Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                

Tambunan

pekan di Bahagian Pedalaman, Sabah, Malaysia

Tambunan merupakan sebuah pekan yang terletak di Daerah Tambunan, Bahagian Pedalaman, Sabah, timur Malaysia di kepulauan Borneo. Pekan Tambunan merupakan pusat pentadbiran bagi Daerah Tambunan. Ia terletak 81 km dari Kota Kinabalu, pada ketinggian 1000 m di Banjaran Crocker. Dianggarkan terdapat 1,347 orang penduduk di Pekan Tambunan pada tahun 2010. Kebanyakan daripada penduduk ini adalah daripada Kaum Dusun.

Tambunan
Transkripsi lain
 • Jawiتمبونن
 • Cina担布南
Bulatan pekan Tambunan
Bulatan pekan Tambunan
Mohor rasmi Tambunan
Etimologi: Puak Gombunan dan puak Tamadon
Cogan kata: Sentiasa Mengamalkan Perkhidmatan Bertimbang Rasa dan Bertanggungjawab
Lokasi bandar dan daerah Tambunan
Lokasi bandar dan daerah Tambunan
Lokasi daerah dan pekan Tambunan
Tambunan yang terletak di Malaysia Timur
Tambunan
Tambunan
Koordinat: 5°40′26.47″N 116°21′53.58″E / 5.6740194°N 116.3648833°E / 5.6740194; 116.3648833Koordinat: 5°40′26.47″N 116°21′53.58″E / 5.6740194°N 116.3648833°E / 5.6740194; 116.3648833
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianBahagian Pedalaman
DaerahTambunan
Pentadbiran
 • BadanMajlis Daerah Tambunan
 • Pegawai DaerahBlasius Sobitun Makajil
 • DUNYang Berhormat Datuk Dr. Jeffrey Gapari Kitingan (GBS-STAR) (Tambunan) Gabungan Bersatu Sabah
Keluasan
 • Jumlah1,347 km2 (520 batu persegi)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah35,667
 Populasi daerah Tambunan (2010)
Zon waktuMST
Kod kawasan087
Tamu MingguanKhamis
Nombor platSA (1980-2018)
SY (2018-2023)
SJ (2023-)
SU
Laman sesawangwww.sabah.gov.my/md.tbn/
www.sabah.gov.my/pd.tbn/
kompleks sukan Tambunan

Demografi

sunting

Jumlah penduduk sekitar Tambunan

sunting

Menurut sumber banci pada tahun 2010, jumlah populasi penduduk di kawasan Tambunan mempunyai penduduk seramai 2,553 dan majoriti daripada etnik Kadazan-Dusun. Maklumat banci ini akan dikemaskini pada hari banci pada 7 Julai 2020 untuk mendapatkan data bilangan statistik penduduk terkini.[1]

Berikut merupakan jumlah penduduk di sekitar Tambunan pada tahun 2010 mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia;

Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia, 2010[2]
Tahun Melayu Kadazan/Dusun Bajau Murut Bumiputera Lain Cina India Lain-lain Bukan Warganegara Malaysia Jumlah Keseluruhan
2010 121 1,516 114 71 235 96 - 9 391 2,553
2020 (Akan Datang)

Jantina

sunting

Berikut merupakan jumlah penduduk daerah Tambunan pada tahun 2010 mengikut pecahan jantina seperti berikut;

Jantina[2]
Tahun Lelaki Perempuan Jumlah
2010 17,859 17,808 35,667

Geografi

sunting

Dari segi geografi ,Tambunan ialah sebuah kawasan tanah tinggi terletak di bahagian Pendalaman Sabah. Jarak 80km dari kota kinabalu (Ibu Negeri), jarak di sebelah barat 48km, jarak dari Ranau di sebelah utara,dan jarak 48km dari keningau di selatan.

Lembah ini dikelilingi oleh oleh banjaran gunung. Gunung Kinabalu (4018M) yang agung menjadi satu pemendangan di bahagian utara. Dari segi Budaya, berbagai-bagai mitos dan legenda terutamanya yang berhubung dengan tradisi tradisi lama, adat resam dan asal usul puak-puak dan nama nama tempat di bahagian ini masih ada hingga sekarang. Kisah asal-usul Tambunan adalah satu cerita yang menarik yang diceritakan dari mulut ke mulut daripada satu generasi ke generasi yang lain di kalangan orang Kadazan/Dusun di Tambunan.

Data iklim untuk Tambunan
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) 30
(86)
31
(87)
32
(89)
32
(90)
32
(90)
32
(89)
32
(89)
32
(89)
32
(89)
31
(88)
31
(87)
30
(86)
31
(88)
Purata minimum suhu harian, °C (°F) 19
(67)
18
(65)
19
(66)
19
(67)
20
(68)
19
(67)
19
(66)
19
(66)
19
(67)
19
(67)
19
(67)
20
(68)
19
(67)
Purata kerpasan, mm (inci) 150
(5.8)
94
(3.7)
150
(5.8)
190
(7.5)
210
(8.2)
190
(7.3)
130
(5.1)
120
(4.9)
160
(6.4)
180
(7)
170
(6.8)
150
(6)
1,890
(74.4)
Sumber: Weatherbase [3]

Budaya

sunting

Tamu mingguan pekan Tambunan diadakan pada malam hari rabu dan siang hari khamis.[4] [5] Pusat jualan tamu pekan Tambunan daripada hasil-hasil masyarakat kampung.[4]

Rujukan

sunting
  1. ^ "Apa itu Banci". www.mycensus.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Jun 2018. Dicapai pada 14 Februari 2020.
  2. ^ a b "Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia, 2010" (PDF). 27 Februari 2012.
  3. ^ "Weatherbase: Historical Weather for Tambunan, Malaysia". Weatherbase. 2011. Retrieved on 24 November 2011.
  4. ^ a b "Tamu Pekan Tambunan". ww2.sabah.gov.my/pd.tbn. Dicapai pada 26 Februari 2020.
  5. ^ "Things to do Tamu (Weekly Market) in Sabah". sabahtourism.com. 15 Mei 2018. Dicapai pada 26 Februari 2020.

Pautan luar

sunting