William Ramsay
Sir William Ramsay KCB FRS FRSE (1852-1916) adalah seorang ahli kimia Scotland yang menemui gas-gas adi dan menerima Hadiah Nobel dalam Kimia pada 1904 "sebagai menghargai perkhidmatannya dalam penemuan unsur-unsur gas lengai dalam udara" (bersama-sama dengan Lord Rayleigh yang menerima Hadiah Nobel dalam Fizik pada tahun yang sama kerana penemuan gas argon).
William Ramsay | |
---|---|
Kelahiran | Glasgow, Scotland | 2 Oktober 1852
Meninggal dunia | 23 Julai 1916 High Wycombe, Bucks., England | (umur 63)
Warganegara | Scotland |
Pusat pendidikan | Universiti Glasgow (1866-9) Insitusi Anderson, Glasgow (1869)[1] Universiti Tübingen (PhD 1873) |
Terkenal kerana | Gas-gas adi |
Anugerah | Hadiah Nobel dalam Kimia (1904) Pingat Elliott Cresson (1913) |
Kerjaya saintifik | |
Bidang | Kimia |
Institusi | Universiti Glasgow (1874-80) Kolej Universiti, Bristol (1880–87) Kolej Universiti London (1887–1913) |
Penasihat kedoktoran | Wilhelm Rudolph Fittig |
Pelajar kedoktoran | Edward Charles Cyril Baly James Johnston Dobbie Jaroslav Heyrovský Otto Hahn |
Biografi
suntingTahun-tahun awal
suntingRamsay telah dilahirkan di Glasgow pada 2 Oktober 1852, dan merupakan anak lelaki kepada seorang jurutera sivil, William Ramsay dan Catherine, née Robertson.[2] Beliau adalah anak saudara Sir Andrew Ramsay, seorang ahli geologi.
Beliau belajar di Akademi Glasgow dan menyambung pelajarannya di Universiti Glasgow di bawah Thomas Anderson dan kemudian pergi belajar di Universiti Tübingen di Jerman dengan Wilhelm Rudolph Fittig. Tesis kedoktorannya berjudul Investigations in the Toluic and Nitrotoluic Acids (Kajian Asid Toluik dan Nitrotoluik).
Ramsay pulang ke Glasgow sebagai pembantu Anderson di Kolej Anderson. Beliau dilantik sebagai Profesor Kimia di Kolej Universiti Bristol pada 1879 dan mengahwini Margaret Buchanan pada 1881. Pada tahun yang sama, beliau menjadi Pengetua Universiti Kolej Bristol. Meskipun begitu, beliau masih meneruskan kajian aktif dalam kimia organik dan dalam gas-gas.
Kerjaya
suntingPada 1887, Ramsay menggantikan Alexander Williamson sebagai Professor Kimia di Kolej Universiti London (UCL). Di sinilah kebanyakan penemuannya dilakukan. Seawal 1885 - 1890, beliau telah menerbitkan beberapa kertas kerja yang penting tentang oksida nitrogen, sambil membangunkan kemahiran-kemahiran yang akan beliau perlukan dalam kerja-kerja susulannya.
Pada petang 19 April 1894, Ramsay telah menghadiri satu kuliah oleh Lord Rayleigh. Rayleigh telah mendapati bahawa terdapat perbezaan di antara kepadatan nitrogen yang dihasilkan melalui sintesis kimia dan nitrogen yang diasingkan dari udara dengan membuang sebarang komponen udara lain yang diketahui. Selepas satu perbincangan pendek, beliau dan Ramsay bercadang untuk mengkaji hal ini. Pada bulan Ogos tahun itu, Ramsay telah menulis kepada Rayleigh untuk mengumumkan yang beliau telah berjaya mengasingkan satu komponen udara yang berat yang sebelum ini tidak diketahui, yang kelihatan seperti tidak memiliki sebarang kereaktifan kimia. Beliau menamakan gas ini "argon". Dalam tahun-tahun seterusnya, beliau bekerja bersama-sama dengan Morris Travers dan menemui neon, kripton dan xenon. Beliau turut mengasingkan helium yang telah diperhatikan dalam spektrum Matahari tetapi belum ditemui di Bumi. Pada 1910, beliau menghasilkan dan mencirikan radon.[3]
Pada 1904, Ramsay menerima Hadiah Nobel dalam Kimia. Kedudukan tinggi Ramsay dalam lingkungan saintifik membolehkannya menjadi penasihat dalam penubuhan Institut Sains India. Beliau mencadangkan yang Bangalore ialah tempat yang paling sesuai untuk menubuhkan institut itu.
Kedudukan tinggi Ramsay dalam lingkungan saintifik juga menyebabkan dia memilih keputusan yang tidak menguntungkan pada 1905 dengan menyokong Industrial and Engineering Trust Bhd., satu syarikat yang dikatakan mempunyai satu proses rahsia untuk mengekstrak emas daripada air laut. Syarikat itu membeli hartanah-hartanah sepanjang pantai England untuk melaksanakan proses mengekstrak emas daripada air laut itu, tetapi syarikat itu dengan pantas keluar daripada pandangan umum dan tidak pernah menghasilkan sebarang emas.
Kehidupan peribadi
suntingRamsay mengahwini Margaret Johnstone Marshall (née Buchanan, anak perempuan George Stenenson Buchanan) dan mempunyai seorang anak perempuan, Catherine Elizabeth (Elska), dan seorang anak lelaki, William George, yang meninggal dunia pada usia 40 tahun.
Ramsay tinggal di Hazlemere, Buckinghamshire sehingga beliau meninggal dunia. Beliau meninggal di High Wycombe, Buckinghamshire, pada 23 Julai 1916 disebabkan oleh kanser hidung pada usia 63 dan dikebumikan di gereja kariah Hazelmere.
Satu plak biru di nombor 12, Arundel Gardens, Notting Hill, mengingati kehidupan dan kerja beliau.
Sekolah Sir William Ramsay di Hazlemere telah dinamakan bersempena beliau.
Rujukan
sunting- ^ Thorburn Burns, D. (2011). "Robert Rattray Tatlock (1837-1934), Public Analyst for Glasgow" (PDF). Journal of the Association of Public Analysts. 39: 38–43. Dicapai pada 25 November 2011.
- ^ Waterston, Charles D; Macmillan Shearer, A (July 2006). Former Fellows of the Royal Society of Edinburgh 1783-2002: Biographical Index (PDF). II. Edinburgh: The Royal Society of Edinburgh. ISBN 978-0-902198-84-5. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2006-10-04. Dicapai pada 25 November, 2011. Check date values in:
|accessdate=
(bantuan) - ^ W. Ramsay and R. W. Gray (1910). "La densité de l'emanation du radium". C.R. Hebd. Séances Acad. Sci. 151: 126–128.
- Morris Travers (1956). The Life of Sir William Ramsay. London: Arnold. ISBN 978-0-7131-2164-3.
- John Meurig Thomas (2004). "Argon and the Non-Inert Pair: Rayleigh and Ramsay". Angewandte Chemie International Edition. 43 (47): 6418–6424. doi:10.1002/anie.200461824. PMID 15578783.
- Lord Rayleigh; William Ramsay (1894 - 1895). "Argon, a New Constituent of the Atmosphere". Proceedings of the Royal Society of London. 57 (1): 265–287. doi:10.1098/rspl.1894.0149. JSTOR 115394. Check date values in:
|year=
(bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link) - Theodore W. Richards (1917). "Sir William Ramsay, K. C. B.". Proceedings of the American Philosophical Society. 56 (1): iii-viii3. JSTOR 983962. Unknown parameter
|nopp=
ignored (bantuan)
Pautan luar
suntingWikisumber mempunyai teks dari artikel di Ensiklopedia Britannica 1911 William Ramsay. |
- Kuliah Nobel Diarkibkan 2009-01-09 di Wayback Machine The Rare Gases of the Atmosphere daripada laman web Nobelprize.org
- Biografi Diarkibkan 2006-04-27 di Wayback Machine daripada Nobelprize.org
- Sekolah Sir William Ramsay
- Biografi Ramsay
- Pencapai kimia Diarkibkan 2010-06-20 di Wayback Machine
- Biografi NNDB
- Rencana genealogi Web tentang Ramsay
- Genealogi kimia
- victorianweb biography
- Biografi chemeducator Diarkibkan 2010-05-04 di Wayback Machine
- 7/23/1904; Gambar Sir William Ramsay Ini Telah Diambil di Makmalnya Khas untuk Scientific American Diarkibkan 2011-10-05 di Wayback Machine