Stesen LRT Bank Rakyat-Bangsar
Stesen LRT Bangsar (atau Stesen LRT Bank Rakyat Bangsar atas sebab penajaan)[1] ialah stesen LRT yang terletak di Bangsar, Kuala Lumpur, Malaysia, sebagai sebahagian Aliran Kelana Jaya. Stesen ini dibuka pada 1 September 1998 sebagai sebahagian segmen pertama aliran ini yang melalui 10 stesen bertingkat antara stesen Kelana Jaya dan Pasar Seni.[2]
Lokasi | Stesen Bangsar, Jalan Bangsar, 59000 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Koordinat | 3°7′38″N 101°40′45″E / 3.12722°N 101.67917°EKoordinat: 3°7′38″N 101°40′45″E / 3.12722°N 101.67917°E | ||||||||||
Dimiliki oleh | Prasarana Malaysia | ||||||||||
Laluan | 5 Laluan Kelana Jaya | ||||||||||
Platform | 2 platform sisi | ||||||||||
Trek | 2 | ||||||||||
Sambungan | Rapid Bus: BET3, BET4, 750, 751, 772, 780, 781, 782, 821, 822, T850 | ||||||||||
Pembinaan | |||||||||||
Jenis struktur | Bertingkat | ||||||||||
Templat letak kenderaan | Tiada | ||||||||||
Kemudahan basikal | Tiada | ||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||
Kod stesen | KJ16 | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
Dibuka | 1 September 1998 | ||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
Lokasi | |||||||||||
Dahulunya dikenali sebagai Bangsar sejak memulakan operasinya pada September 1, 1998, stesen ini telah ditukarkan nama kepada Bank Rakyat-Bangsar selepas Bank Rakyat telah diberikan hak penamaan daripada Prasarana Malaysia. Stesen ini adalah antara tiga stesen pertama dibawah projek perintis Hak Penamaan Stesen sejak dilancarkan pada Oktober 2015.[1][3]
Ciri-ciri stesen
suntingLokasi
suntingStesen ini terletak di atas Jalan Bangsar, timur Bangsar, Kuala Lumpur. Berdekatan dengan stesen adalah Menara UOA, Dataran Maybank, Pasar Malam Jalan Ang Seng, Gaya Bangsar Condo, Princess Tower Condo, Pangsapuri KTMB Bangsar Utama, Flat Sri Pahang, pangsapuri Crescent Court, Brickfields (Little India), hotel EST KL Sentral, Kuil Sri Nageswari Amman dan Kuil Arulmigu Sri Ramalingeswarar.
Pelan Stesen
suntingL2 Platform |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri | |
KJ Arah Timur | → 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke KJ1 Gombak (KL Sentral) | |
KJ Arah Barat | ← 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke KJ37 Putra Heights (Abdullah Hukum) | |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri | ||
L1 | Aras legar | Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan |
G | Aras tanah | Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian |
Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya.
Perkhidmatan bas
suntingBas RapidKL laluan BET3, BET4, 750, 751, 772, 780, 781, 782, 821, 822 dan T850 berkhidmat di stesen ini.
Galeri
sunting-
Papan tanda stesen Bangsar.
-
Stesen Bangsar semasa diambil pada 17 March 2007 dari tapak pembangunan Dataran Maybank.
-
Platform 1
-
Peta stesen (tidak rasmi).
Rujukan
sunting- ^ a b Nuradzimmah Daim (13 Okt 2015). "Bangsar LRT Station now known as the Bank Rakyat-Bangsar LRT Station" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Jul 2018. Dicapai pada 6 Nov 2018.
- ^ Meng Yew Choong (31 Ogo 2015). "Klang Valley urban rail service turns 10". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Apr 2017. Dicapai pada 8 Mei 2019.
- ^ Shahrim Tamrin (13 Okt 2015). "Prasarana's station naming rights programme gains traction among corporates" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Jul 2018. Dicapai pada 6 Nov 2018.