama kelamaan, perasaan cinta mula muncul dan Azri harus membuat pilihan yang sukar.

Pelakon

sunting
  • Hairie Othman sebagai Azri,suami Seri yang tidak menerima kenyataan kemudian melarikan Seri bersama Dewi dan Izad
  • Jeslina Hashim sebagai Dewi, Seorang perempuan buta yang boleh mendakwa boleh bercakap dengan Seri dalam mimpi & kakak Izad.Di akhir cerita Dewi berkahwin dengan Azri
  • Maya Karin sebagai Seri,Isteri Azri yang koma akibat terjatuh semasa berlaku cuba samun
  • Khatijah Tan sebagai Bu Risna
  • Rashidi Ishak sebagai Encik Hanif, Pegawai pentadbir hospital
  • Danny X-Factor sebagai Izad, Jururawat lelaki yang membantu Azri melakukan melarikan Seri dan adik Dewi.Namun Izad mati dilanggar kereta semasa dikejar oleh polis
  • Ahmad Tarmimi Siregar sebagai Bapa Seri
  • Hamidah Wahab sebagai Ibu Seri
  • Ridzuan Hashim sebagai Doktor 1
  • Arash Mohamad sebagai Doktor 2
  • Nurul Jasmin Deo sebagai Jururawat 1
  • Sharifah Shahora sebagai Jururawat 2
  • M. Osman sebagai Pesakit
  • Shukery Hashim sebagai Hakim Mahkamah
  • Aziz M. Osman sebagai Lelaki di balai polis
  • Rosli Mahmood sebagai Penyamun #1
  • CD Rahman sebagai Penyamun #2

Sambutan

sunting

Filem ini telah menelan belanja sebanyak RM1.25 juta. Kutipan yang diterima untuk filem ini adalah sebanyak RM611,247.95.

Trivia

sunting

1.Maya Karin dan Danny X Factor membuat percubaan sulung dalam dunia lakonan untuk filem ini.Namun Danny terlebih dahulu dikenali menerusi X-Factor (kumpulan) berbanding Maya aktif sebagai model peragaan .

2.Babak hospital dijalankan di bangunan Sri Pentas, Bandar Utama yang ketika itu merupakan pejabat Grand Brilliance.

3.Lokasi penggambaran dijalankan di Kuala Lumpur dan Klang .

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting