Kabinet Muhyiddin Yassin: Perbezaan antara semakan
Hasrolhashim (bincang | sumb.) |
Hasrolhashim (bincang | sumb.) |
||
Baris 517: | Baris 517: | ||
# Penasihat Khas kepada Perdana Menteri (Kesihatan Awam) : [[Jemilah Mahmood|Tan Sri Dr Jemilah Mahmood]]<ref>{{Cite web|url=https://www.nst.com.my/news/nation/2020/03/580034/dr-jemilah-appointed-pms-special-advisor-public-health|title=Dr Jemilah appointed PM's special advisor on public health|last=|first=|date=31 Mac 2020|website=New Straits Times|url-status=live|archive-url=|archive-date=|access-date=3 April 2020}}</ref> |
# Penasihat Khas kepada Perdana Menteri (Kesihatan Awam) : [[Jemilah Mahmood|Tan Sri Dr Jemilah Mahmood]]<ref>{{Cite web|url=https://www.nst.com.my/news/nation/2020/03/580034/dr-jemilah-appointed-pms-special-advisor-public-health|title=Dr Jemilah appointed PM's special advisor on public health|last=|first=|date=31 Mac 2020|website=New Straits Times|url-status=live|archive-url=|archive-date=|access-date=3 April 2020}}</ref> |
||
# Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah : [[Abdul Hadi Awang|YB Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang]]<ref>{{Cite web|url=https://www.nst.com.my/news/nation/2020/04/580749/hadi-appointed-special-envoy-middle-east|title=Hadi appointed special envoy to Middle East|last=|first=|date=2 April 2020|website=The Star|url-status=live|archive-url=|archive-date=|access-date=3 April 2020}}</ref> |
# Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah : [[Abdul Hadi Awang|YB Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang]]<ref>{{Cite web|url=https://www.nst.com.my/news/nation/2020/04/580749/hadi-appointed-special-envoy-middle-east|title=Hadi appointed special envoy to Middle East|last=|first=|date=2 April 2020|website=The Star|url-status=live|archive-url=|archive-date=|access-date=3 April 2020}}</ref> |
||
# Duta Khas bertaraf Menteri kepada YAB Perdana Menteri ke China : [[Tiong King Sing|YB Dato' |
# Duta Khas bertaraf Menteri kepada YAB Perdana Menteri ke China : [[Tiong King Sing|YB Dato' Sri Tiong King Sing]] |
||
== Perubahan == |
== Perubahan == |
Semakan pada 22:59, 3 Mei 2020
Kabinet Malaysia 2020 | |
---|---|
Kabinet Malaysia ke-21 | |
2020–kini | |
Tarikh dibentuk | 1 Mac 2020 |
Orang dan pertubuhan | |
Ketua negara | Al-Sultan Abdullah |
Ketua kerajaan | Tan Sri Muhyiddin Yassin |
Bilangan menteri | 32 |
Parti anggota |
|
Status dalam badan perundangan | Kerajaan majoriti gabungan |
Parti pembangkang |
|
Ketua pembangkang | Akan ditentukan |
Sejarah | |
Penggal dalam badan perundangan | Parlimen Malaysia ke-14 |
Pendahulu | Kabinet Mahathir ketujuh |
Kabinet Malaysia 2020 atau Kabinet Muhyiddin telah dibentuk pada 1 Mac 2020, pada hari Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan.
Sejarah
Mahathir Mohamad telah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada 24 Februari 2020.[1] Ini bermakna pengakhiran kabinet Mahathir ketujuh, di mana Muhyiddin merupakan Menteri Dalam Negeri. Berikutan penarikan diri BERSATU daripada gabungan Pakatan Harapan (PH)[2] juga pemecatan Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana memulakan "Langkah Sheraton"[3] dan peletakan jawatan sembilan ahli parlimen lain dari PKR yang setia kepada Azmin[4], gabungan pemerintahan kehilangan majoriti di Dewan Rakyat, menyebabkan parlimen tergantung. Walau bagaimanapun, atas permintaan Yang di-Pertuan Agong, Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri sementara sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.
Berikutan vakum pemerintahan, Yang di-Pertuan Agong memanggil semua ahli parlimen ke Istana Negara pada 26 dan 27 Februari. Tujuannya untuk memberi kebenaran kepada setiap ahli parlimen memilih Perdana Menteri baharu. PH mahu Mahathir untuk kembali namun kemudian mencalonkan Anwar Ibrahim kepada jawatan[5] berdasarkan janji Mahathir untuk melepaskan tampuk pentadbiran kepada Anwar sebelum menarik balik pencalonan tersebut sekali lagi.[6] Pengembalian semula Mahathir telah mendapat sokongan dari BERSATU sendiri, BN, PAS, Parti Warisan Sabah (WARISAN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan parti politik lain yang diwakili di Parlimen. Walau bagaimanapun, BN, PAS dan GPS menentang Parti Tindakan Demokratik (DAP) di gabungan pemerintah, dengan cara yang sama Mahathir menentang pemulangan "kleptokrat dan pengkhianat" yang sama.
Pada 28 Februari, Istana Negara menyatakan bahawa tiada calon Perdana Menteri, sama ada Mahathir, Anwar, Muhyiddin atau Bung Moktar Radin yang mencalonkan diri sendiri, memperoleh majoriti mudah di Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan. Oleh itu, Baginda memberi peluang lagi kepada para pemimpin semua parti politik yang diwakili di Parlimen untuk mencadangkan Perdana Menteri yang baharu pada hari berikutnya.
Hasilnya, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda telah memutuskan untuk melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri mengikut Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan selepas kepercayaan Baginda bahawa Muhyiddin mempunyai majoriti Dewan Rakyat,[7] kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ahmad Fadil Shamsuddin di kenyataan istana. Menurut Setiausaha-Agung PAS Takiyuddin Hassan, Muhyiddin telah disokong 114 ahli parlimen mewakili BERSATU, BN, PAS, GBS dan GPS.[8] Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Tun Openg kemudian mengumumkan bahawa GPS bukanlah sebahagian daripada gabungan Perikatan Nasional yang baru diwujudkan tetapi sebuah parti yang memberi keyakinan dan pembekalan kepada Muhyiddin.
Walaupun dakwaan Mahathir bahawa beliau mendapat sokongan daripada 114 orang ahli parlimen untuk kembali ke jawatan Perdana Menteri pada malam sebelum Muhyiddin mengangkat sumpah, Muhyiddin telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan.[9]
Pada pagi 9 Mac, Muhyiddin telah menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mempersembahkan senarai jemaah menteri baharu. Beliau akan mengumumkan barisan Kabinet itu pada petang hari yang sama selepas mendapat perkenan baginda.[10]
Komposisi
Pada 9 Mac 2020, Muhyiddin mengumumkan Kabinet dengan 32 menteri dan 38 timbalan menteri. Kabinet termasuk enam teknokrat yang dilantik sebagai Senator pada 10 Mac 2020 sebelum mengangkat sumpah pada hari yang sama.[11][12] Kedudukan Timbalan Perdana Menteri telah dikosongkan kerana "tiada keperluan untuk melantik sesiapa". Sebaliknya, Menteri-menteri Kanan akan menggantikan Perdana Menteri apabila ketiadaannya sekiranya keperluan itu timbul.[13]
Ahli penuh
Kabinet persekutuan dianggotai oleh menteri-menteri yang berikut:
BN (12)
PPBM (10)
Bebas (2)
GPS (4)
PAS (3)
GBS (1)
Portfolio | Penjawat | Parti | Kawasan parlimen | Penggal mula | Penggal tamat | |
---|---|---|---|---|---|---|
Perdana Menteri | Tan Sri Muhyiddin Yassin AP | PPBM | Pagoh | 1 Mac 2020 | Penyandang | |
Menteri Kanan Kluster Kewangan dan Ekonomi, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri | Dato' Seri Mohamed Azmin Ali AP | PPBM | Gombak | 10 Mac 2020 | ||
Menteri Kanan Kluster Keselamatan dan Perpaduan, Menteri Pertahanan | Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob AP | BN (UMNO) | Bera | |||
Menteri Kanan Kluster Infrastruktur, Menteri Kerja Raya | Dato' Sri Fadillah Yusof AP | GPS (PBB) | Petra Jaya | |||
Menteri Kanan Kluster Pendidikan dan Sumber Manusia, Menteri Pendidikan | Senator Dr. Mohd Radzi Md Jidin | PPBM | Senator | |||
Menteri Kewangan | Senator Dato' Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz | Bebas | Senator | |||
Menteri di Jabatan Perdana Menteri | Dato' Sri Mustapa Mohamed AP (Hal Ehwal Ekonomi) |
PPBM | Jeli | |||
Dato' Seri Mohd Redzuan Md Yusof AP (Tugas Khas) |
PPBM | Alor Gajah | ||||
Dato' Takiyuddin Hassan AP (Parlimen dan Undang-undang) |
PAS | Kota Bharu | ||||
Senator Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Hal Ehwal Agama) |
Bebas | Senator | ||||
Datuk Seri Panglima Maximus Johnity Ongkili AP (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) |
GBS (PBS) | Kota Marudu | ||||
Menteri Pengangkutan | Dato' Sri Ir. Dr. Wee Ka Siong AP | BN (MCA) | Ayer Hitam | |||
Menteri Alam Sekitar | Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man AP | PAS | Kubang Kerian | |||
Menteri Sumber Manusia | Datuk Seri Saravanan Murugan AP | BN (MIC) | Tapah | |||
Menteri Wilayah Persekutuan | Tan Sri Annuar Musa AP | BN (UMNO) | Ketereh | |||
Menteri Wanita dan Keluarga | Datuk Seri Rina Mohd Harun AP | PPBM | Titiwangsa | |||
Menteri Pengajian Tinggi | Dato' Dr. Noraini Ahmad AP | BN (UMNO) | Parit Sulong | |||
Menteri Tenaga dan Sumber Asli | Dato' Dr. Shamsul Anuar Nasarah AP | BN (UMNO) | Lenggong | |||
Menteri Dalam Negeri | Datuk Seri Hamzah Zainuddin AP | PPBM | Larut | |||
Menteri Kesihatan | Dato' Sri Dr. Adham bin Baba AP | BN (UMNO) | Tenggara | |||
Menteri Pertanian dan Industri Makanan | Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee AP | PPBM | Beluran | |||
Menteri Pembangunan Luar Bandar | Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad AP | BN (UMNO) | Mersing | |||
Menteri Luar Negeri | Dato' Sri Hishammuddin Hussein AP | BN (UMNO) | Sembrong | |||
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna | Datuk Alexander Nanta Linggi AP | GPS (PBB) | Kapit | |||
Menteri Komunikasi dan Multimedia | Dato' Seri Saifuddin Abdullah AP | PPBM | Indera Mahkota | |||
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan | Hajah Zuraida Kamaruddin AP | PPBM | Ampang | |||
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi | Khairy Jamaluddin AP | BN (UMNO) | Rembau | |||
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi | Dato' Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar AP | GPS (PBB) | Santubong | |||
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi | Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali AP | PAS | Kuala Nerus | |||
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian | Dato' Sri Nancy Shukri AP | GPS (PBB) | Batang Sadong | |||
Menteri Perpaduan Negara | Dato' Halimah Mohamed Sadique AP | BN (UMNO) | Kota Tinggi | |||
Menteri Belia dan Sukan | Dato' Sri Reezal Merican Naina Merican AP | BN (UMNO) | Kepala Batas |
Timbalan Menteri
Timbalan menteri dianggotai oleh:
BN (11)
BERSATU (14)
Bebas (1)
GPS (5)
PAS (5)
GBS (2)
Portfolio | Penjawat | Parti | Kawasan parlimen | Penggal mula | Penggal tamat | |
---|---|---|---|---|---|---|
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri | Senator Datuk Lim Ban Hong | BN (MCA) | Senator | 10 Mac 2020 | Penyandang | |
Timbalan Menteri Pertahanan | Dato' Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz AP | BERSATU | Tanah Merah | |||
Timbalan Menteri Kerja Raya | Datuk Dr. Shahruddin Md Salleh MP | BERSATU | Sri Gading | |||
Timbalan Menteri Pendidikan | Dato' Dr. Mah Hang Soon | BN (MCA) | Senator | |||
Muslimin Yahaya AP | BERSATU | Sungai Besar | ||||
Timbalan Menteri Kewangan | Datuk Abd Rahim Bakri AP | BERSATU | Kudat | |||
Mohd Shahar Abdullah AP | BN (UMNO) | Paya Besar | ||||
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri | Arthur Joseph Kurup AP (Hal Ehwal Ekonomi) |
GBS (PBRS) | Pensiangan | |||
Datin Mastura Mohd Yazid AP (Tugas Khas) |
BN (UMNO) | Kuala Kangsar | ||||
Dato' Eddin Syazlee Shith AP (Parlimen dan Undang-undang) |
BERSATU | Kuala Pilah | ||||
Ahmad Marzuk Shaary AP (Hal Ehwal Agama) |
PAS | Pengkalan Chepa | ||||
Dato' Hanifah Hajar Taib AP (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) |
GPS (PBB) | Mukah | ||||
Timbalan Menteri Pengangkutan | Hasbi Habibollah AP | GPS (PBB) | Limbang | |||
Timbalan Menteri Alam Sekitar | Senator Dato' Dr. Ahmad Masrizal Muhammad | BN (UMNO) | Senator | |||
Timbalan Menteri Sumber Manusia | Awang Hashim AP | PAS | Pendang | |||
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan | Dato' Sri Dr. Edmund Santhara Kumar Ramanaidu AP | BERSATU | Segamat | |||
Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga | Dato' Siti Zailah Mohd Yusoff AP | PAS | Rantau Panjang | |||
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi | Dato' Dr. Mansor Othman AP | BERSATU | Nibong Tebal | |||
Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli | Ali Biju AP | BERSATU | Saratok | |||
Timbalan Menteri Dalam Negeri | Dato' Sri Ismail Mohamed Said AP | BN (UMNO) | Kuala Krau | |||
Jonathan Yasin AP | BERSATU | Ranau | ||||
Timbalan Menteri Kesihatan | Dato' Dr. Noor Azmi Ghazali AP | BERSATU | Bagan Serai | |||
Datuk Aaron Ago Dagang AP | GPS (PRS) | Kanowit | ||||
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan | Datuk Seri Ahmad Hamzah AP | BN (UMNO) | Jasin | |||
Dato' Che Abdullah Mat Nawi AP | PAS | Tumpat | ||||
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar | Dato' Abdul Rahman Mohamad AP | BN (UMNO) | Lipis | |||
Dato' Henry Sum Agong AP | GPS (PBB) | Lawas | ||||
Timbalan Menteri Luar Negeri | Dato' Kamarudin Jaffar AP | BERSATU | Bandar Tun Razak | |||
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna | Dato' Rosol Wahid AP | BERSATU | Hulu Terengganu | |||
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia | Datuk Zahidi Zainul Abidin AP | BN (UMNO) | Padang Besar | |||
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan | Dato' Sri Ismail Abd Muttalib AP | BN (UMNO) | Maran | |||
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi | Ahmad Amzad Hashim AP | PAS | Kuala Terengganu | |||
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi | Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin AP | BERSATU | Masjid Tanah | |||
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi | Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng AP | BN (MCA) | Tanjung Piai | |||
Willie Mongin AP | BERSATU | Puncak Borneo | ||||
Timbalan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian | Dato' Dr. Jeffrey Kitingan AP | GBS (STAR) | Keningau | |||
Timbalan Menteri Perpaduan Negara | Senator Dato' Sri Ti Lian Ker | BN (MCA) | Senator | |||
Dato' Sri Tiong King Sing AP (menolak dan tidak angkat sumpah jawatan, kemudian dilantik sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Negara China) |
GPS (PDP) | Bintulu | ||||
Timbalan Menteri Belia dan Sukan | Senator Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal | BERSATU | Senator | 10 Mac 2020 | Penyandang |
Penasihat-penasihat dan Duta Khas Perdana Menteri
- Penasihat Khas kepada Perdana Menteri (Kesihatan Awam) : Tan Sri Dr Jemilah Mahmood[14]
- Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah : YB Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang[15]
- Duta Khas bertaraf Menteri kepada YAB Perdana Menteri ke China : YB Dato' Sri Tiong King Sing
Perubahan
Di bawah Kabinet ini:
- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah dinamakan semula sebagai Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.
- Kementerian Hal Ehwal Ekonomi telah dikembalikan semula ke Jabatan Perdana Menteri dalam bentuk asalnya sebagai portfolio hal ehwal ekonomi.
- Satu kementerian tunggal iaitu Kementerian Pendidikan telah dibahagikan kepada dua kementerian berasingan. Kementerian Pengajian Tinggi telah digunakan semula.
- Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dan Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli telah disusun semula menjadi tiga kementerian yang berbeza, iaitu Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan Kementerian Alam Sekitar.
- Kementerian Alam Sekitar kemudiannya telah dijenamakan semula dengan memasukkan portfolio air dan menjadikannya sebagai Kementerian Alam Sekitar dan Air.[16]
- Kementerian Perpaduan Negara telah ditubuhkan sebagai hasil perpecahan portfolio perpaduan negara daripada Jabatan Perdana Menteri.
- Kementerian Industri Utama telah dinamakan semula sebagai Kementerian Industri Perladangan dan Komoditi.
- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah dinamakan semula sebagai Kementerian Wanita dan Keluarga.
Lihat juga
Rujukan
- ^ Tan, CK (2020-02-25). "Mahathir resignation leaves coalition's campaign promises hanging". Nikkei Asian Review (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-03-01.
- ^ Abd Mutalib, Zanariah (2020-02-24). "BERSATU keluar PH". BH Online. Dicapai pada 2020-03-01.
- ^ "Azmin, Zuraida dipecat". BH Online. 2020-02-24. Dicapai pada 2020-03-01.
- ^ Arifin, Latifah (2020-02-24). "11 Ahli Parlimen PKR keluar parti". BH Online. Dicapai pada 2020-03-01.
- ^ Hussain, Hasniza (2020-02-26). "PH sepakat calon Anwar sebagai Perdana Menteri". Sinar Harian. Dicapai pada 2020-03-01.
- ^ "Anwar steps aside, endorses Dr Mahathir as PM representing PH coalition". Borneo Post Online (dalam bahasa Inggeris). 2020-02-29. Dicapai pada 2020-03-01.
- ^ "Malaysian king chooses Muhyiddin Yassin over Mahathir to be prime minister". South China Morning Post. 29 February 2020.
- ^ "Muhyiddin mohon semua pihak hormati keputusan Agong". Sinar Harian. 2020-02-29. Dicapai pada 2020-03-01.
- ^ "Muhyiddin Yassin sworn in as Malaysia's new prime minister - Xinhua | English.news.cn". www.xinhuanet.com. Dicapai pada 2020-03-01.
- ^ Yusmizal Dolah Aling Muhyiddin umum Kabinet 5 petang ini Harian Metro
- ^ "Mufti Wilayah Menteri Agama, CEO CIMB Menteri Kewangan". BH Online. 2020-03-09. Dicapai pada 2020-03-09.
- ^ "Six new senators sworn in at Dewan Negara | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2020-03-10.
- ^ Mat Ruzki, Rafidah; Sulaiman, Noor Atiqah (2020-03-09). "4 Menteri Kanan ganti TPM". BH Online. Dicapai pada 2020-03-09.
- ^ "Dr Jemilah appointed PM's special advisor on public health". New Straits Times. 31 Mac 2020. Dicapai pada 3 April 2020.
- ^ "Hadi appointed special envoy to Middle East". The Star. 2 April 2020. Dicapai pada 3 April 2020.
- ^ Pewujudan MEWA akan membolehkan sinergi antara dua aspek pengurusan air yang selama ini terpisah, iaitu sumber air dan perkhidmatan air