Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                

Sultan Ahmad Tajuddin Shah

(Dilencongkan daripada Sultan Ahmad Tajuddin Syah)


Sultan Ahmad Tajuddin Shah ibni Almarhum Sultan Mansur Shah I (memerintah 1577-1584) merupakan Sultan Perak yang ke-3. Setelah mangkat Sultan Mansur Syah I (Marhum Kota Lama Kanan), Sultan Perak yang ke-2, Orang-orang Besar Perak telah ke Negeri Acheh, mengadap Sultan Acheh.

Ahmad Tajuddin Shah
Sultan Perak ke 3
Sultan Perak ke 3
Pemerintahan15771584
Kemahkotaan-
Didahului olehSultan Mansur Shah I
Diikuti olehSultan Tajul Ariffin
Raja Muda Perak ke 3
Pemerintahan1548 - 1577
Kemahkotaan-
Didahului oleh-
Diikuti oleh-
Raja Di-Hulu Perak
Pemerintahan-
Kemahkotaan-
Didahului oleh-
Diikuti oleh-
Raja Di-Hilir Perak
Pemerintahan1545 - 1547
Kemahkotaan-
Didahului oleh-
Diikuti oleh-
Keputeraan-
Kemangkatan1584
Jalong, Perak
PemakamanGeronggong, Pulau Tiga, Perak, Malaya
AnakandaRaja Kecil Lasa Raja Inu
Nama penuh
Paduka Sri Sultan Ahmad Tajuddin Shah ibni Almarhum Sultan Mansur Shah I
Nama selepas mangkat
Marhum Muda
KerabatPerak
AyahandaSultan Mansur Shah I
Bonda-
AgamaIslam

Sultan Acheh telah menghantar seorang raja yang akan menjadi Sultan Perak yang ke-3, bernama Raja Ali iaitu kekanda Sultan Acheh (Sultan Alauddin Mansur Syah) yang bergelar Sultan Ahmad Tajuddin Syah Ibni Almarhum Sultan Mansur Syah I.

Baginda bersemayam di Jalong, Daerah Kechil Sungai Siput, Kuala Kangsar, tetapi oleh sebab tempat itu selalu banjir, Baginda berpindah ke Geronggong, Mukim Pulau Tiga, Kampung Gajah.

Baginda menjadi Sultan pada tahun 1577 dan memerintah selama lebih kurang tujuh tahun. Baginda mangkat pada tahun 1584 bergelar "Marhum Muda"[1] dan telah dimakamkan di Kampung Jawa, Kampung Gajah, Perak.[2]

Didahului oleh
Sultan Mansur Syah I
Sultan Perak
1577-1584
Diikuti oleh:
Sultan Tajul Ariffin

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Sultan Ahmad Tajuddin". Sultan-Sultan Perak. Pejabat D.Y.M.M. Sultan Perak Darul Ridzuan. 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-26. Dicapai pada 12 Januari 2010.
  2. ^ "Tiga Makam Sultan di Kampung Jawa(Three Tombs of Sultan at Kampung Jawa)". Radzie Sapiee. Radzie Sapiee. 2o10. Dicapai pada 28 November 2010. Check date values in: |year= (bantuan)