Zul Ariffin
Zulkifli Ariffin [1] (lahir 25 Oktober 1986)[2] ialah seorang pelakon dan model lelaki Malaysia.[3] Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan pada 2008 menerusi watak pembantu dalam siri drama Awan Dania dan kemudiannya beralih ke watak utama sebagai Inspektor Ashraf dalam siri drama kepolisan paling lama bersiaran di RTM, Gerak Khas sehingga drama itu direhatkan pada 2011. Beliau membuat kemunculan filem pertamanya menerusi watak ASP Zam dalam filem Evolusi KL Drift 2 pada 2010.[4]
Zul Ariffin | |
---|---|
Kelahiran | Zulkifli bin Ariffin 25 Oktober 1986 |
Pendidikan | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
Pekerjaan | Pelakon, model, pengacara |
Tahun aktif | 2008–kini |
Ibu | Robiah binti Nasir |
Bapa | Ariffin bin Hassan |
Laman web rasmi | https://thezulariffin.com |
Namanya mula menjadi perhatian ramai menerusi gandingannya bersama Ayda Jebat dalam Rindu Awak 200% yang disiarkan di Slot Akasia TV3. Kejayaan drama ini membawa gandingan kali kedua beliau bersama Ayda menerusi drama M.A.I.D di Astro Ria. Menerusi Festival Filem Malaysia ke-26, beliau memenangi Pelakon Harapan Lelaki menerusi persembahannya dalam filem Penanggal.
Kehidupan awal
suntingBeliau dilahirkan pada 25 Oktober 1986 di Taiping, Perak dan merupakan anak bongsu daripada empat beradik kepada ibu bapanya, Ariffin Hassan dan Robiah Nasir,[5] beliau mempunyai dua kakak dan seorang abang serta berdarah kacukan Melayu dan Belanda. Bercita-cita untuk menjadi anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tetapi malangnya beliau tidak layak akibat kecederaan patah di bahu. Beliau meninggalkan kampung halamannya di Taiping bagi mencari kerja di ibukota Kuala Lumpur dan ditawarkan bekerja sebagai barista di sebuah kafe bernama Dome Café di ibu negara, pada usia 18 tahun. Beliau kemudiannya mengikuti kursus peragaan dan mula mengambil bahagian dalam beberapa pertunjukan fesyen dan iklan komersil.[6]
Kerjaya
suntingBakat beliau dikesan oleh seorang pencari bakat dan mula muncul dalam iklan-iklan di televisyen. Beliau mendapat watak lakonan pertamanya pada 2008 menerusi drama Awan Dania lakonan Scha Al-Yahya. Pada tahun 2009, beliau memegang watak utama sebagai Inspektor Ashraf dalam drama aksi kepolisan Gerak Khas terbitan Yusof Haslam, bagaimanapun, 'jodoh' beliau bersama Gerak Khas tidak berkekalan apabila drama itu direhatkan sementara dua tahun kemudian. Zul melangkah ke layar lebar dengan membintangi filem sulung lakonannya, Evolusi KL Drift 2 arahan Syamsul Yusof yang mana beliau memegang watak sebagai ASP Zam, bersama Remy Ishak sebagai Inspektor Kamal. Filem ini ditayangkan pada 25 Mac 2010 dan mencapai kutipan pecah panggung.[7]
Zul aktif membintangi telefilem pada awal 2010an, antaranya melakonkan watak peninju dalam "Anak Rintih", anak jalanan Chow Kit dalam "Mendongak Ke Langit" dan komedi romantik bersama penyanyi Misha Omar dalam "Antara Dua" yang mana sedikit sebanyak menonjolkan kebolehan lakonan beliau. Selepas Gerak Khas "direhatkan" dengan episod terakhirnya disiarkan pada 22 Julai 2011, beliau membintangi drama Nora Elena bersama Aaron Aziz dan Siti Saleha yang disiarkan di Slot Akasia TV3, beliau dikatakan telah mengalami kesuraman pada 2012, pada ketika beliau mencapai berat badan yang berlebihan. Pada masa itu, beliau tidak menerima tawaran kerja selama setahun setengah. Pada tahun 2013, Zul berlakon dalam satu-satunya drama TV lakonannya pada tahun itu, Luluhnya Sebuah Ikrar bersama Sara Ali dan Ryzal Jaafar.
Bekerja di bawah arahan pelakon senior Ellie Suriati, Zul berlakon dalam filem keduanya—filem seram berjudul Penanggal bersama Fasha Sandha dan diikuti oleh filem ketiga lakonannya, Bikers Kental bersama Awie, Zizan Razak dan Bront Palarae yang ditayangkan pada 23 Mei 2013. Beliau kembali ke bidang lakonan dan ternyata kemunculan semulanya membuahkan hasil apabila membintangi Rindu Awak 200%[8] bersama pelakon dan penyanyi yang sedang meningkat naik, Ayda Jebat yang melakonkan watak Armel Aisya dan Zul memegang watak sebagai Zill Faezrul, drama ini disiarkan di Slot Akasia TV3 dari 15 Julai hingga 1 September 2014.[9] Profil Zul sebagai pelakon bertambah teguh apabila beliau memenangi Pelakon Harapan Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-26 menerusi persembahan cemerlangnya dalam filem Penanggal, sekaligus menewaskan pelakon lain termasuk Karl Shafek (Zaiton: Ceritaku), Shukri Yahaya (Ular) dan Syazwan Zulkifli (Juvana).
Pada tahun yang sama, beliau memegang watak sebagai Airil dalam siri televisyen waktu perdana Slot Akasia TV3, Istikharah Cinta bersama heroinnya, Faye Kusairi yang memegang watak sebagai Dina Alia, seterusnya melakonkan watak ketua mafia dalam filem aksi Balistik bersama pelakon utamanya, Rosyam Nor dan Rita Rudaini. Bekerja di bawah arahan Pierre Andre, beliau bersama Mon Ryanti membintangi filem seram, Jin terbitan Empat Samudera.[10]
Pada tahun 2015, beliau memenangi kategori Pelakon TV Meletop di Anugerah MeleTOP Era 2015 menerusi lakonannya dalam Rindu Awak 200%. Beliau digandingkan sekali lagi bersama Siti Saleha menerusi drama Uda & Dara yang diadaptasi daripada novel dengan judul sama karya Allahyarham Usman Awang yang memulakan tayangan perdana di Astro Ria dari 24 Februari hingga 6 Mac 2016.[11]
Pada tahun 2017, filem lakonannya, J Revolusi ditayangkan di pawagam pada 2 Mac, beliau memegang watak sebagai Jay Zulkarnain, seorang ketua pegawai Unit Tindakan Khas (UTK).[12] Zul dilaporkan telah membeli motosikal jenama Ducati Hypermotard untuk digunakan dalam beberapa babak aksi dalam filem berkenaan.[13][14][15] Beliau berlakon bersama Nur Fathia menerusi drama Menanti Februari yang disiarkan di TV3, mengisahkan tentang tiga rakan karib iaitu Arie, Fiza dan Edi bersama-sama menaruh hati terhadap Fiza.[16]
Seterusnya, beliau membintangi drama adaptasi novel, Titian Cinta yang bersiaran di Slot Akasia TV3.[17][18] Zul muncul bersama Farid Kamil dalam filem pengembaraan epik adaptasi novel karya Ramlee Awang Murshid, Tombiruo: Penunggu Rimba yang ditayangkan pada 12 Oktober 2017.[19][20][21][22][23]
Beliau bersama Izara Aishah kemudiannya menjayakan peranan utama dalam drama Mr. London Ms. Langkawi di Astro Warna, memegang watak sebagai Aidid.[24] Projek filem beliau seterusnya ialah filem seram komedi Hantu Kak Limah arahan Mamat Khalid yang ditayangkan pada 9 Ogos 2018.[25][26] Zul bersama penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan membintangi filem seram thriller, Misteri Dilaila arahan Syafiq Yusof yang ditayangkan pada 21 Februari 2019, beliau memegang watak sebagai Jefri.[27][28][29]
Zul muncul kembali sebagai Inspektor Ashraf dalam Gerak Khas selepas lebih 8 tahun. Beliau ialah salah seorang dari barisan pelakon Gerak Khas musim 19 termasuk Mustaqim Bahadon dan dua pelakon asalnya, Farid Amirul dan Abby Abadi. Beliau memegang watak sebagai atlet seni bela diri campuran Adam "The Ace" Abdullah dalam filem aksi sukan Sangkar arahan Kabir Bhatia yang menggandingkan beliau bersama Remy Ishak dan Mira Filzah. Ditayangkan pada 29 Ogos 2019, ia mengisahkan tentang permusuhan dan penebusan antara dua pejuang MMA tempatan, serta perjuangan mereka demi maruah dan keluarga.[30][31] Ini merupakan kerjasama kedua Zul dan Remy dalam tempoh 9 tahun sejak Evolusi KL Drift 2.
Zul kembali digandingkan bersama Mira dalam drama Bidadari Kiriman Tuhan yang bersiaran di Astro Ria, memegang watak sebagai Yusof, seterusnya berlakon di samping Raysha Rizrose dalam drama Ryan Aralyn di TV3, memegang watak sebagai Ryan.[32] Selain itu, beliau bakal membintangi sebuah filem biopik terbitan Rosyam Nor yang bertajuk Juang yang turut dibintangi oleh Zizan Razak dan Jack Lim.[33]
Beliau kembali bekerja di bawah arahan Syafiq Yusof menerusi filem Penunggang Agama dengan memegang watak sebagai Amir. Ia kembali menggandingkan beliau bersama Azira Shafinaz yang memegang watak sebagai Anna. Ini juga merupakan gandingan pertama Zul dan Azira dalam tempoh 3 tahun sejak Seribu Rindu.[34] Selepas Penunggang Agama, beliau kembali menjayakan watak Jay Zulkarnain dalam filem J2: J Retribusi, kesinambungan dari filem J Revolusi. Filem ini ditayangkan secara eksklusif di Disney+ Hotstar bermula 1 Jun. Zul digandingkan bersama Uyaina Arshad dalam drama Love Elsa yang bersiaran di Astro Ria, yang mana beliau memegang watak sebagai Ridza Kim. Beliau juga berlakon di samping Ruhainies Farehah dalam drama WiFi Sebelah Rumah dengan memegang watak sebagai Ghaz.
Pada September 2021, Zul mengumumkan telah menarik diri daripada dicalonkan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34. Pengumuman itu dibuat melalui satu kenyataan yang dimuat naik menerusi Instagram.[35] Pada tahun 2022, beliau berlakon bersama Nelissa Nizam dalam drama Tarik Aku Ke Syurga dengan memegang watak sebagai Zamri, seorang perunding hartanah yang berjaya.[36]
Penajaan
suntingPerkembangan kualiti dan populariti Zul Ariffin dalam bidang lakonan sering tampak konsisten dan juga berkualiti telah memberikan suatu impak positif serta sedikit sebanyak menjadi sebab, mengapa beliau secara tidak lansung telah berjaya menarik minat serta perhatian daripada pelbagai syarikat pengeluar produk-produk berjenama di pasaran tempatan dan juga antarabangsa dan di mana ia kini berkhidmat sebagai duta dan juga jurucakapnya, justeru itu ia kini berkhidmat sebagai duta, Fisherman's Friend, Nescafe (bersama Maya Karin) dan Senheng.[37] Beliau kini dilantik sebagai duta bagi syarikat automotif negara, PROTON.[38] Produk lain termasuk Gatsby, Lipton (bersama Nur Fathia), Systema, Mont Cabana dan Code 10.
Kehidupan peribadi
suntingKehidupan peribadi Zul banyak diperkatakan oleh media kerana sebelum ini beliau dikatakan pernah dikaitkan menjalin hubungan dengan pelakon seangkatannya dalam Gerak Khas, Abby Abadi pada ketika pelakon itu memfailkan perceraiannya dengan Norman Hakim pada 2009, bagaimanapun hubungan mereka berakhir pada 2012 dan masing-masing membawa haluan.[39][40][41] Beliau dikaitkan pula dengan penerbit filem terkenal Gayatri Su-Lin Pillai, bos syarikat Tayangan Unggul dan dikatakan sering berhubungan dengan penerbit filem itu dan hubungan mereka juga tidak kesampaian, Zul memilih untuk memutuskan perhubungannya dengan Gayatri yang masih membujang dan belum berkahwin.[42][43][44]
Pada tahun 2015, beliau dikhabarkan menjalin hubungan dengan pelakon baru, Zahirah MacWilson yang juga anak kepada bekas penyampai berita TV3, Zainol MacWilson.[45] Beliau lebih suka tidak bercerita berkenaan hal peribadinya berbanding dengan kerjayanya.[46][47] Bagaimanapun, hubungan mereka berakhir pada 2018 dan masing-masing membawa haluan. Ibu beliau, Robiah Nasir meninggal dunia pada 5 Disember 2017 akibat penyakit jantung.[48]
Beliau juga bersahabat baik dengan pelakon Ashraf Sinclair (Allahyarham). "Saya kenal arwah sudah lama, sebelum kami terjun dalam industri seni. Selepas lama berkawan, kami berpeluang berlakon bersama dalam filem J Retribusi. Saya lihat arwah periang dan sangat baik. Beruntung siapa yang dapat mengenali dirinya,".[49][50]
Filemografi
suntingMenunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan |
Filem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2010 | Evolusi KL Drift 2 | ASP Zam | Filem pertama |
Lukisan Hati | Filem bebas | ||
2013 | Bikers Kental | Arbi | |
Penanggal | Syed Umar Al-Attas | ||
2014 | Balistik | Bos Gengster | |
Jin | Syafiq | ||
2016 | Evolusi Persona | Faiz | Filem pendek |
#ER3 Ertiga | |||
2017 | J Revolusi | Jay Zulkarnain | |
Tombiruo: Penunggu Rimba | Tombiruo/Ejim | ||
2018 | Hantu Kak Limah | Ustaz Solihin | |
2019 | Misteri Dilaila | Jefri | |
Sangkar | Adam "The Ace" Abdullah | ||
2021 | Penunggang Agama | Amir | |
J2: J Retribusi | Jay Zulkarnain | ||
Penunggang Agama 2 | Amir | ||
2022 | Juang | Dr. Johan | |
Talbis Iblis | Nasir | ||
Zaara | Afifi | ||
2024 | Sheriff: Narko Integriti | Sheriff / Sheriffudin Hussein | |
Don Dukun | Don Arif | ||
TBA | Malam Terlarang | Omar Haji Mokhtar | Pra-produksi |
J3: J Resolusi | Jay Zulkarnain | Dalam perancangan |
Drama
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2008 | Awan Dania (Musim 1) | Astro Ria | Drama pertama, pelakon tambahan | |
2009 | Yusuff | Jamal | TV3 | |
Segalanya Ku Terima | Daniel | |||
2009–2011 2019–2020 |
Gerak Khas | Inspektor Ashraf | TV2 | |
2010 | Mayang Mengurai | Dr. Roslee | TV3 | |
Tudung Ekspres | Syahrul Izhar | Astro Prima | ||
Tiramisu | Zain | TV3 | ||
2011 | Moreh | Astro Oasis | ||
Hilang | Azrul | TV9 | ||
Laila Manja | Imran | TV3 | ||
Nora Elena | Saiful Idham / Eid | |||
2011–2012 | Karma | Aduka | TV9 | |
2012 | Cikgu Kemisah Kirby (Musim 1) | Asmadi | TV2 | |
Anak Raja Dongeng | ||||
Lagenda Langkawi | Amin | TV2 | ||
2012–2013 | Terlanjur Cinta | Izam | TV9 | |
2013 | Cikgu Kemisah Kirby (Musim 2) | Asmadi | TV2 | |
Janji Adam | Adam | TV3 | ||
Luluhnya Sebuah Ikrar | Azhar | TV9 | ||
Firdausi Cinta | TV1 | |||
Debunga Lalang | Halim | TV3 | ||
Jodoh Itu Milik Kita | Redza | Astro Mustika HD | ||
Sangkar | Tuan Syed | TV9 | ||
2014 | Rindu Awak 200% | Zill Faezrul | TV3 | |
Istikharah Cinta | Airil | |||
Walau Sedetik Cuma | Azhan | TV AlHijrah | ||
2015 | M.A.I.D | Harris | Astro Ria | |
Cinta Karan | Zul | Tonton | ||
2016 | Uda & Dara | Izzat Hilman | Astro Prima | |
2017 | Menanti Februari | Arie | TV3 | |
Titian Cinta | Umayr Harris | |||
2018 | Mr. London, Ms. Langkawi | Aidid | Astro Warna | |
Ti Amo, Sweetheart 100 Hari | Iskandar | Astro Ria | ||
Seribu Rindu | Irfan | TV3 | ||
2019 | Setelah Ku Dimiliki | Adriz | ||
2020 | Bidadari Kiriman Tuhan | Cikgu Yusof | Astro Ria | |
Ryan Aralyn | Ryan | TV3 | ||
2021 | Diva Popular | Awesome TV | ||
Love Elsa | Ridza Kim | Astro Ria | ||
Wifi Sebelah Rumah | Ghaz | Disney+ Hotstar | ||
Budak Intern | Dato Shuk | TV9 | ||
2022 | Tarik Aku Ke Syurga | Zamri | TV3 | |
2023 | Perempuan Itu | Emir | Tonton | |
2024 | Kayangan | Habil | Prime Video | |
TBA | Bunga Bunga Cinta | Izul Irham | TV3 |
Telefilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2010 | Anak Rintih | Roni Ahmad | Astro Prima | Telefilem pertama |
2011 | 7 Lagu | Raizal | Astro Citra | |
Mendongak Ke Langit | Zikri/Aliff | Astro Ria | ||
Antara Dua | Azri | TV2 | ||
Hatiku Di Kinabalu | Anuar | Astro Citra | ||
Sayang Abah | Along | Astro Prima | ||
2012 | Cik Paris Diva Kampung | Rahim | Astro Prima | |
Jujur Aku Dayus | Azhan | TV3 | ||
2013 | Mr. Feminin | Fahmi | TV9 | |
Kabin Di Tepi Tasik | Rushid | Astro Ria | ||
Mimpi Fara | Farid | TV9 | ||
Kasih Bersulam Daun Palas | Fazli bin Mansor | Astro Prima | ||
2014 | Panik | Rashid | Astro First Eksklusif | |
Kemaafan Terindah | Aliff Firdaus | TV1 | ||
Hati Untuk Siapa | Zul | Astro Prima | ||
Habibah vs Baby | Badrul | TV9 | ||
Aira Airil | Abdullah | TV1 | ||
2015 | Rindu Awak 200% Raya | Zill Faezrul | TV3 | |
Lokum Untuk Mama | Shahrul | TV9 | ||
Lilinkah Aku | Iskandar | |||
2016 | M.A.I.D Pun Nak Raya | Harris | Astro Ria | |
Lara Hadi | Hadi | TV2 | ||
2017 | Permata Hati | Aizuddin | Astro First Eksklusif | |
2019 | Sempurnakah Aku | Johan | Astro Ria | |
2022 | Mandi Mayat | Syawal | Astro Citra |
Televisyen
suntingTahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2022 | Pencuri Hati | Pengacara | Sooka |
2022–2023 | The Masked Singer Malaysia (musim 3) | Juri | Astro Warna |
Anugerah dan pencalonan
suntingTahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2011 | Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan | Anugerah Seksi – Lelaki | — | Tercalon |
2014 | Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur Pertama | Hero & Heroin Pilihan (bersama Elfaeza Ul Haq) | Janji Adam | Tercalon |
Festival Filem Malaysia ke-26 | Pelakon Harapan Lelaki Terbaik | Penanggal | Menang | |
Anugerah Skrin ke-18 | Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Filem | Tercalon | ||
2015 | Anugerah MeleTOP Era ke-2 | Pelakon TV MeleTOP | Rindu Awak 200% | Menang |
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke-2 | Pelakon Drama Lelaki Pilihan | Menang | ||
Hero & Heroin Pilihan (bersama Ayda Jebat) | Tercalon | |||
Barisan Pelakon Drama Pilihan | Tercalon | |||
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-28 | Pelakon Filem Lelaki Popular | Penanggal | Tercalon | |
Artis Lelaki Stailo | — | Menang | ||
Gandingan Serasi Di Layar (bersama Ayda Jebat) | Rindu Awak 200% | Menang | ||
HLive! Special | Artiste Of The Month | — | Menang | |
Anugerah Melodi ke-2 | Artis Lelaki Pilihan | Menang | ||
2016 | Anugerah Stail EH! | Selebriti Lelaki Bentuk Badan Segak | Tercalon | |
Anugerah Telenovela | Pelakon Lelaki Popular | Rindu Awak 200% | Tercalon | |
2017 | Anugerah Stail EH! | Selebriti Lelaki Bentuk Badan Segak | — | Tercalon |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30 | Pelakon Filem Lelaki Popular | J Revolusi | Menang | |
Anugerah Telenovela | Pelakon Lelaki Popular | Uda & Dara | Tercalon | |
2018 | Anugerah MeleTOP Era ke-5 | Bintang Filem MeleTOP | J Revolusi | Tercalon |
Tombiruo: Penunggu Rimba | Tercalon | |||
Pelakon MeleTOP | Titian Cinta | Tercalon | ||
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke-5 | Aktor Pilihan | Menang | ||
Pasangan Pilihan (bersama Farah Nabilah) | Tercalon | |||
Anugerah Telenovela | Pelakon Lelaki Filem Terbaik | Tombiruo: Penunggu Rimba | Tercalon | |
Pelakon Lelaki Filem Popular | Tercalon | |||
Pelakon Lelaki Telenovela Popular | Titian Cinta | Tercalon | ||
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 | Pelakon TV Lelaki Popular | Tercalon | ||
Pelakon Filem Lelaki Popular | Tombiruo: Penunggu Rimba | Menang | ||
Pasangan Serasi Filem (bersama Nabila Huda) | Tercalon | |||
Pasangan Serasi Filem (bersama Nur Fazura) | J Revolusi | Menang | ||
Pasangan Serasi Drama (bersama Farah Nabilah) | Titian Cinta | Tercalon | ||
Artis Sensasi Popular | — | Tercalon | ||
2019 | Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke-6 | Aktor Pilihan | Seribu Rindu | Tercalon |
Pasangan Pilihan (bersama Azira Shafinaz) | Tercalon | |||
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 | Pelakon Filem Lelaki Popular | — | Tercalon | |
Artis Sensasi Popular | Tercalon | |||
2021 | Festival Filem Malaysia ke-31 | Pelakon Lelaki Terbaik | Sangkar | Menang |
Anugerah Drama Sangat 2021 | Pelakon Lelaki Terbaik | Ryan Aralyn | Menang | |
2023 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 | Aktor Filem Popular | — | Tercalon |
Couple Filem Popular (bersama Azira Shafinaz) | Talbis Iblis | Tercalon | ||
Couple Filem Popular (bersama Amelia Henderson) | J2: J Retribusi | Tercalon |
Rujukan
sunting- ^ "Profil Zul Ariffin". Berita Semasa. Dicapai pada 12 Julai 2018.
- ^ Tuan Azman (25 November 2017). "Zul Ariffin tangkis tanggapan". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-20. Dicapai pada 1 Disember 2017.
- ^ Norhidayyu Zainal (13 Julai 2017). "Zul Ariffin mahu kekal watak utama". Sinar Harian. Dicapai pada 3 Oktober 2017.
- ^ Bibi Nurshuhada Ramli (June 27, 2017). Set being Hero New Straits Times. Retrieved on July 21, 2017.
- ^ Nurul Khaleeda Rashikin (30 Ogos 2017). "'Ya, saya memang rapat dengan mak'". Sinar Harian. Dicapai pada 3 Oktober 2017.
- ^ "Zul Ariffin is more than just a pretty face". The Malay Mail. 8 September 2017. Dicapai pada 6 Oktober 2017.
- ^ Wahiduzzaman (24 Mac 2010). ""KL Drift 2" Menderum Dengan 'Enjin Lama'". mStar Online. Dicapai pada 2010-03-30.[pautan mati kekal]
- ^ Kemalia Othman (23 Mac 2015). Rindu Awak 200% Bawa Karier Zul Ariffin Ke Tahap Lebih Tinggi mSTAR Online. Dicapai pada 1 April 2015.
- ^ Nina Farzuin Md. Sharom (23 Mac 2015). Rindu Awak 200% bukti kehebatan drama adaptasi Sinar Harian. Dicapai pada 1 April 2015.
- ^ "Jin temukan Zul Ariffin, Mon Ryanti". Kosmo!. 19 Ogos 2014. Dicapai pada 30 Ogos 2014.
- ^ http://www.mreena.com/2015/10/drama-uda-dan-dara.html
- ^ Zul Arrifin leads action movie, "J Revolusi" The Hive Asia (20 April 2016). Retrieved on 1 May 2016.
- ^ Zul Ariffin beli motor untuk diguna dalam filem 'J Revolusi' Berita Harian SG (18 Februari 2017). Diperoleh pada 6 Mac 2017.
- ^ Mohd Haikal Isa (28 Mac 2017). Zul Ariffin mahu jadi hero filem aksi Kosmo! (18 Februari 2017). Diperoleh pada 23 April 2017.
- ^ Aref Omar (20 January 2017). "Hunky J Revolusi star Zul Ariffin says "Oh, Hell no!" to theatre". New Straits Times. Dicapai pada 3 Oktober 2017.
- ^ Kenneth Chaw (18 April 2017). Menanti Februari stars Zul Ariffin and Nur Fathia challenge each other Star2. Diperoleh pada 23 April 2017.
- ^ Aqmar Mustaza (29 September 2017). "Titian Cinta terima sambutan hangat". Sinar Harian. Dicapai pada 3 Oktober 2017.
- ^ "Titian Cinta sarat konflik". Kosmo!. 1 Oktober 2017. Dicapai pada 3 Oktober 2017.
- ^ Ramlah Zainal (8 September 2017). "Bukan jual tubuh". Harian Metro. Dicapai pada 3 Oktober 2017.
- ^ Syanty Octavia Amry (29 September 2017). "Beraksi dalam butan". Harian Metro. Dicapai pada 3 Oktober 2017.
- ^ Norhidayyu Zainal (12 September 2017). "Zul Ariffin puas kerana Tombiruo: Penunggu Rimba". Sinar Harian. Dicapai pada 3 Oktober 2017.
- ^ Aqmar Mustaza (5 Mac 2017). "Profesionalisme Zul Ariffin & Farid Kamil". Sinar Harian. Dicapai pada 3 Oktober 2017.
- ^ Muhamad Fairoz Azizan (27 September 2017). "Zul sedia dikritik tayang badan dalam Tombiruo". Berita Harian. Dicapai pada 13 Oktober 2017.
- ^ "Mr London Ms Langkawi lakonan Zul Ariffin dan Izara Aishah". KepalaBergetar. 1 November 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-29. Dicapai pada 17 Mac 2018.
- ^ Dennis Chua (12 Disember 2017). Zul Ariffin realises dream of starring in Mamat Khalid film New Straits Times. Dicapai pada 27 Jun 2018.
- ^ Nor Eryani Yusop (13 Ogos 2018). "Acuan komedi Zul Ariffin". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-15. Dicapai pada 2 Mac 2019.
- ^ "Cinta lokasi Zul-Lizzy". Harian Metro. 29 April 2018. Dicapai pada 21 Mei 2018.
- ^ Ramlah Zainal (20 Januari 2019). "Karya khas buat Zul". Harian Metro. Dicapai pada 20 Januari 2019.
- ^ Bissme S. "Playing mind games". The Sun (Malaysia) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 February 2019.
- ^ Zaidi Che (3 Julai 2019). Zul Ariffin dan Remy Ishak bertarung dalam Sangkar Diarkibkan 2019-08-20 di Wayback Machine STAIL. Dicapai pada 20 Ogos 2019.
- ^ Jessica Chua (17 Julai 2019). Fists Up! Malaysia's First MMA Film 'Sangkar' Is Coming Soon Rojak Daily. Dicapai pada 20 Ogos 2019.
- ^ Norhayati Nordin (1 Oktober 2020). "Zul dapat 'rehat' lama". Harian Metro. Dicapai pada 12 November 2020.
- ^ Norhayati Nordin (26 September 2020). "Kisah benar wira negara". Harian Metro. Dicapai pada 12 November 2020.
- ^ Zulaikha Yusof (25 Mac 2021). "Sebab Syafiq Yusof, Zul Ariffin cakap 'yes' untuk filem Penunggang Agama - "Saya percaya dengan cara kerja dia"". Astro Gempak. Dicapai pada 5 April 2021.
- ^ Najiy Jefri (11 September 2021). "Zul Ariffin tarik diri ABPBH34". Harian Metro. Dicapai pada 19 Disember 2021.
- ^ Zaara Talita (19 Januari 2022). "'Dia bukan kekasih saya'". Harian Metro. Dicapai pada 3 Ogos 2022.
- ^ Jessie Lim (11 November 2015). New telco line in town The Star. Retrieved on 14 November 2015.
- ^ Fazura and Zul Arifin star in action packed Proton Persona ad video The Malay Mail. Retrieved on 3 October 2017.
- ^ Mohd Al Qayun Azizi (19 Jun 2014). "Zul Ariffin Tepis Tuduhan Pernah Jadi Mangsa Kekasaran Abby Abadi". mSTAR Online. Dicapai pada 12 November 2015.
- ^ Mohd Al Qayun Azizi (17 Disember 2011). "Zul Ariffin Akui Masih Sayangkan Abby Abadi". mSTAR Online. Dicapai pada 12 November 2015.
- ^ "Zul Ariffin: Abby Abadi Bukanlah Seperti Yang Didakwa Farhan". Rotikaya. 19 Jun 2014. Dicapai pada 12 November 2015.
- ^ Gayatri beri amaran kepada Zul Ariffin Rotikaya. 15 April 2016. Dicapai pada 4 Julai 2018.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (6 Julai 2015). "'Saya mahu bersikap telus'". Harian Metro. Dicapai pada 12 November 2015.
- ^ Bibi Nurshuhada Ramli (5 June 2015). "Zul Ariffin hot tempered". New Straits Times. Dicapai pada 12 November 2015.
- ^ Hidyah Mohamad (6 April 2017). Saya dan Zul masih bercinta - Zahirah MacWilson Berita Harian. Dicapai pada 4 Julai 2017.
- ^ Nurul Fadila Awaludin (4 November 2017). "Zul Ariffin mahu penjelasan terperinci Zahirah". Kosmo!. Dicapai pada 12 November 2017.
- ^ Norhidayyu Zainal (14 Januari 2015). "Zul Ariffin: Belum masa berkahwin". Sinar Harian. Dicapai pada 12 November 2017.
- ^ Amirul Haswendy Ashari (5 Disember 2017). Ibu Zul Ariffin meninggal dunia Harian Metro. Diperoleh pada 6 Ogos 2018.
- ^ Farihad Shalla Mahmud (19 Februari 2020). Zul Ariffin terkilan tak sempat usung jenazah Ashraf Berita Harian. Dicapai pada 21 Februari 2020.
- ^ Georgie Joseph (19 Februari 2020). Susah senang Zul Ariffin bersama Ashraf Sinclair Harian Metro. Dicapai pada 9 Julai 2020.