Location via proxy:   [ UP ]  
[Report a bug]   [Manage cookies]                

Yazid bin Al-Walid

(Dilencongkan daripada Yazid III)

Yazid bin Al-Walid bin Abdul Malik atau Yazid III ialah khalifah ke-12 bagi kerajaan Umaiyah. Beliau memerintah selama enam bulan sebelum meninggal dunia.

Yazid bin al-Walid
يزيد بن الوليد
Dirham semasa pemerintahan Yazid
Khalifah kedua belas Kerajaan Bani Umaiyah
Pemerintahan17 April 744 – 4 Oktober 744
Didahului olehWalid bin Yazid
Diikuti olehIbrahim bin al-Walid
Keputeraan701
Damsyik, Bilad al-Syam, Kerajaan Umaiyah
Kemangkatan4 Oktober 744 (umur 43)
Damsyik, Kerajaan Umaiyah
Nama penuh
Yazid bin al-Walid bin Abdul Malik
KerabatMarwan
WangsaUmaiyah
AyahandaAl-Walid I
BondaShah-i-Afrid
AgamaIslam

Awal kehidupan

sunting

Yazid lahir pada tahun 701 di Damsyik. Ayahnya ialah Al-Walid, khalifah keenam kerajaan Umaiyah manakala ibunya ialah Shah i-Afrid, seorang puteri Parsi yang dijadikan gundik oleh Al-Walid.

Ketika pemerintahan sepupunya, al-Walid II, Yazid menentang pemerintahannya yang menerapkan diskriminasi kepada segolongan rakyatnya. Yazid telah menghantar utusannya ke al-Bakhra untuk menawarkan kepada al-Walid agar melaksanakan satu majlis syura' bagi membincangkan masa depan kerajaan namun al-Walid enggan menerimanya. Akhirnya al-Walid dijatuhkan dan dibunuh dalam rampasan kuasa yang diketuai Yazid. Yazid juga telah memenjarakan anak lelaki al-Walid yang telah dinamakan sebagai pewaris khalifah. Akhirnya Yazid dilantik sebagai khalifah yang baharu.

Pemerintahan

sunting

Pemerintahan Yazid mendapat pelbagai tentangan terutamanya dari kota Homs. Beliau telah berjanji kepada rakyatnya untuk memerintah dengan keadilan tanpa diskriminasi. Beliau juga dikenali kerana perbuatannya mengurangkan gaji anggota tentera sedangkan khalifah sebelumnya menjanjikan kenaikan gaji. Yazid sempat memerintah selama enam bulan sahaja sebelum meninggal dunia akibat barah otak. Yazid diganti oleh adiknya Ibrahim.

Rujukan

sunting
Yazid bin Al-Walid
Tarikh keputeraan: 701 Tarikh kemangkatan: 3 Oktober 744
Gelaran Sunnah Islam
Didahului oleh
Walid bin Yazid
Khalifah Islam
Kerajaan Bani Umaiyah

15 April hingga 3/4 Oktober 744
Diikuti oleh:
Ibrahim bin al-Walid