Vox.com
Vox [voks] ialah sebuah laman portal berita dan pengetahuan milik Vox Media. Penerbitan ini masyhur atas pendekatan kewartawanan ia yang menjelas topik-topik tertentu secara terperinci (explanatory journalism)[2] baik melalui laman ia, wahana video YouTube mahupun siniar. Ia diasaskan bersama Ezra Klein, seorang bekas wartawan The Washington Post, Matt Yglesias and Melissa Bell. Penerbitan ini diasaskan dengan misi dapat "memperbaiki teknologi berita" dan membangun platform dalam talian yang lebih baik dengan membantu penyampaian berita bisa menjadi lebih mudah dipahami.[3]
Vox | |
---|---|
Fail:Vox homepage.PNG | |
Maklumat umum | |
URL | vox.com |
Jenis | News and opinion website |
Tersedia dalam | English |
Ditubuhkan | 6 April 2014 |
Pengurusan dan pentadbiran | |
Pemilik | Vox Media |
Pengasas | Ezra Klein (en) , Melissa Bell (en) dan Matthew Yglesias (en) |
Penerbit | Lauren Williams |
Kandungan dan sokongan | |
Komersial | Yes |
Pendaftaran | Optional |
Dilancarkan pada | 6 April 2014 |
Status terkini | Active |
Perangkaan | |
Kedudukan Alexa | 1,334 (setakat Oktober 2019[kemas kini])[1] |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Amerika Syarikat |
Pautan luar berkaitan | |
Pautan lain | |
sunting · sunting di Wikidata |
Tapak ini mempunyai sebanyak 8.2 juta lawatan setakat Julai 2014,[4] perangkaan pembacaan tersebut meningkat cecah 33.4 juta lawatan pada Ogos 2019.[5]
Sejarah penerbitan
suntingEzra Klein meletakkan jawatan dari kerjanya sebagai wartawan The Washington Post pada Januari 2014 untuk berpindah kerja di Vox Media sebagai penerbit tapak-tapak SB Nation, The Verge dan Polygon.[3][3] Vox dilancarkan pada awal April 2014 selepas 3 bulan persiapan dilakukan. Para kakitangan awal yang berjumlah 20 orang dipilih atas keterlibatan dan sumbangan dalam topik-topik tertentu, misalnya Matthew Yglesias dari Slate serta juga beberapa rakan sekerja Klein dari The Post.[3] Klein sendiri menjawat sebagai ketua redaksi.
Karangan liudah pengarang terbitan ini "How politics makes us stupid", memaparkan kebingungan dengan polarisasi politik dalam konteks teori dekan Yale Law School, Dan Kahan, tentang cara masyarakat melindungi diri daripada informasi yang dilihat bertentangan dengan inti kepercayaan mereka.[6]
Media dihasilkan
suntingVideo
suntingPenerbitan ini mempunyai suatu saluran sendiri di YouTube yang menghasilkan video-video menyentuh topik sama didekati artikel-artikel laman ia termasuk isu semasa, politik setempat dan luar negara, sejarah dan pengetahuan am[7] sejak 2014.[8][9] Laman ini mempunyai sebanyak lebih 6.72 juta langganan dan tontonan terkumpul sebanyak lebih 1.5 bilion kali setakat 21 Oktober 2019[kemas kini].[8]
Siniar
suntingTapak ini mempunyai lapan siniar dihasilkan para wartawan dalam tapak ini:[10]
- The Weeds[10][11]
- The Ezra Klein Show.[12]
- I Think You're Interesting[10][13]
- Worldly[10][14]
- The Impact[15]
- Today, Explained[10][16]
- Future Perfect[17][18]
- Primetime[10][19]
Penceburan ke media arus utama
suntingPada Mei 2018, Vox menghasilkan suatu siri dokumentari Explained dengan kerjasama Netflix juga sebagai pengedar; siri ini diterbitkan di platform Netflix secara mingguan.[20][21]
Rujukan
sunting- ^ "vox.com Traffic Statistics". Alexa Internet. Dicapai pada 3 Oktober 2019.
- ^ Bercovici, Jeff (May 12, 2014). "Why Do So Many Journalists Hate Vox?". Forbes. Dicapai pada June 9, 2019.
- ^ a b c d Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaNYT: joining Vox
- ^ Weigel, David (August 23, 2014). "Here's What You Need to Know About Politico's Coverage of Vox, in Two Charts". Slate. Dicapai pada July 26, 2018.
- ^ "vox.com Traffic Statistics". SimilarWeb (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-09-22.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaEconomist: strangled
- ^ "Vox Channel Home Page". youtube.com. Dicapai pada April 21, 2019.
- ^ a b "Vox Channel About Page". youtube.com. Dicapai pada October 30, 2018.
- ^ Patel, Sahil (May 15, 2017). "How YouTube latecomer Vox beat the odds and built a big channel". Digiday. Dicapai pada July 26, 2018.
- ^ a b c d e f "Podcasts". Vox. Vox Media. Dicapai pada 2 Mac 2018.
- ^ "The Weeds". Vox. Vox Media. Dicapai pada 2 Mac 2018.
- ^ "The Ezra Klein Show". Vox. Vox Media. Dicapai pada 2 Mac 2018.
- ^ "I Think You're Interesting". Vox. Vox Media. Dicapai pada 2 Mac 2018.
- ^ "Worldly". Vox. Vox Media. Dicapai pada 2 Mac 2018.
- ^ "The Impact". Vox. Vox Media. Dicapai pada 2 Mac 2018.
- ^ "Today, Explained". Vox. Vox Media. Dicapai pada 2 Mac 2018.
- ^ Matthews, Dylan (15 Oktober 2018). "Future Perfect, explained". Vox. Dicapai pada 8 Disember 2018.
- ^ Matthews, Dylan (15 Oktober 2018). "How to save a stranger's life (Future Perfect Podcast Ep. 1)". Vox. Dicapai pada 8 Disember 2018.
- ^ "Primetime". www.vox.com. Dicapai pada 8 Jun 2019.
- ^ "Why Vox's Netflix show 'Explained' is different from Vox's YouTube videos, explained (by Ezra Klein)". Recode. Dicapai pada August 29, 2018.
- ^ Weissman, Cale Guthrie (May 23, 2018). "Vox's new Netflix show is just the start of its video ambitions". Fast Company. Dicapai pada July 26, 2018.