Yoon Suk-yeol
Yoon Suk-yeol (Hangul: 윤석열 ; Hanja: 尹錫悅 , lahir 18 Disember 1960) ialah ahli politik Korea Selatan, bekas pendakwa raya dan peguam yang berkhidmat sebagai Presiden Korea Selatan ke-13 dan terkini sejak 2022. Beliau juga berkhidmat sebagai Pendakwa Negara Korea Selatan dari 2019 hingga 2021.
Yoon Suk-yeol | |
---|---|
尹錫悅 윤석열 | |
Presiden Korea Selatan ke-13 | |
Menyandang jawatan 10 Mei 2022 | |
Perdana Menteri | Han Duck-soo |
Didahului oleh | Moon Jae-in |
Ketua Pendakwa Korea Selatan | |
Dalam jawatan 25 Julai 2019 – 4 Mac 2021 | |
Presiden | Moon Jae-in |
Didahului oleh | Moon Moo-il |
Digantikan oleh | Cho Nam-kwan (Pemangku) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 18 Disember 1960 Seoul, Korea Selatan |
Parti politik | Kuasa Rakyat (2021–kini) |
Pasangan | Kim Kun-hee |
Pendidikan | Universiti Kebangsaan Seoul (LLB) |
Tandatangan | |
Nama Korea | |
Hangul | 윤석열 |
Hanja | 尹錫悅 |
Perumian Semakan | Yun Seok-yeol |
McCune–Reischauer | Yun Sok-yol |
Dilahirkan di Seoul, Yoon menghadiri Universiti Kebangsaan Seoul. Dalam kapasitinya sebagai ketua Pejabat Pendakwa Daerah Pusat Seoul, beliau memainkan peranan penting dalam mensabit bekas presiden Park Geun-hye dan Lee Myung-bak kerana salah guna kuasa.[1][2][3] Kemudian, Yoon berkhidmat sebagai pendakwa raya Korea Selatan antara 2019 dan 2021, di mana jawatannya dia memperoleh sabitan terhadap Cho Kuk, seorang tokoh berpengaruh dalam pentadbiran Presiden Moon Jae-in.[1] Sebagai ahli Parti Kuasa Rakyat, Yoon menewaskan calon Parti Demokrat Lee Jae-myung dalam Pilihan raya presiden Korea Selatan 2022. Yoon memegang jawatan sebagai presiden pada 10 Mei 2022.[4]
Kehidupan peribadi
suntingYoon telah berkahwin dengan Kim Kun-hui sejak 2012. Kim Kun-hui ialah Presiden Covana Contents, sebuah syarikat yang pakar dalam pameran seni.[5] Isterinya telah disiasat kerana didakwa mengambil sogokan untuk menganjurkan pameran seni.[6]
Rujukan
sunting- ^ a b "Who is Yoon Seok-youl, South Korea's conservative candidate for president?". The Economist. ISSN 0013-0613. Dicapai pada 13 Februari 2022.
- ^ Shin, Hyonhee (5 November 2021). "S.Korea's ex-top prosecutor to challenge Moon's party in 2022 presidential election". Reuters (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 Februari 2022.
- ^ Shin, Mitch. "Yoon Suk-yeol Wins People Power Party's Presidential Primary". thediplomat.com. Dicapai pada 9 Mei 2022.
- ^ Kim, Eun-Joong (10 Mei 2022). "尹 대통령, 0시 임기 시작… 국군통수권 이양 받아". 조선일보 (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 9 Mei 2022.
- ^ "[여성조선] 전시장에서 만난 윤석열 검찰총장 후보 부인 김건희 대표... 60억대 자산가". 28 Jun 2019. Dicapai pada 20 Januari 2020.
- ^ "Choo orders Yoon to be walled off from two probes". koreajoongangdaily. 20 Oktober 2020.