Pentauliahan kapal: Perbezaan antara semakan
Rescuing 1 sources and tagging 0 as dead.) #IABot (v2.0.8.1 |
|||
Baris 20: | Baris 20: | ||
==Pautan luar== |
==Pautan luar== |
||
{{Spoken Wikipedia|ShipCommissioning.ogg|2005-05-05}} |
{{Spoken Wikipedia|ShipCommissioning.ogg|2005-05-05}} |
||
*[http://www.history.navy.mil/trivia/trivia01.htm Navy Traditions and Customs] from [[Naval Historical Center]] |
*[http://www.history.navy.mil/trivia/trivia01.htm Navy Traditions and Customs] {{Webarchive|url=https://web.archive.org/web/20181224224438/https://www.history.navy.mil/trivia/trivia01.htm%20 |date=2018-12-24 }} from [[Naval Historical Center]] |
||
*[http://www.navybook.com/nohigherhonor/pic-ffg58commissioning.shtml Photos from the 1986 commissioning of USS ''Samuel B. Roberts'' (FFG 58)] |
*[http://www.navybook.com/nohigherhonor/pic-ffg58commissioning.shtml Photos from the 1986 commissioning of USS ''Samuel B. Roberts'' (FFG 58)] |
||
Semakan semasa pada 11:54, 5 Oktober 2021
Pentauliahan kapal adalah tindakan atau upacara meletakkan sesebuah kapal ke perkhidmatan aktif, dan boleh dianggap sebagai aplikasi khusus konsep umum dan amalan pentauliahan projek. Istilah ini paling biasa diguna untuk meletakkan sesebuah kapal perang pada tugas aktif dengan angkatan tentera negaranya. Upacara yang terlibat ini berasal dari tradisi lama tentera laut sejak berabad lamanya.
Penamaan dan pelancaran kapal memberikan badan kapal dengan identitinya, tetapi banyak peristiwa penting kekal sebelum ia disiapkan dan dianggap bersedia untuk ditugaskan sebagai sebuah kapal bertauliah. Sistem binaan kejuruteraan, senjata dan elektronik, dapur, dan kelengkapkan lain yang lebih banyak diperlukan untuk mengubah badan baru kapal kepada sebuah kapal perang yang beroperasi dan berpenghuni yang serba lengkap dan teruji. Bakal-bakal pegawai memerintah, para pegawai, lain-lain pangkat, dan kelasi yang akan menjadi anak kapal telah melapor untuk latihan dan suai kenal yang intensif bersama kapal baru mereka.
Sebelum pentauliahan kapal, kapal baru ini menjalani ujian di laut untuk mengenal pasti sebarang kekurangan yang memerlukan pembaikan. Persediaan dan masa siap siaga antara pelancaran dan pentauliahan mungkin memakan masa tiga tahun bagi sesebuah kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear dan sesingkat 20 hari bagi sesebuah kapal pendarat Perang Dunia II. USS Monitor, iaitu kapal perang terkenal Perang Saudara Amerika, telah ditauliahkan kurang dari tiga minggu selepas dilancarkan.
Pelucutan tauliah kapal
[sunting | sunting sumber]Melucutkan tauliah kapal ialah untuk menamatkan kerjayanya dalam perkhidmatan angkatan tentera sesebuah negara. Tidak seperti kehilangan kapal perang semasa peperangan, yang mana kehilangan kapal akibat diserang musuh, pelucutan tauliah menandakan bahawa jangka hayat kapal telah menuju ke penghujung dan dibersarakan dari tentera laut negara berkenaan. Bergantung pada tradisi tentera laut negara itu, satu upacara memperingati pelucutan tauliah kapal yang berkenaan mungkin berlaku, atau kapal itu mungkin dibatalkan secara pentadbiran dengan sedikit upacara. Istilah "paid off" secara alternatif digunakan dalam konteks Komanwel British, yang berasal dari amalan zaman layar menamatkan tauliah pegawai dan membayar upah anak kapal apabila kapal itu menamatkan penjelajahannya.[1]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "DHH Volume 2, Part 1: Extant Commissioned Ships". Official Lineages. Directorate of History and Heritage, Canadian Forces. 7 July 2006. Dicapai pada 7 January 2014.
- This article includes text from the public domain Ships of the United States Navy: Christening, Launching and Commissioning, Second Edition, prepared for and published by the Naval History Division of the Department of the Navy, Washington, D.C., 1975.