Universiti Nasional Singapura
Universiti Nasional Singapura (bahasa Inggeris: National University of Singapore , disingkatkan kepada NUS; Cina Ringkas: 新加坡国立大学 ; pinyin: Xīnjiāpō Guólì Dàxué; Tamil: சிங்கப்பூர் தேசிய பல்கலைக்கழகம்) ialah universiti yang tertua di Singapura dan masih merupakan universiti yang terbesar di negara itu dari segi bilangan pendaftaran pelajar serta kurikulum yang ditawarkan. Sejak 1 April 2006, universiti ini yang merupakan universiti menyeluruh dan berpenyelidikan intensif telah menjadi sebuah syarikat universiti bukan untung yang berhad dengan jaminan.
National University of Singapore | |
Nama lama | Straits Settlements and Federated Malay States Government Medical School (1905–1921) King Edward VII College of Medicine (1921–1949) Universiti Malaya kampus Singapura (1949–1962) Universiti Singapura (1962–1980) Universiti Nanyang (1956–1980) Universiti Kebangsaan Singapura (1980-kini) |
---|---|
Moto | Ke arah Perusahaan Ilmu Sejagat (Towards a Global Knowledge Enterprise) |
Jenis | Universiti autonomi[1] |
Ditubuhkan pada | 1905 8 Ogos 1980 (National University of Singapore) | (King Edward VII College of Medicine)
Pembiayaan | S$4.39 bilion (2019)[2] ≈ USD3.15 bilion |
Canselor | Halimah Yacob |
Presiden | Tan Eng Chye |
Provos | Ho Teck Hua |
Staf akademik | 2,555 (2018)[3] |
Pelajar | 35,908 org (2018)[3] |
Siswazah | 27,604 org |
Ijazah/Sarjana | 8,304 org |
Lokasi | 1°17′44″N 103°46′36″E / 1.29556°N 103.77667°EKoordinat: 1°17′44″N 103°46′36″E / 1.29556°N 103.77667°E |
Kampus | Urban 150 he (0.58 bt2) |
Warna | Jingga & biru |
Penggabungan | ACU, IARU, APRU, Universitas 21, GEM4, AUN, ASAIHL, NUS High School of Mathematics and Science, Association of Professional Schools of International Affairs, Washington University in St. Louis McDonnell International Scholars Academy,[4] UAiTED |
Laman sesawang | www |
Kampus utama Universiti Nasional Singapura ialah kampus Kent Ridge yang terletak di barat daya Singapura di Kent Ridge. Dibatasi oleh Jalan Ekspres Ayer Rajah (AYE), Jalan Clementi, Jalan Buona Vista, dan Taman Kent Ridge, luasnya kampus tersebut di sekitar 150 hektar. Kampus Bukit Timah menampung pusat pengajian undang-undang, manakala Pengajian Pengajian Perubatan Sisawah Duke-NUS terletak di kampus Outram.
NUS merayakan hari jadi ke-100 pada tahun 2005. Sebagai perayaan untuk peristiwa yang penting ini, universiti tersebut mengadakan perayaan seratus tahun selama setahun yang berakhir pada 15 Julai 2006.
Dalam arena sejagat, NUS memainkan peranan yang aktif dalam perkongsian dan perikatan antarabangsa, termasuk:
- bertindak sebagai sekretariat Persatuan Universiti-unversiti Lingkaran Pasifik (APRU)
- ahli pengasas Universitas 21
- ahli Perikatan Antarabangsa Universiti-universiti Penyelidikan (IARU)
- ahli Perikatan Universiti Shanghai, Seoul, dan Singapura (S3UA).
Sejarah
suntingUniversiti ini menyusur-galur asalnya ke pengasasan Sekolah Perubatan Kerajaan Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1905, suatu pencapaian Sir Stamford Raffles, pengasas kota Singapura, pada tahun 1823. Namanya ditukar menjadi Sekolah Perubatan Raja Edward VII pada tahun 1912 dan kemudiannya menjadi Kolej Perubatan Raja Edward VII pada tahun 1921.
Pada tahun 1929, Kolej Raffles diasaskan untuk mempromosikan seni dan sains sosial pada peringkat pendidikan tinggi kepada pelajar-pelajar Singapura. Dua dekad kemudian pada 8 Oktober 1949, kolej ini digabungkan dengan Kolej Perubatan Raja Edward VII untuk membentuk Universiti Malaya.
Pada tahun 1959, Universiti Malaya dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Universiti Malaya di Kuala Lumpur dan Universiti Malaya di Singapura. Bahagian universiti di Singapura akhirnya berpisah untuk membentuk Universiti Singapura pada tahun 1962.
Institusi masa kini dibentuk sebagai suatu gabungan antara Universiti Singapura dan Universiti Nanyang pada tahun 1980. Lambang asal Universiti Nanyang yang terdiri daripada tiga cecincin terjalin digabungkan ke dalam jata NUS.
Pemeringkatan sejagat
suntingNUS ditempatkan seperti yang berikut:
- salah satu daripada 25 buah universiti yang terbaik di dunia (tempat ke-18 pada 2004; ke-22 pada 2005; ke-19 pada 2006) – "Bahagian tambahan Pendidikan Tinggi Times [1]
- universiti yang terbaik di Asia untuk Sains Sosial (tempat ke-13 di dunia) – "Bahagian tambahan Pendidikan Tinggi Times [2]
- salah satu daripada 3 buah universiti yang terbaik di Asia (tempat ke-25 pada 2004 dan ke-15 pada 2005 di dunia) untuk Bioperubatan – "Bahagian tambahan Pendidikan Tinggi Times [3]
- salah satu daripada 10 buah universiti yang terbaik (ke-9 pada 2005) untuk Teknologi - "Bahagian tambahan Pendidikan Tinggi Times
- tempat ke-10 dalam Sains Komputer serta Kejuruteraan, dan tempat ke-21 dalam Sains Bahan serta keluaran terbitan matematik - Institut Makumat Saintifik untuk Penunjuk-penunjuk Sains Perlu 2005
- salah satu daripada 100 program yang terbaik untuk kursus Sarjana Pentadbiran Perniagaan penuh masa di dunia (tempat ke-92 pada 2006) - Financial Times [4]
- salah satu daripada 30 program eksekutif yang terbaik untuk Sarjana Pentadbiran Perniagaan di dunia - Financial Times
- tempat ke-36 untuk universiti yang paling terglobalisasi di dunia pada 2005 (oleh majalah Newsweek), dan tempat ke-31 pada 2006 [5]
Alumni terkenal
suntingAlumni daripada zaman Kolej Perubatan Raja Edward VII/Kolej Raffles (1905 - 1949)
- Benjamin Sheares - Presiden Singapura ke-2
- Goh Keng Swee - Bekas Timbalan Perdana Menteri Singapura
- Mahathir Mohamad - Perdana Menteri Malaysia ke-4
- Toh Chin Chye - Bekas Timbalan Perdana Menteri Singapura
- Tun Abdul Razak - Perdana Menteri Malaysia ke-2
Alumni daripada zaman Universiti Malaya (Singapura) (1949 - 1962)
- Sellapan Ramanathan - Presiden Singapura serta Canselor NUS
- Wang Gungwu - Pengarah Institut Asia Timur di NUS
Alumni daripada zaman Universiti Singapura (1962 - 1980)
- Abdullah Tarmugi - Speaker Parlimen Singapura serta bekas menteri dalam Pemerintah Singapura
- Arthur Yap - Pemuisi dan ahli bahasa yang terkenal
- Balaji Sadasivan - Pakar neurosurgeri dan Menteri Kanan Ehwal Luar Negeri Singapura
- Chan Heng Chee - Profesor Sains Politik dan Duta Besar Singapura untuk Amerika Syarikat
- Chew Choon Seng - Ketua Pegawai Eksekutif untuk Sistem Penerbangan Singapura
- Choo San Goh - Pereka tari terkenal yang terlibat dalam Balet Washington
- Goh Chok Tong - Menteri Kanan Singapura dan bekas Perdana Menteri Singapura
- Kishore Mahbubani - Dekan Pusat Pengajian Dasar Awam Lee Kuan Yew di NUS
- Lin Hsin Hsin - Pelukis yang terkenal serta perintis media digital
- Ong Keng Yong - Setiausaha Agung untuk Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)
- Subhas Anandan - Peguam jenayah Singapura yang terkenal dan pakar runding kanan di Perkongsian Harry Elias
- Shanmugam Jayakumar - Bekas Menteri Hal-ehwal Luar Negeri Singapura
- Tan Choo Leng - Isteri Menteri Kanan Goh Chok Tong, serta bekas penaung Yayasan Ginjal Nasional di Singapura
- Wong Kan Seng - Timbalan Perdana Menteri Singapura
- Aznah Hamid - Pelakon utama, pelakon filem, pelakon pembantu, pelakon undangan, penampilan khas, pelakon tambahan
- Yaacob Ibrahim - Menteri Sekitaran dan Sumber Air serta Menteri Ehwal Muslim di Singapura
Zaman Universiti Nasional Singapura (1980 - )
- Alex Au - Penulis bebas yang menerbitkan rencananya dalam internet di bawah nama pena "Yawningbread", serta aktivis hak homoseksual yang terkenal
- Davinder Singh - Peguam Kanan, dan Ketua Pegawai Eksekutif untuk Drew & Napier
- James Gomez - Penolong Kedua Setiausaha Agung Parti Pekerja Singapura, dan Pegawai Program untuk Program Parti-parti Politik di Institut Antarabangsa untuk Demokrasi dan Bantuan Pilihan Raya (IDEA)
- Jeanette Aw - Seniwati
- K. Shanmugam- Peguam Kanan, dan Ahli Parlimen untuk Kawasan Piihan Raya Kumpulan Perwakilan Sembawang
- Kaira Gong - Penyanyi
- Kelvin Lim - Penyanyi dan ahli blog yang terkenal
- Low Thia Khiang - Setiausaha Agung Parti Pekerja Singapura, dan Ahli Parlimen untuk kawasan pilihan raya Hougang di Singapura
- Ng Eng Hen - Menteri Tenaga Manusia, dan Menteri Kedua Pertahanan di Singapura
- Stella - Penyanyi
- Steve Chia - Setiausaha Agung Parti Perpaduan Nasional dan bekas Ahli Parlimen Bukan Kawasan Pilihan Raya (2002 - 2006)
- Sylvia Lim - Pengerusi Parti Pekerja Singapura, serta pensyarah di Politeknik Temasek, Singapura
- Vivian Balakrishnan - Menteri Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan di Singapura
- Woon Cheong Ming Walter - Bekas Ahli Parlimen Dilantik serta Duta Besar Singapura untuk Belgium, Belanda, Luxembourg dan Holy See
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ "Post-secondary education". Ministry of Education, Singapore. Ministry of Education, Singapore. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-05. Dicapai pada 11 June 2015.
- ^ "Financial Report 2019" (PDF). National University of Singapore and its Subsidiaries. 25 June 2020. m/s. 79.
- ^ a b "Annual Report 2018" (PDF). National University of Singapore. Dicapai pada 1 February 2019.
- ^ "McDonnell International Scholars Academy". Global.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Universiti Nasional Singapura. |