Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                

Sultan Abdul Jalil IV

Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV ibni Almarhum Dato' Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid ialah Sultan Johor ke-11 yang memerintah dari 3 September 1699 (Khamis, 8 Rabiulawal 1111 H)[1] hingga 1720. Sultan Abdul Jalil IV merupakan Sultan pertama dari keturunan Bendahara. Baginda adalah anakanda Tun Habib Abdul Majid Al-Aydrus iaitu Bendahara kepada Sultan Mahmud Shah II, Baginda juga ialah sepupu kepada Sultan Mahmud Shah II dari sebelah ibu kerana bonda kepada Sultan Mahmud Shah II, Marhum Bakal ialah adik kandung kepada Tun Habib Abdul Majid Al-Aydrus, iaitu bapa baginda. Baginda dimakamkan di Kuala Pahang dengan gelaran "Marhum Mangkat di Kuala Pahang".

Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV
عبد الجليل رعاية شاه
Sultan Johor
Fail:-
Sultan Johor
Pemerintahan16991718
Kemahkotaan-
Didahului olehSultan Mahmud Shah II
Diikuti olehSultan Abdul Jalil Rahmat Shah
Datuk Bendahara Johor Empayar Johor
Pemerintahan-
Kemahkotaan-
Didahului oleh-
Diikuti oleh-
KeputeraanTun Abdul Jalil bin Tun Abdul Majid I
kampung ..., kota Johor Lama, Mukim Johor Lama, Daerah Kota Tinggi, Negeri Johor, Empayar Johor, Malaia
Kemangkatan21 November 1721
Kuala Pahang
PemakamanMakam D'Raja Pahang
Kuala Pahang
Anakanda5.Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah
3.Tun Abbas
Nama diraja
Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV ibni Almarhum Dato' Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid
KerabatBendahara
AyahandaTun Habib Abdul Majid
AgamaIslam

Latar belakang

sunting

Pada asalnya, baginda ialah Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil, dan baginda mengambil gelaran Sultan apabila baginda ditabalkan kerana Sultan Mahmud Shah II tiada meninggalkan waris. Sultan Abdul Jalil IV merupakan Sultan pertama dari keturunan Bendahara.

Pemerintahan

sunting

Selepas bergelar Sultan Abdul Jalil IV, baginda menukar pusat pemerintahan ke Panchor pada tahun 1700. Pada tahun 1702, istana di Bukit Tukul terbakar. Pada tahun 1708, Sultan Abdul Jalil IV berpindah ke Riau dan menjadikan pusat pemerintahan kerajaan Johor.

Pada tahun 1716, Sultan Abdul Jalil IV berpindah ke tanah besar Johor dan bersemayam semula di Panchor. Sultan Abdul Jalil IV mempunyai istana di Makam Tauhid dan Johor Lama. Kota Johor Lama dibaiki dan digelar "Kota Lama".

Sewaktu pemerintahan Sultan Abdul Jalil IV, keadaan agak kucar kacir kerana pembesar-pembesar kerajaan bersikap tamak, khianat dan cemburu, ini memberi peluang kepada Raja Kecil atau Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah untuk menyerang Johor.

Rampasan kuasa

sunting

Pada tahun 1717, Raja Kecil dan askar dari Siak dan (Minangkabau) menyerang Johor. Pada 21 Mac 1718, Raja Kecil menawan Panchor. Raja Kecil melantik dirinya sendiri sebagai Yang Dipertuan Johor bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah, pun begitu masih membenarkan Sultan Abdul Jalil IV menetap di Johor tetapi tiada kuasa memerintah dan diberi jawatan Bendahara. Kemenangan Raja Kecil adalah atas bantuan pembesar Johor sendiri terutama pembesar berketurunan dari Orang Laut kerana yakin Raja Kecil adalah pewaris sedarah Sultan Mahmud Shah II.

Mangkat

sunting

Raja Kecil menitahkan Laksamana Nakhoda Sekam ke Kuala Pahang untuk membunuh Sultan Abdul Jalil IV dengan menuduh Sultan Abdul Jalil sedang merancang untuk membina kerajaan di Kuala Pahang dan disebut "Marhum Mangkat di Kuala Pahang". Baginda dimakamkan di Kuala Pahang[2]

Keluarga

sunting

Anakanda-anakanda baginda adalah[3].:-

Rujukan

sunting
  • Carl A. Trocki (2007). Prince of Pirates : The Temenggongs and the Developments of Johor and Singapore. NUS Press. ISBN 9789971693763.
  • "A History of Johore (1365—1895 A.D.)" [Sejarah Johor (1365—1895 A.D.)]. Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society (dalam bahasa Inggeris). 10. 1932. Dicapai pada 21 Ogos 2018 – melalui JSTOR.

Nota kaki

sunting
  1. ^ Winstedt 1932, m/s. 51.
  2. ^ "Kawasan Pemakaman Diraja Di Kuala Pahang". Seni Lama Melayu. Radzi Sapiee. 2008. Dicapai pada 6 Disember 2010.
  3. ^ Carl A. Trocki, ms 22.

Pautan luar

sunting


Penyandang Terdahulu Sultan Johor ke-11
(1699 – 1720)
Penyandang Kemudian
Sultan Mahmud Shah II Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah