Temenggung
Temenggung atau Temenggong ialah gelaran pembesar dalam kesultanan Melayu yang mempunyai sistem Empat Lipatan. Temenggung pada asalnya merupakan jawatan tertinggi dalam pentadbiran kerajaan kesultanan Melayu yang bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan dan keamanan dalam negeri.
Temenggung mula wujud ketika zaman pemerintahan Parameswara, Raja Melaka pertama. Sebagai pewaris Kesultanan Melaka, ianya diteruskan oleh Kesultanan Johor. Dengan ejaan 'Temenggong', ianya juga digunakan dalam sistem pembesar diraja Brunei, iaitu sebagai seorang wazir.
Penggunaan
suntingBrunei
suntingTemenggong merupakan salah seorang wazir, iaitu golongan tertinggi selepas Sultan dalam hierarki pembesar diraja Brunei. Terasul atau gelaran penuh bagi Temenggong di Brunei ialah 'Pengiran Temenggong Sahibul Bahar'.[1] Kedudukan Temenggong masih wujud pada masa ini, namun ianya hanya berperanan dalam adat istiadat diraja Brunei; Temenggong tidak lagi mempunyai peranan seperti dahulukala kerana tanggungjawab tersebut telah diambil alih oleh pasukan keselamatan seperti polis dan tentera, kecuali Temenggong sendiri menjawat jawatan tersebut. Buat masa ini, kedudukan Temenggong adalah kosong.
Negeri | Nama gelaran | Penyandang |
---|---|---|
Brunei | Pengiran Temenggong Sahibul Bahar Brunei |
Malaysia
suntingDi Kesultanan Johor, terdapat dua jawatan yang menggunakan gelaran Temenggung iaitu Raja Temenggung Muar dan Temenggung Johor. Para Sultan Johor Moden juga berasal daripada keturunan Temenggung bermula dari Temenggung Seri Maharaja Abu Bakar yang mula memakai gelaran Sultan pada tahun 1885. Kesultanan-kesultanan yang pernah menerima pengaruh Melaka juga menggunakan gelaran Temenggung sebagai gelaran pembesar mereka dengan fungsi yang hampir sama seperti Kesultanan Perak, Kesultanan Pahang dan Kesultanan Terengganu.
Gelaran Temenggung di setiap negeri Melayu Malaysia pada masa ini:
Negeri | Nama gelaran | Penyandang |
---|---|---|
Johor | Tunku Temenggong Johor | Tunku Idris Sultan Ibrahim |
Kedah | Tunku Temenggong Kedah | Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim |
Kelantan | Tengku Temenggong Kelantan | Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz |
Pahang | Tengku Arif Temenggong Pahang | Tengku Fahad Mua'adzam Shah Sultan Ahmad Shah |
Perlis | Tengku Sharif Temenggong Perlis | Syed Amir Zainal Abidin Tuanku Syed Putra Jamalullail |
Selangor | Tengku Aris Temenggong Selangor | Kosong |
Terengganu | Tengku Sri Temenggung Raja Terengganu | Tengku Badrul Hisam Baharuddin Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah |
Sarawak
suntingTemenggong ialah gelaran tertinggi bagi ketua masyarakat di bahagian di Sarawak mengikut kaum. Misalnya, terdapat Temenggong bagi masyarakat Melayu, Cina, Iban, Bidayuh, dan Orang Ulu..[2]
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Al-Sufri, Mohd. Jamil (2002). Adat Istiadat Diraja Brunei. Bandar Seri Begawan: Jabatan Adat Istiadat Negara. m/s. 11. ISBN 9991734228.
- ^ Ketua Masyarakat Kuching