Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                

Wikipedia:Laman perbincangan

(Dilencongkan daripada Wikipedia:Laman perbualan)

Laman perbincangan ialah suatu laman khas dalam Wikipedia yang berfungsi untuk membolehkan komunikasi antara pengguna. Pada dasarnya terdapat 3 jenis laman perbincangan, iaitu:

  • Wikipedia:Kedai Kopi
    Kedai kopi ialah satu tempat awam yang disediakan untuk semua pengguna wikipedia untuk berbincang tentang perkembangan wikipedia
  • Halaman perbincangan rencana
    Halaman perbincangan rencana ialah laman yang disediakan untuk perbincangan tentang satu-satu rencana. Ia merupakan satu laman yang terikat kepada rencana berkenaan.
  • Halaman perbualan pengguna
    Halaman perbualan pengguna ialah tempat perbincangan peribadi bagi seseorang pengguna. Ia merupakan tempat peninggalan pesanan peribadi kepada seseorang.

Perkara utama

sunting

Mengekalkan dasar Wikipedia

sunting

Ruang untuk spekulasi, cadangan, dan pengetahuan peribadi di laman perbincangan, dengan tujuan untuk membuat kajian lanjut adalah dibenarkan di laman perbincangan. Walau bagimanapun, laman perbincangan sering disalahgunakan sebagai tempat pertelagahan berkenaan kandungan rencana yang tidak memenuhi dasar Wikipedia. Sila ambil perhatian khusus kepada Wikipedia:Biografi orang hidup, yang digunapakai untuk halaman perbincangan serta rencana: "Editor perlu mengambil perhatian khusus untuk menambah maklumat tentang orang hidup dalam mana-mana halaman Wikipedia. "[1]

Mencipta laman perbincangan

sunting

Halaman-halaman perbincangan umumnya dicipta dengan mengklik tab merah "Perbincangan" dan membuat halaman, seperti mana-mana halaman lain.

Jangan cipta laman perbincangan kosong semata-mata supaya satu laman perbincangan wujud untuk kegunaan masa depan. Jangan cipta halaman semata-mata untuk meletakkan templat {{bincang}} di atasnya. Notis templat perbincangan ini dan yang sama dengannya tidak harus ditambahkan pada halaman yang tidak mempunyai perbincangan mengenainya. Tidak perlu menambahkan templat peringatan perbincangan ke setiap halaman perbincangan, bahkan ke setiap halaman perbincangan yang mengandungi perbincangan.

Cara memasuki laman perbincangan

sunting

Untuk memasuki laman perbincangan, anda boleh menekan pautan berkenaan dengan tetikus anda. Seperti apa yang ditunjukkan dalam gambar rajah di bawah:

Pautan kedai kopi

sunting

Anda boleh menjumpai pautan kedai kopi terletak di Laman Utama ms.wikipedia.org, seperti apa yang ditunjukkan dalam gambar rajah di bawah:

 
Pautan Kedai Kopi ditandai dengan bulatan merah

Pautan halaman perbualan pengguna

sunting

Setelah log masuk, pautan laman perbualan untuk anda secara automatiknya akan muncul, seperti apa yang ditunjukkan di bawah:

 
Pautan Laman Perualan ditandai dengan bulatan merah

Tetapi ini hanya laman perbualan pengguna untuk anda sendiri, kegunaannya adalah supaya anda dapat dihubungi pengguna lain. Di sini anda dapat membaca pesanan yang ditinggalkan oleh kawan-kawan anda. Untuk menghubungi pengguna lain, anda harus meninggalkan pesanan anda di laman perbualan yang dimilikinya. Contohnya, kalau anda mahu menghubungi seorang pengguna yang bernama Ychmatematik, maka anda harus mencari laman penggunanya dengan memasukkan "Pengguna: Ychmatematik" di ruang carian. Sekiranya pengguna ini masih wujud maka laman penggunanya akan muncul. Anda boleh menghubungi pengguna ini menerusi laman perbincangan yang ada pada halaman pengguna berkenaan:

 
Pautan Laman Perbincangan ditandai dengan bulatan merah

Pautan perbincangan rencana

sunting

Laman perbincangan pengguna merupakan laman yang disediakan untuk membolehkan pengguna berbincang tentang sesuatu rencana. Pautannya terdapat di atas setiap halaman rencana. Di sini kita mengambil rencana Formula Satu sebagai contoh:

 
Pautan Laman Perbincangan ditandai dengan bulatan merah

Cara menggunakan laman perbincangan

sunting

Selepas memasuki laman perbincangan, anda akan menjumpai pesanan yang ditinggalkan oleh pengguna lain. Pesanan ini mungkin terdiri daripada soalan ataupun cadangan. Anda boleh memberi jawapan kepada pesanan ini, ataupun terus memulakan perbincangan baru menerusi butang sunting. Caranya adalah seperti cara anda menyunting rencana.

Laman perbincangan pengguna

sunting

Sementara tujuan laman perbincangan rencana adalah untuk membincangkan tentang kandungan rencana, laman perbincangan pengguna pula bertujuan sebagai tempat menarik perhatian atau berbincang tenntang suntingan seseorang pengguna. Wikipedia bukan sebuah media sosial, dan apa-apa perbincangan sepatutnya diarahkan demi penambahbaikan Wikipedia. Laman perbincangan pengguna sepatutnya digunakan bagi tujuan utamanya, yakni memudahkan komunikasi dan kerjasama antara penyunting. Para penyunting yang menggunakan laman perbincangan mereka bagi tujuan-tujuan ini melanggari garis panduan laman perbincangan, dan dikira sebagai enggan memberi kerjasama. Laman perbincangan pengguna tertakluk kepada garis panduan laman pengguna lazim berkenaan kandungan tidak sopan.

Pembersihan laman perbincangan pengguna

sunting

Panjang laman perbincangan pengguna dan pengarkiban kandungan terdahulu adalah tertakluk kepada keinginan pengguna.

Meskipun pengarkiban adalah digalakkan, pengguna secara bebas boleh membuang komen dalam laman perbincangan mereka sendiri. Pengguna juga boleh membuang sebilangan kandungan ketika pengarkiban. Pembuangan amaran akan dilihat sebagai bukti bahawa amaran telah dibaca oleh pengguna, tanpa mengira sama ada ia adalah manual atau automatik, dan termasuk pengguna berdaftar mahupun tidak. Beberapa pengguna baharu mungkin percaya bahawa mereka boleh menyembunyikan komen kritikal dengan memadamnya; ini tidak benar: komen-komen sebegitu boleh diperoleh semula di sejarah laman.

Ada juga beberapa amaran yang tidak boleh dipadam oleh pengguna sendiri seperti permohonan nyahsekat yang ditolak serta teg pemadaman segera.

Laman perbincangan pengguna selalunya tidak akan dipadam, tetapi satu pengosongan penghormatan boleh dimohon atas keperluan kritikal.

Lihat juga

sunting
  1. ^ Individu dianggap hidup kecuali jika ada alasan untuk membuktikan sebaliknya. Dasar ini tidak digunakan kepada orang yang dianggap mati oleh undang-undang.